Selasa, 28 Februari 2012

haiyoooo...

Bissmillahirrahmanirrahhim..

Ya Allah permudahkan lah urusanku dalam menjalani hari-hari yang mendatang..Amin...

Korang pernah tak sebelum buat sesuatu perkara tu korang fikirkan apa kemungkinan-kemungkinan yang korang akan jalani sebelum bende tu betul-betul terjadi?

Aku selalu fikir advance dari situasi lah.. Contohnya macam nie, aku ni dulu masa sekolah tak pernah duduk asrama.. Bila masuk Politeknik dulu sebelum pergi aku selalu fikir yang aku ni nanti duduk asrama kena basuh baju sendiri, kena bangun tidur sendiri, kena ingatkan diri sendiri untuk sembahyang.. Almaklumlah kalau duduk dengan mak kan, mak selalu tanya.. Dah sembahyang dik? hehe..

Jadiknya bila sampai masa aku kena duduk asrama tu aku dah redha, pasrah ececeh.. Aku kena macam ni, aku kena buat ni, aku tak boleh macam nie, aku tak boleh buat tu.. Semua kena fikir sendiri kan..

Macam tu jugak halnya bila aku duduk Putrajaya sorang-sorang dulu.  Aku selalu fikir yang nanti kalau dah duduk sorang kenalah pergi buang sampai sendiri, sapu uma, basuh baju, kemas uma, masak..beli perabot jugak sendiri yek, walaupun sekenhen..yang penting rumah tu tak lah kosong sangat kan..

Beli sekenhen sebab bukan nak guna lama pon, uma bujang2 je.. Aku pindah pon memang takde niat nak bawak.. Sebab tu beli yang sempoi2 je, bukan untuk membazir tapi sebenarnya lebih kepada untuk keyakinan diri..Bila duduk umah sorang-sorang ni haruslah aku tak nak rumah aku terlalu banyak ruang untuk aku meratapi kesendirian aku.. Tu yang beli semua tu..

Sekarang ni pulak kalau aku nak kawen nanti aku kena fikir dari sekarang yang aku tak ada orang tua untuk uruskan semua-semua hal yang orang tua selalu buat. Jemput orang rewang, uruskan balai ke, layan tetamu. Oh! oh! Oh! aku dah nampak dah jalan aku ke arah tu memang payah..

Sedara mara? Pakcik Makcik? yea.. memang ada, tapi bila abah aku dah meninggal (Alfatihah) dah jadik kurang rapat dah.. Sambung pulak mak aku meninggal (Alfatihah), jadik lah maaaaaaaakin tak rapat.. Kesian kt bakal suami aku dan jugak bakal anak-anak aku, ade yang tak kenal sedara gamaknyer nie..

So, aku kena set mind aku ni yang andaikata aku buat majlis apepon nanti memang kawan-kawan lah yang laaaagi membantu dari sedara mara ni.. Bayangkan yea kawan-kawan, waktu mak aku meninggal 2 tahun lepas pakcik aku yang jugak merangkap adik mak aku tu sebok nak pergi maulidurrasul dekat tempat die tu daripada nak membantu anak-anak sedara ni yang kehilangan mak ni.. Mak kitorang ni pon bukan orang lain, akak die jugak.. Pening..Pening..

Sedara kadang memang menyakitkan jiwa raga.. Oleh itu kawan itu sangat penting.. Pesanan penaja kepada Masitah, contoh untuk masa terdekat ni kan.. Aku bukan jemput ko tau, aku mintak tolong.. Thanks sahabat.. Macih jugak sebab mendengar rintihan dan keluhan aku yang merepek meraban ni..hehehe Macih!

Akhir kata, Karipap aku jangan lupa ha..hehe



Khamis, 23 Februari 2012

Panjang ceritanye..

Minggu lepas aku cuti hari jumaat tu sebab mak kepada abang ipar aku meninggal dunia.  Gambar masa adik-beradik abang ipar aku angkat jenazah untuk disembahyangkan dekat masjid ade tapi tak boleh upload pulak..entah kenapa dengan aku punyer komputer ni..Ke otak aku yang mereng aku pon tak tau lah.

Yang aku nak ceritakan, kebiasaannya selepas dimandikan dan dikafankan anak beranak dan saudara mara si mati akan berpeluang untuk cium si mati untuk kali terakhirkan.. Time tu aku ada 5meter je jarak dengan si mati.. Jadiknya aku dapat tengok dengan jelas anak2 ni semua cium mak mereka.

Sedih. Sebab aku dah pernah alami.

Suasana memang sayu, pilu.. Aku teringat masa mak aku meninggal dunia dulu. Sebab mak aku meninggal waktu petang kan, jadinya jenazah diuruskan keesokan paginya.

Semakin pagi aku semakin sayu. Semakin kerap bunyi kenderaan tak kira motor ke kereta ke, aku berdebar-debar. Menangis memang dah tak ditahan. Berdebar-debar sebab aku tahu yang dalam beberapa jam je aku tak akan dapat pandang, peluk, cium lagi wajah kesayangan aku tu.

Tapi semua tu ketentuan Allah. Siapalah kita nak merubah takdirnya kan.

Akak aku ade cerita, selepas selesai kenduri arwah ni suami die masih tak ada mood nak bekerja.  Kesiankan si ayah yang tinggal sorang dekat kampung, sedih dengan pemergian mak lagi.

Tambah akak aku lagi, die tetap rasa suami die lagi beruntung sebab masih ada mak dan ayah sampai umur 31 tahun sedangkan akak aku umur 20 dah takde abah. Umur 29 mak pulak tak ada. Sedih memang sedih tapi kalau kita rasa kita ni dah terlalu malang, pandang orang lain.  Ade orang yang tak pernah jumpa mak ayah langsung kan.

Ibaratnya kalau kita berkasut, padang yang berkaki ayam. Kalau kita berkereta, pandang yang berjalan kaki.  Bila difikirkan macam takdir ni tak menyebelahi kita, nasib kita selalu macam ni.. Tapi kita kena ingat dengan qada' dan qadar kan..

Tapi... Macam mana kita nak cakap dengan orang yang baru menerima berita sedih macam nie? Macam mana cara kita nak tangani orang yang sentiasa datang ucap takziah pada kita yang baru mengalami perkara sedih macam nie?

Dalam dua-dua masa aku kehilangan mak 2 tahun lepas dan jugak abah aku 11tahun lepas, aku paling paling paling tak suka orang ucap takziah dekat aku. Aku rasa nak tumbuk muka orang yang suruh aku bersabar sebab pada aku orang ni cakap senang lah, cuba kau yang alami??nak sabar macam mana??

Apa yang aku rasa tu sebenarnya perkara biasa. Semua orang akan rasa sedih setiap kali orang ucap takziah dekat kita.. Tapi kalau orang ucap tahniah macam mana? Tak ke lagi hangin?? Orang ni ucap takziah sebab nak menunjukkan rasa simpati dan nak menunjukkan yang die prihatin dekat kita. Tak baik kita marah. Walaupun kita marah jangan lah kita luahkan, telan je dulu. Benda macam ni tak ada apa yang dapat mengubatinya kecuali masa.Jadi kita boleh lah terus ucapkan takziah pada mereka2 yang kehilangan ni.

Sekian..Al Fatihah untuk mereka-meraka yang telah pergi nie..


Khamis, 16 Februari 2012

Mari berkursus!!

Tahun ni korang dah ada pergi kursus? Aku tak lagi..  Pagi tadi aku dapat tahu aku kena g taklimat, tu pon bape jam je..haisshhh.. maksudnya aku kena carik lagi 6 hari lebih sekurang-kurangnyer lah kan kursus untuk penuh syarat berkursus 7 hari setahun..

Kalau dekat opis lama dulu pergi je perkongsian ilmu yang 2 Jam, 2 Jam setiap jumaat tu sampai lah cukup 42 jam.. Kenapa 42 Jam? Sebab 6 Jam bersamaan dengan satu hari..  Tapi dekat opis sekarang ni tak ada lah pulak perkongsian ilmu cenggitu.. So kena lah menggigihkan diri dengan extravaganza..

Makanya dengan bijak bestari lagi cemerlang gemilang terbilang aku pon apply kursus dekat Website Intan.. haaahh..korang yang tengah mencari-cari kursus tu, meh la apply sekali..



Rabu, 15 Februari 2012

Mood Jiwangs petang ni yek..hahaha..Lagu ni Khas untuk My sayang..hihi

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Khamis, 9 Februari 2012

bila jalan-jalan dengan anak2 buah..

Kadang-kadang budak-budak ni akan bbuat perkara yang kita tak jangka pon kan.. Perkataan-perkataan setiap ucapan diorang tu kadang-kadang buat kita ketawa pecah perut, kadang-kadang tu geram jugak kan..

Ada satu masa  ni aku dengan akak aku dan empat hero akak aku lah kan.. Nak pergi ke satu kedai yang aku tak tahu jalannya.. Almaklumlah aku ni kan dari planet pluto, tak tau sangat jalan dekat Johor ni kan.. Kalau akak aku memang expert, abang ipar aku laaaaaaagi expert.. Semua jalan tikus die tau lah..

Tempat kejadian dalam kereta dalam perjalanan ke kedai tersebut tu lah..

Ucu: Akak nanti tunjukkan jalan eh, Yan tak tau..
Mama: Orait.. ko terus je..
Abang: Ala cu, jalan je lah ape susah.. paling-paling kalau sesat pon kita dekat Malaysia lagi.
Ucu: Kalau minyak penuh ucu tak kesah, ni tinggal bape bar je nie..
Abang: Isi lah.. Untung-untung boleh sampai Australia..
N'chik: Ape ko merepek nie? Cube ko jalan-jalan ade sampai Sabah??

hehehe...pening..pening..Memang lah dari Johor nak ke Sabah tak boleh nak naik kereta apatah lagi  pergi Australia kan..

ada lagi nanti kalau aku ingai aku update lagi k..

Khamis, 2 Februari 2012

tak tau nak letak tajuk ape nie..

semalam akak aku pinjam kereta, sebab abang ipar balik kampung.. Die nak pakai kereta nak buat hantar dan jemput anak die dekat sekolah lah kan. Die datang opis aku dah tengahari dah gitu..Lepas bagi kereta dekat akak, aku pon naik opis dengan selamba nyer..

memula aku masuk sorang, lepas tu masuk lagi dua orang pakcik nie. Masuk-masuk je, "dik, tingkat 12".. tetibe jadik tukang jaga lift kan.. Tapi ok lah mungkin die tak nampak dekat lift tu ada tempat tekan tingkat2 tu kanan kiri pintu kan..ok fine..

Salam lift bini die call.. "Abang baru sampai office nie".. Owh terkesima sekejap.  Lepas tu die cakap dekat kawan die macam nie, " Ni lah susah kalau bini muda. Kahwin muda. Ni bini nombor 2 aku. Asek nak telefon je...."

Pastu yang sorang lagi cakap macam nie, " Untung aku tak kahwin lagi". Dalam hati aku dah menyirap, lelaki ni ingat perempuan menyusahkan ke hape? Ni nak marah nie..Lepas tu Pakcik yang first tu cakap, "Eh, ko kahwin lah.. Seronok.. Yang tak seronok bila kahwin 2. Bini muda.."

Masa die keluar tu, die cakap terima kasih dekat aku sebab tekan kan die lift kan. Sambil angguk tu aku tengok la muka masing2..  Takde lah hensem pon, sorang dah pangkat bapak-bapak.. sorang lagi dah macam bujang terlajak rupe..

Yang meluatnya, tak payah lah nak citer dekat dalam lift time ada orang yang ko tak kenal sekali kan pasal bini lah pasal kawen lah.. Tak malu ke kan..dah lah pangkat pakcik2 je dengan aku. Tinggal lagi die tak pencen lagi je, iye lah kan pencen sekarang 58 kalau SBPA jalan ni harus jadik 60 pakcik ni ha..

Bukan aku nak sibuk2 hal die kan.. Dah aku sorang2 dalam lift tu kan, die lak leh berbual macam tu.. Untung aku tak muntah je lah kan.. haiyooo

Dapat lagi satu citer ni lagi best. Malam tadi aku g makan kuew tiaw power mabeles sedap dan delicious dekat Taman Perling. Tengah bual2 tiba-tiba sunyi.. Dulu-dulu masa dekat sekolah, kalau tetibe jadik situasi macam ni kawan aku cakap malaikat lalu naik skuter kata die..

Tengah senyap sunyi yang tibe2 tu kan, ada sorang mamat ni bersuara. " kau memang dah tak ada apa2 hubungan lah dengan die? Habis ko dah putuskan tak ada ikatan dengan die ke?"

OMG!!! kenapa aku kena dengar semua ni eh? Lelaki memang lagi teruk dari perempuan kan kalau tiba bab mengumpat dan citer hal2 pakwe makwe nie..

Terkesima aku kejap..

p/s:Nanti mesti si budak degil kalau mengkomen mesti nak mendefendkan diri.. nasihat aku awal2 dekat budak degil dan jugak usop lah sekali.. Tak yah nak berselindung, I KNOW WHAT U DID LAST RAYA.. eh?hahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...