Jumaat, 20 Mei 2011

orang lain tak akan faham..



[Selamat ulangtahun kelahiran untuk aku]

Besday tahun nie adalah tahun kedua tanpa mak.. Selalu nya mak akan hantar mesej wish hepi besday kalau tak pon telefon.. Mesti ade mesej die. Tapi mak tak akan hantar mesej pukul 12, die akan hantar mesej awal.. Tak tahan mengantuk katanya.. Tapi tu pon dah cukup buat aku hepi...




Sebelum ni parti harijadi aku yang terakhir adalah pada tahun 2008.. Waktu tu masih belajar lagi. Abang-abang dan akak serta ipar-ipar semua pakat buat BBQ lepas tu ada kek.. Suka sangat time tu.. memang tak akan lupa sampai bila-bila sebab tu adalah majlis harijadi aku yang terakhir sambut dengan mak..



[Sape tak sayang mak die?pergi bunuh diri sekarang!]


Selalu nya yang disambut adalah besday mak, setiap tahun mesti ada kek untuk mak. Walaupun mak tak mintak pun tapi apalah sangat harga seketul kek berbanding jasa mak melahirkan dan membesarkan kami.


[Kak miza, Anne, aku dan Pieja si tunangan orang]




Tapi 18 Mei kelmarin pegawai-pegawai aku ada buat parti harijadi untuk aku.. Sebelum tu Pieja dengan Anne dah belanja si besday gurl lunch. Semenjak aku kerja, memang diorang setiap tahun belanja makan waktu besday aku, dan besday semua orang dalam geng cantik pon macam tu jugak.. Thanks akak-akak ku sekalian, korang memang buat aku rasa dekat dengan keluarga.

Aku memang tersangat terharu campur malu sebab dekat parti tu ada bos-bos termasuk bos aku. Segan macam nak lari dari situ tapi kek sedap.. Ada gambar kek, tapi kabel tak ada hari nie.. Dan jugak ada hadiah, terharu macam nak nangis.. Tak sangka masih ada yang sudi meraikan besday budak gemok nie.



Terus terang aku cakap minggu ni adalah minggu paling beremosi bagi aku.. Dalam berpuluh-puluh mesej wish selamat hari jadi dekat aku, aku menanti mesej dari seseorang bernama "BONDA".. Mesej yang aku tak akan dapat..



Bila aku sedar akan hakikat yang BONDA tak akan mesej aku lagi, BONDA dah tak boleh dihubungi lagi aku jadi rindu... Rindu yang tak terungkap, rindu yang tak terubati.. Berhari-hari aku menangis. Dengan hubungan dengan si dia yang macam tak keruan sekarang nie, makin buat aku rasa sunyi. Macam aku sorang je yang wujud dekat dunia nie.



Aku tak ada bahu untuk aku bergantung harap. Aku tak ada tempat nak mengadu nasib. Aku tak ada orang yang akan mengusap air mata aku masa aku menangis, yang meminjamkan bahunya untuk aku berpaut.. Aku tak ada semua tu.

[Aku sayang akak aku..Korang ade akak?sayanglah akak korang yek..]


Aku hantar mesej dekat akak, dengan harapan dapat menenangkan lah jiwa aku yang berkecamuk macam cermin kereta pecah kena baling batu nie.

"Rindu nak panggil mak abah", kata aku.. Akak balas, "pergi mamak, panggil je sesapa dekat situ mak abah. Untung-untung dapat makan free"..

Cis! Memain lak orang tua nie, tak membantu langsung.. Tapi mesej gila macam tu dah buat aku tergelak jugak akhirnya.. Sebab sekarang pada aku akak adalah segalanya, kalau tak ada akak aku tak taulah aku nanti macam mana.



Kalau dulu mak lah tempat aku meluahkan segala-gala, tanya garam dekat mana, nak potong sayur ni macam mana, nak pakai baju ape, semua tanya mak sekarang aku pindahkan semua tu dekat akak. Tapi kesian jugak dekat akak, mesti die penat layan kerenah aku. Udahlah penat menjaga 4 orang hero-hero die, tambah lagi sorang aku menyibuk dekat die.. Tapi aku nak buat macam mana, tak ada orang lain yang aku nak andalkan.



Setiap kali raya pon macam tu. Akak kena fikir nak masak apa, nak pergi beli barang dapur, nak kena masak bertungkus lumus.. Semua nya akak. Erm.. Sebenarnya setiap kali kitorang balik dan berkumpul dekat kampung memang akak yang akan menguruskan hal makan minum kitorang.

[Nie gambar aku dengan akak masa pergi kenduri kahwin mak itam kelmarin]


Nampak macam akak aku menggalas tanggungjawab anak sulung kan..? Sebenarnya tak, akak aku anak yang ke empat. Cuma die anak perempuan sulung. Sebab tu die merasa tanggungjawap buat semua tu. Dan kami pun memang mengharapkan dekat akak. Tapi tak bermakna kami biarkan akak pikul beban menguruskan rumah sendiri, kami tolong tapi entahlah susah nak terangkan.


Kalau aku dan adik beradik lain mengadu pada akak, akak nak mengadu pada siapa? Akak aku muda lagi. Tapi dah galas tanggungjawap besar dalam keluarga. Akak kerap kali ingatkan dekat aku, tiap kali kita rase malangnya nasib kita, kita kena fikir masih ada orang yang lagi teruk nasibnya dari kita. Bersyukur..


Hari ni kita dapat pakai selipar, ada orang sekadar berkaki ayam seumur hidup die.. Ada orang cakap dekat aku, kalau die jadi aku mesti die tak kuat nak jalani semua nie.


[Waktu konvo. Kesian mak penat berdiri, dah tu tak dapat masuk pon tengok aku..]


Betul. Aku bersyukur walaupun Allah s.w.t tarik balik nikmat ibu bapa masa aku masih muda, tapi aku dah bersedia. Mak abah aku tinggalkan anak-anak yang kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang sebab mak abah mendidik aku adik beradik berdikari dan bersederhana dari kecik lagi.


Jika di izin Tuhan, aku nak ajar anak-anak aku hidup susah dan berusaha kalau nak dapatkan sesuatu. Macam mana mak abah aku didik aku. Supaya die tak menangis, die tak meratapi pemergian aku andai satu hari nanti aku kembali pada-Nya..


Memang orang lain tak akan faham. Sekadar memandang, tak akan faham. Diluarnya cantik tapi di dalam penuh dugaan. Aku harap adik beradik aku akan terus kuat menghadapi macam-macam tohmahan orang sekeliling.


Aku sayang keluarga aku.

7 ulasan:

Unknown berkata...

sop sop/..tisuuuuu. T_T

Cik TTK berkata...

nah hamek lap kaki nie..

Atie Zieya berkata...

sedeyh sngt.... :(

zal88 berkata...

yan...huhu..
sbr n byk brdoa je la yg ak leh ckp...ko kna lbih kuat skrg...skongn dr famly yg pnting..

Cik TTK berkata...

thanks kengkawan..

LiaNa YuSoF berkata...

meleleh air mata aku... T_T
jgn sedih2 ea yan... t aku pon sedih.... huhu..

Cik TTK berkata...

lily: luahan perasaan je...dah luah dah tak sedih dah..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...