Selasa, 29 Mac 2011

dani nuh iskandar a.k.a justin bieber

UPDATE : 30 MAC 2011





Geng Chantik yang belum bersedia..boleh dikatakan candid jugaklah nie,hahahaha

JUSTIN BEIBER DAH KELUARRRRRR!!!


Nampak Ibu Justin tu? Dah selamat melahirkan dahhhhh.... Baru je.. Balik ni nak pergi tengok beliau, ibu tak penting sangat Justin Bieber yang lebih penting... Mesti Comellll.. Tak sabar! Tak sabarrr....

Mutiara Kata



Korang yang mana satu..? Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Isnin, 28 Mac 2011

menu makan malam ni..

ayam masak merah budak ayu masak..lazattt

Tag HOT

.

Cik CendapawanPINK tag saye...oh yea sayam can u buat tutorial pasal copy2 tu?tak pepasal i nak copy kena sepak dengan u..wawww tatotttt tatooootttt...

1. Adakah kau rasa kau HOT?

harusssss perasan.. Kalau aku tak kata aku hot sape lagi kan..hahaha

.

2. Uplod pic kau dari PC sekarang jugak!

.

Pergi Jobs Fair di PWTC dan jumpe ni..Desirable!!

Ahad, 27 Mac 2011

melodi

"HARTA adalah REZEKI.. Kalau sikit boleh dicari.. Kalau banyak boleh lah bagi2.."

Jumaat, 25 Mac 2011

saya sedih sebab tak boleh nak komen



Saya selalu je jenjalan ke belog-belog yang saya follow dan yang follow saya jugak tau. Saya baca je cerita-cerita best, cerita kelakar, cerita sedih mahupun cerita mengarut korang. Tapi saya tak boleh komennnnnn... Ade yang saya komen lepas, ade yang tak lepas. Eh melawak pulak die. Tapi betul tak tipu, saya sumpah baca cerita korang-korang semua walaupon tak komen. Bukan tak nak komen tau, tapi tak boleh. Mungkin ilmu mengomen tak dikurniakan kepada ku. Takut komen-komen nanti lelama jadik juri AF pulak agak nya.

.

Tapi betul ni, tak tipu. Saya baca cerita-cerita korang tau. Tak niat pon nak jadik silent reader walaupun akak pemalu orang nyer. hehehe

.

Khamis, 24 Mac 2011

semalam saya marah, hari ni saya malu..aku dah gila ke? adoiiii

.

.

semalam aku marah dekat orang yang memang lagi tua dari aku. sebab aku rasa kalau aku marah balaik kompem kena maki tu yang aku marah balik dekat belog je..hehehe bukan apa, kadang-kadang aku ni rasa nak marah tapi tak terluah sebab rasa hormat.tapi itu lah, tak puas hati lalu belog jadik tempat luahan perasaan. dan korang jadik pendengar.. macih hehehe

.

Rabu, 23 Mac 2011

RAHSIA KAU BUKAN RAHSIA AKU

.

.

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

.

YA MEMANG AKU BERPERANGAI BUDAK-BUDAK SO WHAT???!!!

.

.

KAU MEMANG TUA DARI AKU

KO MEMANG BERSIFAT ABANG-ABANG

ATAUPON KAKAK-KAKAK

ATAU MAKCIK-MAKCIK KE PAKCIK-PAKCIK

DAN SESAPE YANG LAGI TUA DARI AKU

.

Selasa, 22 Mac 2011

CERITA BASI 3: KEK DAN COKLAT LAZAT

Nak kenalkan lagi sekali kek lazat dekat Kedai Rai... Sumpah sedap! Aku dah try dah, Si Masitah pon dah beli jugak dah untuk letak dekat hantaran beliau. Tapi sebelum letak tu aku dah rasa dah, dijamin sedapppsss!hehehe


CERITA BASI 2: Kereta Rosak!

. . *Kejadian terjadi ketika hujan rintik-rintik air bergelora..eh tak! Tapi memang hujan cuma air tak bergelora di sungai tapi airmata aku yang bergelora memikirkan kereta yang rosak.. .
*Abang-abang sekalian turun padang tengok apakah masalah yang melanda kereta adik kesayangan mereka*
.
*Tenung lagi dalam, lagi dalam, lagi dalam.. "OUCH! Terhantuk pulak!" Kata Bamie..*
.
*Bazul kata, "Ilek Bamie, biar encik pomen buat je"*

. *Tapi Encik Pomen kata takleh betulkan, diluar bidang kuasa beliau. Lalu kereta dihantar ke Pusat servis Proton* .
*Kereta di angkut pergi..Sedih*

.
*Si Pemandu Towing* .
*Kereta di bawa pergi...sedih lagik*

.
*makin jauhhhhhh, makin sedihhhhh... Macam kena tarik sebab tak bayar pulak!*

.

*Pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan..padahal.

-

-

-

padahal

-

-

-

Cumi kunci je yang rosak!

MORAL of the story, jangan sesekali menjatuhkan kunci jereta anda sebab cip dekat dalam kunci tu perlu ada berdekatan dengan starter baru lah enjin kereta anda boleh di hidupkan! Dah tu baru ku ingat kunci aku jatuh pastu pecah pastu aku tak perasan encik cip sekecik umat tu hilang dari lokasi beliau. HUrm.....

CERITA BASI 1: GAMBAR MASITAH KAWEN

. .
MAAP sangat lambat mahu letak gambar itu MASITAH kawen.. Aku ade gambar masa nikah je, masa bersanding takdo sebab aku bersanding sekali..hahaha
.
*Pelamin. Kusyen dua dekat bawah tu untuk masa nikah ni ler. *

Isnin, 21 Mac 2011

tak jadik beli spec!

.

.

.

Kelmarin ada tunggakan bayar si kereta sebulan, dah tu last week aku dah bayar dah untuk bulan ni jugak. Hari ni die tolak jugak dari akaun duit si kereta menjadikkan aku dah bayar untuk bulan 4 sekali..hamboi hamboi hamboiiiii...... Ni akak nak marah ni! Masa aku ada tunggakan ko tepon setiap hari, tapi masa ko nak menolak duit ni ko tak tepon pulak tanya yek!! Dasar betul lah, kalau aku tau lah sape perempuan yang kurang hajar yang gilesukamaki waktu tepon aku tu memang aku cekik-cekik bagi mampus.. Akak ni baru lah berangan nak membuat spec petang ni tau, dah ko dah tolak duit tu dah tak ada bajet akak nak buat spec! Marah ni tau takkkkkkkk!!!!! huh!!

.

.

.

aku tau aku bukan pekerja yang cemerlang

.

.

tetibe buat tajuk menakutkan macam aku nak buat luahan perasaan dekat opis tercinta kan? bukan... Ni entry kesedaran..

.

Jumaat dua minggu lepas aku mintak time off, approved! Aku balik pukul 12.30 lebih kurang terus ke rumah Masitah.

.

Khamis, 17 Mac 2011

HURM.....


.

.

.

"Kalau rase jalan sentiasa mendongak ke langit, sesekali tu cuba la pandang ke bumi pulak.. Langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak tu kan hanya pinjaman...."

.

.

.

Rabu, 16 Mac 2011

Nak kesian dekat ular ke kesian dekat perempuan tersebut?

. . .


. SEEKOR ular menggigit seorang model wanita di Tel Aviv Israel.

.

TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.

. Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.
.
Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.
.
Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi
.
.

.

Nota:

-Ular ni gatal lah patuk dekat payudara, tak ada tempat lain ke? Tapi kalau patuk dekat tempat lain, model ni pulak yang mati ek?

-Nasib si model ni memang baik lah sebab masukkan silikon dekat payudara die, tapi terfikir tak kalau si ular tu pon boleh mati sebab racun dari silikon tu rasa-rasa sang model ni selamat ke dengan silikon dalam badan die?hurm.....

Selasa, 15 Mac 2011

walaupun sipi-sipi je muke aku, aku tau aku comel..hahaha

.

.

.

.

Nampak tak?Nampak tak muke Masitah macam NEMO? Lagi-lagi bile buat muke cenggitu.. Awat hudus beno? Sang Pokyang pulak muke letih sangat-sangat plus malas layan si isteri.. Tapi ternyata wajah CIk TTK memang cute kan? Comel je.. Walau pun sipi-sipi je..

.

Jumaat, 11 Mac 2011

GIVEAWAY CENDAWANPINK

.

.

. . . Cik Cendawan Merah Jambu buat Giveaway. Hadiah baju putih tu aku tak nak, aku nak hadiah misteri yang heboh diperkatakan comel tu. Boleh tau Nad! Nak rasuah tak bagi, so kena guna kekerasan lah kan?kan?kan? hehehe

SHORT ENTRY

.

.

.

Rancangan hari ni mahu berumah di teratak MASITAH bersama budak Ateen Kimah.

Tetiba pagi tadi si Ateen telepon kata atuk beliau meninggal dunia.

Terkedu aku.

Al-fatihah...

semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempat kan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Rabu, 9 Mac 2011

luahan hati aku kepada si pembuat jalan dengan engineer serta perbadanan sekali

.

Kehadapan Encik Pembuat Jalan,

.

Masih ingatkah encik pada jalan P18B yang encik buat beberapa bulan lepas? Ala jalan yang Encik ragut kegembiraan dua halanya dengan membina tembok pemisah di antaranya tu? kalau masih ingat eloklah. Kerana selain kegembiraan berdua lebih baik itu sudah tiada ia diganti pula dengan jem yang boleh dikatan semua warga menikmatinya...huh

.

Jalan tersebut kini semakin sempit. Cuba lah encik kaji dulu sebelum buat jalan tu. Mesti tak jadi macam nie. Katakanlah setiap fasa ada 5blok, setiap blog ada 20 tingkat, setiap tingkat ada 20 rumah dan setiap rumah ada 2buah kereta. Tak ke dah jadik 8000 bijik kereta tu? Dengan 8000 kereta yang nak lalu jalan sekecik dan sehala pulak tu, tidakkah menjadikan kesesakan lalulintas di situ wahai encik pembuat jalan??

.

Encik Pembuat Jalan dan Encik Engineer serta Encik perancang bandar ke jalan ke sekali cincailah,

.

Kalau Encik renung-renungkan warga P18 yang comel-comel macam saya ni naik bas ke pejabat di Presint 4 yang tak sejauh mana tu pergi menaiki bas kan susah Encik. Sudahlah kena naik 2 kali bas, sehari dah RM2. Walhal kalau saya bawak kereta baru RM50 sebulan. Tu pon kadang-kadang tak sampai RM50 tau lepas tu dapat pulak saya jimatkan masa tak payah tunggu bas.

.

Bila saya cakap cenggini jangan pulak Encik kata dah tau opis dekat pergi lah jalan kaki. Dekat tak berbaloi Encik, Basah ketiak saya jalan kaki pergi opis tau. Pagi-pagi lagi dah busuk, nanti kena mandi lagi.. Kan dah membazirkan harta kerajaan pulak tu kena mandi dekat opis.

.

Encik perbadanan yang dimuliakan,

.

Saya bersyukur dan berterimakasih sesangat-sangat sebab bagi saya duduk dekat kuarters kerajaan ni. Terima kasih lah yek.

.

Tapi Encik Perbadanan yang dimuliakan, tak cukup dengan parking yang tak banyak lepas tu Ensik Clamp kereta kami tak cukup dengan itu Encik dera brek kereta kami sangkengkan banyaknyer traffic lite dan jugak jem yang berpunca daripada sekolah-sekolah diseberang jalan sempit tersebut dan jugak sebuah pam minyak di pangkalnya.

.

Mintak lah jasa baik Encik-Encik sekalian kaji lah balik. Perlu ke sehalakan jalan dekat situ?Perlu ke letak Traffic lite banyak-banyak? Perlu ke Letak Busstop setiap jalan?

.

Jasamu ku kenang,

.


Sekian..

.


Insan terperangkap di jem.

.

.

.

Selasa, 8 Mac 2011

Kau memang faham isi hati aku

.

.

"kau kena cukup2kan masa..sebelum buat, ingat..ada yang nak tahu apa yang kau buat..baru orang tu rasa yang kau betul2 hargai dye"
. . Ni adalah komen di FB tadi.. Aku suka.. Ape yang si MASITAH ni cakap memang mengena. Memang tepat dan jitu lah dengan apa yang aku inginkan. Thank you sahabat kerana memahami isihati aku! Love u!!! Peace!!! . . .

Sabtu, 5 Mac 2011

Pose gedik dari house mate saye



Ayu,single but not available..hehehe:)


Jumaat, 4 Mac 2011

TARIK BALIK ENTRY!!!!




Gempak tak? Aku bukan nak suruh seseorang menarik balik entry beliau tapi aku yang nak tarik balik entry aku semalam.

.

.

Aku TAK JADIK BLOCK LAH BELOG aku yang comel nie. Selepas berfikiran panjang, aku rasa daripada aku block belog TTK aku ni baik aku carik jalan lain untuk memuaskan hati aku. Mula-mula aku beli lah diary, rase marah ke tak puas hati ke aku tulis dekat situ. Langkah kedua aku create je lagi satu blog! hehehe

.

Khamis, 3 Mac 2011

ATOK-ATOK

.

.

. .

Ni bukan gambar atok aku, ni gambar atuk orang lain. Bukan aku tak mengenal jantina atuk dengan nenek, tapi memang family aku panggil atuk lelaki tu atuk, yang perempuan pon atuk jugak. So aku ade 4 atuk lah, nenek harem tak ada.. Kesimpulannya, aku kaya atok. hehe

AKU NAK TUKAR TAG LINE

Kalau aku tukar TAK CANTIK TAPI COMEL, TAK PANDAI TAPI SOPAN tu kepada INI KISAH AKU, BUKAN KAU boleh tak?

ke korang ade cadangan lagi bernas?



Nota:
-Bila aku nak dapat tukar ni?

KAWAN-KAWAN INI SEYES URGENT!!!SILA AMEK PERHATIAN SEGERA!!

.
.
AKU NAK EMAIL KORANG!
AKU NAK BLOCK BELOG AKU NIH!
KALAU KORANG NAK BACA BELOG AKU
(KALAU NAK BACA LAH)
LETAK EMAIL KORANG DEKAT KOMEN YEA..
ATAU EMAILKAN DEKAT AKU..
AKU AKAN BLOCK ESOK..
HARAP DAPAT MAKLUMBALAS SEGERA,
NANTI A KU BAGI INVITATION VIA EMAIL.
NANTI KORANG KENA OPEN GOOGLE AKAUN TAU..
GENG BLOGGER TAKDE MASALAH LA..
TAPI GENG SILENT READER AR AKU TERPAKSE SUSAHKAN KORANG SIKIT.
PAPEPON..
TRIMASSSS...
.
.
.
Nota:
-Kebebasan berkarya disekat!
-Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi bak kata MELODI LAH..
.
.

Rabu, 2 Mac 2011

Entry balas HOT untuk CIK MUZDALIFFAH



.

.

Tak tahu kenapa aku tak boleh nak komen. Jadik nye aku buat entry ni khas untuk Muz dan kawan-kawan rumah Putra Damai yang hot disebabkan si CIO tu.

.


Kalau bagi aku, aku faham lah kenapa korang hot dan marah dengan si CIO CEL**** tu. Dah tua ku nak tambah beberapa perkara yang boleh naikkan tempeture korang. hehehe

.

TAK BERANI JANGAN BACA!



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semuapembaca budiman.


. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaganama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampungtersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh keranasetiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliauakan berjaya.


RINDU SAMA MEREKA: MAK (Part 2)


.




.

Ni gambar raya masa 2009. Kalau korang nak tengok gambar family aku yang lain boleh tengok dekat SINI. Kalau nak tengok lah. Bagi yang baru baca cerita aku ni, kena baca CERITA SATU dan CERITA DUA dulu sebab ni adalah sambungan. Nanti tak faham..

,

Selasa, 1 Mac 2011

RINDU SAMA MEREKA: MAK




Entry RINDU SAMA MEREKA: ABAH tadi aku ade cakap aku rindu dekat mak abah aku kan. Ni sambungan part mak pulak. Maaf kalau menyampah. Sekali lagi aku update sementara aku ingat. Sebab aku pelupa, lalai, leka dan sebagainya.


RINDU SAMA MEREKA: ABAH

.

.

. .

Hari ni aku teringat dekat mak abah aku. Malam tadi tidur mimpi diorang. Sampai nangis-nangis. Seyes, aku rindu gila dekat diorang. Cepat nyer diorang pergi. Tak puas nak bermanja. Sebab tu aku ni keras hati. Hati batu kata akak aku. Mungkin sebab kurang kasih sayang.*kesian.. Ayat tak leh bla*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...