Rabu, 23 Januari 2013

#BIDAN TERJUN 1 : menjadik pembuat kad kahwin

Khamis lepas sedang enak membelek-belek buku dekat POPULAR di City Square tetiba mak si Hasnira call kata nak kad lagi 100..

Punye lah si Hasnira ni gabra, lg 2 minggu kot majlis tetiba mintak kad..kad tak cukup!haiyoooo..die pon terus toleh aku, "yannnnnn..macam mana nie?"..

haiyooo..otak aku terus ingat kad kawen abang si Masitah..tapi tak sanggup nak tanggung risiko untuk kad tersebut senget benget..mintak tolong Masitah, tapi die punye kesihatan tak berapa mengizinkan..lalu buat sendiri dalam masa tak berapa jam, jadilah begini..

Hasil nye ada, tapi ntah kenapa tepon aku tak boleh la pulak nak di upload gambau..mungkin kabel rosak..tunjuk ni jadik lah yek..hehe



 Copy si Kad Masitah..hehehe..Nak buat camno, ni paling mudah hah..

Selasa, 22 Januari 2013

saye kenal die dah 5 tahun


Ni gambar pertama amek berdua.. Time ni tak couple pon lagi.. Ni bulan puasa 2007.. Kalau tak silap bulan 8. Amek dekat Perling Mall.

tengok tajuk? yep..aku kenal laki aku ni dah 5 tahun tapi kawen baru 3 bulan.

3 bulan ni macam-macam benda baru yang dilalui terlalui melalui macam-macam lalu lah.. Ada suka ada duka.. yang penting semakin hari semakin mengenali beliau.

 Tapi buat masa sekarang, hari-hari aku ni macam eksperimen. Kenapa eksperimen? Haaaa...aku selalu buat perangai pelik, dan dibalas dengan yang pelik-pelik jugak dari encik suami. Saja nak tahu reaksi beliau kalau aku buat macam ni jadik ape.. Kalau aku buat macam tu pulak macam mana.. Kalau aku sakit apa reaksi die..

hidup ni kan ibarat putaran roda, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan. Yang penting aku cuba belajar untuk memaafkan dan fikir positif je setiap hari. cuba... ada jugak cubaan tak berjaya.. hahaha.. Jangan ditanya kenapa cubaan tu tak berjaya, kawan korang ni mereng orangnye..hahaha

Aku ada tanyakan pada kawan, macam mana nak lembutkan hati suami? die kata, bagi suami minum air yasin dan zikir "ya latiff" 1000 kali.. Bagilah dua tiga kali. In Shaa Allah berjaya.  Jom lah kita try kengkawan yang dah mengkawen tu.. semoga yang lembut hatinya, makin lembut layanannya..

Die jugak cakap, pikat suami dari perutnya.. Ok akan ku cuba buat yang baru dari masa ke semasa. kengkadang kalau die komen tak sedap ke tak jadik ke sentap jugak, terdiam, terkesima, tapi pastu ok dah..hehe..

 Arini nak try buat apam gula hangus. Kegemaran mak ni.. Sebenarnya, rinduuuuu sangat dekat mak.. Rindu yang tak terbalas.. Semoga mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Alfatihah buat mak..

Isnin, 21 Januari 2013

Percutian Bajet

Assalamualaikum kengkawan...lama gilos tak tulis pape tetibe up pasal bercuti lak..hehehe..bukan bercuti ke mana pon, dekat je pon..jalan-jalan makan angin..

hah kita mulakan dengan setori ni lah yek..kenapa aku panggil percutian ni percutian bajet? Sebab orang baru-baru kawen macam aku ni macam-macam nak dibuat nak dengan duit tu, pon masih ada hati nak bercuti sebab since kahwin mmg kitorang tak ada kemana pon lagik.. Encik suami pulak sentiasa bizi dengan kekapal die..terseksa den duk sorang kat uma tu kengkadang laki balik keje pon tak sedar.. Bukan tak sedar diri, cume balik nye tu dah awal pagi, memang dah lena dibuai mimpi lah..

Jadi, sempena cuti berderet kelmarin kitorang decide nak jalan.. Ikut idea gila aku ni nak jalan-jalan naik pengangkutan awam je..lagipon sejak kenal lepas tu berkawan, mencintun, mentunang sampai kawen tak pernah humoor nak dating naik bas ke teksi ke ketepi ke kan..tetibe rase nomentik lak aih kalo wat cenggitu..tapiiiiiii....ditentang keras oleh encik suami, nanti penat katanya..baikkkk saya yang menurut perintah lah suamiku syurgaku..

Destinasi yang kami senaraikan ada 4. Cameron highlands, Port Dickson, Melaka, dan Lotus Desaru. Kami pun mulakan kira-kira dengan menyenaraikan bajet untuk , penginapan, makan, tol dan minyak. Untuk tol tengok je dekat website Plus tu.. Masuk dekat mana pastu keluar dekat mana nanti die ada bagi harga, so boleh la bajet2 kan die..

Minyak pulak kitorang kira full tank kete laki aku tu  RM80 untuk 350KM. Jadi, dengan RM1 kami boleh pergi sejauh 4KM (dibundarkan). Mengikut pengalaman lepas2 mengfull-tank kan kereta laki aku ni boleh pergi sejauh, 320km, 360km, dan pernah sekali hampir 380km dengan pemanduan berhemah ofcourse. Kitorang amek 350km dengan harapan encik suami memandu dengan berhemah dalam kelajuan sederhana. Untuk jarak pulak kitorang estimate je guna google maps.

Penginapan kami yang bajet-bajet saje, RM100/night. Hotel bajet pon tak pe, yang penting dapat lelap mata, mandi dengan selesa. Makan dan duit poket pulak kitorang estimate RM100 sehari a.k.a RM50 / person / day.. boleh survive tak?hehehe

sambung..


nape sambung?sebab bahan tinggal kt uma..hihi




Rabu, 16 Januari 2013

Kehadapan Encik Suami



Encik Suami,

Tahukah Encik Suami yang makin hari Encik Suami makin comel?


Tak tahu? Meh den bg tau..

Masa memula kawen dulu, kemain awak tak reti lipat baju, tak reti basuh pinggan, tak reti kemas rumah. Semua saya buat sendiri.. Tapi sekarang, awak dengan comel dah pernah tolong saya lipat baju walaupun spenda tu selalu saya gulung-gulung tapi awak lipat tiga je. Tapi saya hargai usaha yang ditunjukkan itu. sayang awak lebih dari semalam.. ha cepat kira!

Lepas tu kan, sekarang ni jugak tiap kali lepas makan awak akan angkat pinggan ke dapur dan basuh. Tenkiu.... walaupun cuma basuh pinggan awak je, tapi dah cukup buat saya ni rasa awak sayang saye dan ade niat nak membantu. Thank you the other half!

Minggu ni saya kena jadik mak guard ( bukan mud guard k!).. Seminggu ni jugak la saye tak menyempat nak kemas rumah, g keje selalu kalang kabut sebab kena bukak opis sebelum kul 7 sengah kan, balik pulak lepas pkul 5 sengah.. dengan jem dan sebagainya saya akan sampai rumah lewat. Tapi semalam, masuk bilik je tengok, eh katil dah berkemas lah... Terima kasih kerana buat aksi comel kemas katil. terus rasa nak senyum je sepanjang hari bila tengok katil kemas dan rapi..

Listen! Listen! Listen! Listen! Kucing pon ada masalah..tapi tak ada kena mengena lah masalah kucing tu dengan entry nie.. Yang ada kena mengena adalah tenggiling.. Tenggiling pon ada masalah, Kak Pah lupe cerita masalah tenggiling.. ok terlalut.. Tenggiling itu adalah jet pejuang saya.. Memang dah tua, tapi saya sayang.. tetiba die mintak duit, itu ini kena betulkan.. Nasib ada awak yang comel kerana membantu saya membaiki tenggiling aka jet pejuang aka ferrari akan babu aka JLR ku itu..  Kalau tak ada awak dan ayah mentuaku yang juga ayah mu itu tidaklah saya tahu bagaimana nasib tenggiling ku itu.. Mungkin kena mintak advise kak Pah listentome kot.


Selain itu saya tidak lah mahu berpindah ke Libya, Cuba and so on kerana tidak mendapat peruntukan membaiki kereta secara percuma tapi saya cuma mahu katakan di sini, saya semakin mencintai kehidupan sekarang.. :)  lebiu imamku..


Sekian luahan hati isteri comel mu
-Puan Yan-



p/s :Tapikan wak, kalau lah saya ni boleh buat pilihan.. saya nak jadik surirumah. Supaya ada lebih masa. Supaya saya ada lebih ruang di rumah, jalankan tanggungjawap sebagai isteri dengan lebih sempurna. Saya suka awak berusaha membantu saya lipat kain, basuh pinggan n kemas katil. Tapi saya lagi suka kalau saya dapat buat semua tu untuk awak kalau saya di beri lebih masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...