SUMBER: Berita harian :2011/04/30
PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang memperkenalkan had umur persaraan, mungkin 58 tahun, kepada pekerja sektor swasta sebagai langkah jangka panjang bagimeningkatkan produktiviti dan kebajikan golongan terbabit menjelang 2020. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata langkah itu perluberikutan ketika ini umur persaraan bagi pekerja sektor swasta adalah tidak selaras dan ditentukan sendiri oleh majikan, manakala semua kakitangankerajaan pula sudah menikmati persaraan pada usia 58 tahun. Justeru, beliau berkata kementerian sedang berbincang dengan pihak berkepentingan termasukKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mencari kaedah terbaik untuk menetapkan had umurpersaraan pekerja di sektor swasta.
“Tujuannya bagi membolehkan pekerja di sektor swasta berkerja untuk satu tempoh lebih lama kerana kebanyakan mereka masih mempunyai kapasiti untukmeneruskan kerja dan meningkatkan produktiviti masing-masing, walaupun kebanyakan bersara pada usia 55 tahun.
“Jika perkara ini dapat direalisasikan, semua pekerja di sektor swasta dapat menikmati had umur persaraan sekurang-kurangnya sama seperti dinikmatikakitangan kerajaan sekarang (58 tahun),” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Pekerja 2011, bertemakan ‘Pekerja MerealisasikanTransformasi Negara’ di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Subramaniam berkata kerajaan juga pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan skim gaji minimum bagi membolehkan pekerja swastaberpendapatan rendah menikmati gaji lebih tinggi. Katanya, perkara itu akan direalisasikan menerusi penggubalan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum Kebangsaan 2011 tidak lama lagi, sekali gus dapatmemberikan kerajaan kuasa untuk menentukan kadar gaji pekerja di sektor swasta pada masa depan.
“Kita berbuat demikian kerana kerajaan sedar gaji beberapa sektor dalam negara masih rendah,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga sedang mengkaji untuk memperluaskan skim perlindungan sosial yang diberikan kepada pekerja di sektor swasta khasnyamereka yang diberhentikan kerja tanpa sebab atau akibat majikannya gulung tikar.
“Ini penting bagi mengurangkan beban dan masalah berbangkit apabila mereka dibuang kerja dan perkara seperti ini perlu diberi tumpuan serius olehkerajaan bagi menjaga kebajikan tenaga kerja di dalam negara,” katanya.
INFO
Umur persaraan di beberapa negara
•Britain – 66 tahun
•Perancis – 62 tahun
•Amerika Syarikat – 65 tahun
•Singapura – 61 hingga 64 tahun
•Thailand, Brunei, Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan India – 60 tahun
•Eropah, Hong Kong, Jepun, Australia, New Zealand - 65 tahun
0 ulasan:
Catat Ulasan