Selasa, 13 Disember 2011

Rambut

Rimas dah dengan rambut nie...
balik ni nak g gunting lah..
esok aku post gambo rambut eh 
kalau jadik g gunting lah arinie
teringin sangat nak kerintingkan rambut nie
tapiiiiiiii
keadaan fizikal yang tambun
tak mungkin aku kerinting kan rambut aku
nanti nampak bebeno sama macam mak atasinchi tu kang
chaiiitttt!!

Rabu, 7 Disember 2011

OMBAK RINDU VERSI AKU

Sekarang macam tengah demam Ombak Rindu kan.. Best memang best lah cerita ni, tapi tak berapa memuaskan nafsu serakah aku nie..haha.. 

Bukan aku nak Ombak Rindu jadi Ombak Nafsu malah aku tak suka pon part-part peluk yg melampau tu..Aku sampai terfikir ni U ke 13PG eh?sebab aku tengok dengan akak, abang ipar dan anak-anak sedara yang masih kecil dan tak faham pape tu..sadis~~

Aku tak sempat nangis, korang nangis?Akak aku nangis, sampaikan anak-anak sedara aku yang tengok sekali tu kan kejap-kejap toleh..Kejap lagi toleh lagi..Pastu cakap, "Mama nangis..Kesian mama..Tapi Ucu rilex je..?"..

Hah yolah ucu ko ni menahan perasaan.. Serba-serbi tak kena aku tengok movie nie.. Ni Movie kedua kan yang di filemkan daripada Novel? Yang first dulu Lagenda Budak Setan kan? 

Lagenda Budak Setan tu aku tak baca novelnya.. Memang tak ada sekelumit cerita tu yang melekat dekat kepala otak aku nie.. Aku pergi tengok dengan Kak Mija, Azizul, n Pieja..Anne ade ke ah?tak ingat pulak pasal Anne nie..haha

ok stop mengarut.

Lagenda Budak Setan The Movie memang haram aku tak sedih medih.. Mungkin die kesinambungan dari Novel?mungkin die amek sikit-sikit je dari Novel? Tapi aku tak faham..dan aku paling tak suka part Farid Kamil naik sampan tu lama sangat. Sikit2 dah lah..

Sama jugak halnyer dengan adegan si Izzah kena rape dengan si Malik eh silap Haris tu.. sikit-sikit dah lah.. Tak payah nak tunjuk betul-betul mulut si Haris tu dekat tengkuk Izzah.. Sungguh hollywood, ni pengaruh Rossalinda ayam jemur nie..

Memula tengok Maya Karin macam tak sesuai je bawakkan watak Izzah kan... Macam tak kena je.. Cube ganti dengan Iera Shazira.. kena tak?Cer tengok..


Cantik kan..? Muka die pon lembut jugak ape..Kena lah dengan watak Izzah tu kan.. Cuma Iera Syazira dah banyak sangat berlakon drama, tak macam Maya Karin.. Maya sungguh keleeeessss.. Die cuma berlakon filem je kan.. Tu pon tak banyak.. Tu buat die nampak "mahal" dalam filem nie..

Jadiknyer, watak Izzah tetap pada Maya.. Jom cuba gantikan Aaron kepada Remy Ishak..




Kalau watak Haris bagi dekat Remy kompem best! Cer gandingkan dengan Maya..


Owh rupernyer diorang pernah digandingkan dalam Teater Natrah..



Dalam filem Cun jugak dah digandingkan.. Kalau digandingkan lagi penonton muak pulak kan..Tapi kalau diorang berdua ni memang sepadan kot.. nampak sedappp je mata memandang..huuuu...Sungguh tak mengikuti aku filem-filem ni semua..Aku tak tau pon diorang berdua pernah berlakon bersama, duk gugel2 tadi jumpe gambar-gambar dari pelbagai pelosok nie..

Tapi sepadan kan..?

Ok kalau tak dapat tukar Maya kepada Iera Syazira, tukar Aaron kepada Remy then dapat tukar si Lisa S tu jadik lah! Die tak sesuai watak jahat..

Worst giler kot die bawak watak Mila tu..  Watak tu patut bagi dekat Izara.. Hah ni baru jahat best! dan die pandai  berlakon.. Boleh lah dari Lisa, sebut R pon adui..


overall cerita ni pada aku so-so je.. best lagi novel die dari filem nie.. Ni semua adalah imaginasi aku je..Takyah nak like sangat, takyah nak marah k..
Peace!

Isnin, 5 Disember 2011

8 pergi jauh-jauh..


Aku post gambo ni dekat FB tadi..Ada yang komen aku dah kurus dan nak tengok gambo full.. Sebenarnya kurus tu tidak, tapi turun sikit berat aku..

Sejak Masitah makan HERBALIFE dan turun berat 5KG seminggu aku jeles.. Ye la mana tak nyer dah lah aku ni siang2 chatting manjang dengan Masitah, balik umah mesej pulak.. Lesbo katanya..haha.. 

Maka menjeles la aku ni dengan beliau sebab aku sorang je belon die dah kurus kan mana leh jadik.. Maka ditanya rahsia kejayaan, beliau kata beliau makan prroduk tu akak beliau jualnya. Aku pon join lah sekaki..

Untuk makluman korang berat aku masa mula makan mende tu adalah ditahap bahaya yek.. 88KG, sangat gemuk.. Ni pengakuan ikhlas bukan nak promote produk sebab aku tak jual pon produk nie.. 

Sekarang dah turun sikit ke 82KG.. Masih gemuk sebab bila di kira BMI aku, aku masih OBESITI..  Berat ideal aku adalah di bawah 60KG sebab tinggi aku cuma 156CM.. Silalah kawan-kawan kira yea..

Ramai orang cakap produk yang aku makan ni mahal.. YA memang mahal tapi sebab aku ni kena kurus..Sebab kegemukan aku dah sampai tahap BAHAYA dan PERLU KURUS untuk kesihatan.

Korang yang tak kenal aku, atau baru kenal aku berat aku naik secara mendadak sebenarnya atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tau lagi  kenapa sebenarnya. mungkin bahagia, mungkin tak..entah lah..

2007 berat aku 50kg je, 2008 jadik 64kg, 2009, 2010, 2011 terus naik jadik 88kg.. Jalan makin susah, mengah, semput. Kena ejek paling tak tahan sebenarnya. Bila gemuk, wajah dengan usia memang tak padan. Sangat rendah diri sebenarnya..Level kompiden pon takde tau aku nie.

So kawan-kawan, doakan aku cekal menurunkan berat badan sampai ke tahap selamat untuk jantung dan kesihatan aku k!Target aku yang pertama, tak nak no "8" lagi dekat depan tu.. Sangat huduh...8 pergi jauh-jauh...syyyhhhh!!

Jumaat, 2 Disember 2011

dari FB Mak Usu aku..

Jangan Bongkak Please!!

aku tak heran kalau kereta kau berlambak ke, duit ko tak habis guna ke, aku bersin ko bagi duit seratus buat lap hingus ke, anak ko berak atas duit ke..hatta ko tabur duit atas laman sekali pon aku tak heran..

Yang aku herankan sekarang, aku tak ada depan mata ko lagi tapi ko masih nak mengata aku..

PLEASE LAH! Duit banyak-banyak tapi tak leh carik keje lain yang lagi berpekdah ke? Silalah cari jalan ke masjid dan menderma barang seguni beras ke.. Ko dah lah beli kete tetiap tahun sebab nak lari income tax kan, bersedekah dan beramal jariah mesti boleh kan.. Sebab ko islam kan..

Tak tau lah kalau ko ISLAM baka..

Hari jumaat yang mulia nie, aku nak mintak maaf sebab aku kutuk ko nie.. KO tak pernah ada dalam hati aku selama ni, walau sebagai kawan sepejabat maaf bekas kawan sepejabat apatah lagi layak di panggil kakak. 

Dan paling penting yang perlu ko tahu, aku dah maafkan ko atas segala yang ko cakap..SETIAP TUTUR KATA KO tentang aku, dah dimaafkan..

Entry ini hanya untuk melepaskan emosi yang terpendam.

Sekian Terima kasih kerana membaca..

Peace!

Rabu, 30 November 2011

Saya kena enjet!

Semalam aku cuti.. Nampak macam sengaja kan cuti semalam macam carik alasan je sambung cuti sebab isnin aritu kan cuti umum.. Tapi TIDAK yek!kalau aku sambung cuti lepas tu aku pergi berjalan-jalan mungkin berbaloi.. Tapi ni tidak! TIDAK SAMA SEKALI! Sebab aku sakit..

Hari sabtu aku balik kampung sampai lah ke isnin.. Isnin tu jenjalan dengan kawan aku si Ayu yang nak menikah lagi 2 minggu nie.. Aku teman die carikan baju untuk flower gurl n boy anak-anak sedara die.. Cari dekat Jusco je pon..Petang tu dalam pukul 2 dah sampai dekat rumah akak aku lah.. Kan aku duk menumpang dekat rumah akak aku kan..

Balik-balik tu kepala dah berat je kan.. Terus terbaring je.. Start malam menjelma aku dah berry-berry dah.. Pastu akak aku kata ada rasa nak muntah tak? Aku kata ada tapi tak muntah pulak sampai pening-pening lalat aku dibuatnya sebab mungkin gas  naik kepala kot..Akak aku suruh minum air masak banyak-banyak pastu jolok tekak tu..dah muntah nanti lega sikit..Tapi aku tak berani ok nak jolok tekak..Kang tertanggal tekak aku macam mana??hahaha sungguh penakutkan..

Lepas akak cakap macam tu aku pergi dapur nak try buat lah konon..Tapi tak buat pon.. Pergi depan cakap dekat akak, "tak berani lah kak"... Pergi dapur balik terus muntah! Hah NATURALLY YOU.. Keluar ikut idong lak tu..PEdih siotttttt.. Berkali-kali jugak lah muntah..  Akak selamba sound.. BAU IKAN!hahaha siot jek!

kejadian muntah n berry-berry berlanjutan sepanjang malam yang membuatkan aku lembik dan tak sanggup nak makan pape sampai lah hari nie.. Tengok makanan pon tak lalu  nie..Bau makanan pon loya nie..ngandung ke?hahaha..sapa nak bertanggungjawab nie??hahaha

Aku g  klinik semalam, dapat injection dekat bontot..eh punggung...tak baik lah cakap buntot..kasar bebeno.hehehe..Takut woo nak kena inject..Last kena inject masa rubella dekat sekolah menengah dulu.. Lepas tu dapat MC sehari..Aku dengan baik hati mintak sehari je, walhal doktor tu nak bagi 2 hari kot.. Sebab aku sangat pucat..

Aku dengan gagah mintak sehari je.. Yolah mana boleh cuti lama-lama nanti orang salah faham pulak kan.. Kita sakit betul bukan main-main tapi mulut orang bukan boleh tutup ye dok?



Jumaat, 25 November 2011

kawan-kawan DSK sekalian..jom follow belog Ezzah..


 
Ni dia belog ezzah..Jom Follow ramai-ramai..weeeeee

p/s: cantikkan kawan ku ini?

Rabu, 23 November 2011

Sahabat yang dirindui tapi sekarang kalau jumpa dah kekok..

Ada salah faham yang buat aku dengan Mira renggang.. Salah faham yang buat masing-masing diam sampai sekarang kalau jumpa pon tak reti nak berbual ape..

Walhal dulu sangat rapat, sangat akrab.. Tapi segan sendiri.. Bila lama tak jumpa, sekali jumpa jadi kekok..


MIra, kalau ko baca.. Aku minta maaf.. Siyes aku rindu dekat ko..

Aku anak Malaysia yang takde sekelumit rasa dendam pon dekat orang Indonesia, korang ade?

Bila baca-baca cerita dekat internet ni yang cerita pasal kekalahan Indonesia dengan Team Malaysia.. Banyak betul dugaan orang Malaysia yang ada dekat sana yek.. Sedih pulak..Kenapa eh orang sana terlampau berdendam dengan kita? Satu rumpun kot. Atok-atok kita dulu asal dari sana jugak.. Heiii kalau setakat Indonesia, Brunei, Singapore sedara mara kita ada je dekat negara-negara nie.. Selain berjiran kita jugak bersaudara.. Kenapa nak gaduh kan?

Baca berita pasal fotboller kita yang kena naik kereta kebal untuk pergi dan balik stadium.. Apesal sampai macam tu beb? Macam ni ke layan tetamu? Bola sepak je kot.. No big deals lah kan.. Eh ni nak cerita, atuk aku dulu-dulu datang ke Tanah Melayu ni naik kapal. Datang  sini kawen pulak dengan nenek cun aku tu pastu bedebuk lahir abah aku.. Pastu abah aku kawen lak dengan mak aku yang jelita lagi gojes tu lalu zazzssss lahirlah aku.. Eh?Aku ada darah Indonesia lah.. YES! Memang pon, terbukti aku pon orang jawa makan tempe tapi tak reti lah cakap jawa nyer pon adui..

Alah tak heran lah mana lagi orang-orang dekat rumpun-rumpun ni asal kalau bukan tempat kita-kita ni jugak.. Ko orang Malaysia, tapi dulu atuk ko datang dari Indonesia kan? Ko orang Singapore, tapi mak bapak ko orang Malaysia kan? Sedangkan Majapahit tu asal dari Indonesia.. Kita bersaudara.. Cuma bukan SATU NEGARA.. Cuba anggap je lah Negara tu macam sebuat kampung, ko kampung A aku kampung B.. Camtu jelah.. Bersukan dengan sihat bukan sebab sukan sampai mati pijak-pijak..

Satu je lah yang aku tengok masa perlawanan bola Malaysia lawan Indonesia aritu, dekat sana takde pon main baling mercun, buang sampah dalam padang atau main laser cuma dengar kata mulut diorang je yang LASER.. Tapi takpe itu semua serangan Psikology.. Cuma kalau tak ada kan lagi bagus.. 

Pada aku, YES MEMANG NAAAAAAAAK SANGAT KALAHKAN INDONESIA tapi kalau kita kalah kena redha lah kan.. Bukan aku yang main atas padang tu pon kalau aku nak marah-marah dekat player tu kan.. Dan kalau kita kalah pon tak kan lah nak salahkan pasukan lawan sebab diorang kuat sangat? Sungguh keanak-anakan lah sifat tu dan tak terpuji tau..


Jumaat, 18 November 2011

Cerita ini adalah untuk sepanjang minggu ni..

Cerita ni ada banyak-banyak-banyaaaaakkk Sebab seminggu terus aku update dekat korang..Sangat pajang, sila jangan muak ok..haha

Cerita panjang-panjang tapi gambar semua tipu aka gugel saje sebab aku tak bawak kabel lak harinie..Nanti kalau aku bawak kabel aku sambung part #2 lah..Macam tak biasa lak kan..

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat..eh biasa je hari2 aku kan.. Cuma hari Rabu special terlebih sebabbbbbbbbbbb..

16 November aritu genap lah aku ni mengkapelkan diri dengan Encik Yus selama 4 tahun..Dah cukup-cukup lah tu kapel kan, jom kawen lak nak tak Encik Yus?Aku tanya die dalam hati je, ko gila nak tanya cenggitu?Buat malu kampung je beb..huuu

Apa yang terjadi di hari kejadian?Plan baik dari pagi lagi nak jumpa dekat Jusco Tebrau je pon adui.. Masa adalah lepas keje..Aku ni punya bedezup lah kan jangan cakap lah..Kebetulan hari tu bos suruh buat keje sikit..Sebab line yang sangat best, maka gerak dari opis ke tempat kejadian agak lewat..

Aku dah risau dah takut die menunggu pulak..Kesian dah lah kerja penat seharian kena pulak tunggu aku kan.. Ghoper-ghopernyer....aku yang menunggu beliau..Sedih tau.. Seumur hidup aku 23 tahun 6 bulan lebih ni baru ni lah sekali pengalaman hidup aku yang rasa macam nak buat diary sekarang jugak lah catit tarikh 16 November 2011 aku menunggu lelaki selama..... 

Haaaaa...cer teka..Cer teka bape lame aku tunggu die..?Kecik ati mak nok..6.30 die mesej tengah meeting walhal aku dekat parking Jusco dah..6.50 petang die call kata nak gerak balik dah..7 sengah tepon kata dah sampai..Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tipu!!TIPU!!Pukul 8 baru nampak batang idong!

Dari pagi aku punyer eksaited sampai lompat-lompat sebab ni kira first time lah sambutnyer pon aduiyaii.. Pakai baju mantik-mantik,make up lagi u.. Sesampai kejadian-kejadian tersebut buat aku kecewa.. Bila dah tunggu 1 jam sengah tu aku jadik marah pulak kan..Terus rasa tak nak celebrate dah..




Tapi nasib baik die datang bawak bunga..Terus tak jadik merajuk.. Tapi cuma 4 kuntum je..Kenapa tak pat ploh pat meh??Kedekut betullah..weeeee gembira kejap dapat bunga.. Happy lah jugak kira nak marah sebab kena tunggu sejam sengah tu nak  berkubur dah ni tapi marah balik semula sebab die tak nak bergambar dengan aku..huhhh

KECIK ATI!!!!!


Jumaat, 11 November 2011

Mendomokan nyer pun adui..



Beberapa minggu kebelakangan ni kan aku dah start menjahit mende2 macam ni kan.. Ni lah hasil die.. Cuba-cuba buat domo ada kaki tangan ni ha.. Anak sedara aku lah mintak.. aku buat lah.. satu domo ni nak cantum semua bagai orang tak pro macam aku nu perlukan masa 2 jam.. 

Ni anak sedara aku nak jual dekat sekolah, aku bagi harga RM5.. Kebesaran die adalah, 15cm panjang, 12cm lebar dan 4 cm kembung.. ade orang guna perkataan kembung, lantak lah labu janji korang paham kan..hahaha

Nak tau besar mana? kalau imaginasi tak kuat tu tak payah nak buat-buat terer lah.. G amek pembaris ukur betul-betul.. Terutama sekali yang imaginasi rendah macam Masitah tu..

hahahahaha... Sekian!

NI semua salah lift!I HATE U!!#3

Lagi sekali tengok tajuk pon dah tau lah kan..ni sambungan dari SINI dan SINI..

Aku dah buat kunci tu  hari selasa lepas.. Kesian aku tau pergi pusat servis tu sengsorang je..Dah lah sakit perut kena tunggu 2 jam sengah lak tu.. Ade jugak pelawe Yus tapi die demam lak kan..Cian cian cian..tapi majuk gak sebab g sengsorang!huhh


Hasil penantian memang berbaloi sebab dapat kunci baru feel macam beli kereta baru je walhal kereta itu jugak.. Kereta yang hari-hari kena berak burung tu..

Isnin tu dah mintak simpati, belas kasihan dekat Yus.. Kot-kot die nak sumbangkan dana dalam pembikinan di sebalik tabir kunci aku ni tapi haremmm tak di layan malah di ketawakan dan di kata begini, 
"Awak kena tanggung kesalahan yang awak buat"

Ayat macam aku rogol die je.. Kecik ati mak nok! Adakah muka simpati aku tak begitu comel atau muka simpati aku dengan muka tahan kentut sama je sebab tu tak laku?haihhhh...kompius2..

Nah malas pikir lagi lah, ni gambo kekunci yang menelan belanja RM282.40.


Nah ni pulak yang kena teman aku seharian dekat opis ni sebab aku dah takde duit nak keluar-keluar makan lagi dahhhh... Si bantal kambing empuk pemberian Pieja, Tasa n Puan Muzal..Yea, mesti korang nak kata bantal tu kena kentot dengan aku hari-hari kan? Tak baik tau menuduh.. Tapi memang pon..hahaha


Selipar tu, sentiasa nyaman di  kaki ku..Anne, ko jangan riso selipar ni kena kentot sipi-sipi je.. jangan jeles k kekasih kentot ku..hahahahha

Sekian!

Rabu, 2 November 2011

petang sangat tak nak ber wordless wednesday?


Gambar ni dari email..Pemilik Email asal kata die gugel pasal banjir di Thailand tapi dapat ini.. Dah banjir pon tak insaf2 lagik..

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Isnin, 31 Oktober 2011

Lunch Date..hehehe

 3 tahun 11 bulan dan 14 hari kapel baru sekali ni lunch pakai baju kerja sesame... Maceh Masitah sebab nak tukar dengan saya..weeeeee :)


Aku tak pernah tengok die pakai baju kerja nie... Kesiannnnn...  Baju pomen nie.. Bau minyak lak tu.. Tapi totap di hati...hehehe
Gambo aku? Ni ha!! Hamekkk kau!Ngeh..Ngeh..Ngeh..

NI semua salah lift!I HATE U!!#2

 Ni adalah entry kesinambungan dari SINI..tengok tajuk dah tau kan.. Bijak..aku tau kawan-kawan aku bijak memang..aku tak kawan dengan orang tak bijak..haha..


Hah ni kunci-kunci ferrari aku...yang aku pakai sekarang yang ade keychain rerame tu ler..


Ini yang jatuh lift aritu.. Die ni entah putus cinta lalu nak bunuh diri ke hape entah aku pon tak tau.. Ni luarannn nampak macam sempurna..


Tapi dalaman die macam nie!haihhhhhh..so pepatah yang kita boleh belajar hari nie adalah,MUKA LAWA TAK GUNA KALAU OTAK KOSONG!.

eh ter-emo lak..hahaha..Tak de kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia tapi kalau terasa bawak2 berubah lah..hehehe


Ni close up kunci aku pakai sekarang..Nampak dah setepler tepi tu? sebab die pon pernah pecah suatu masa dulu.. aku pernah citer, nah baca SINI untuk mengembalikan ingatan tragedi oktober tersebut.


 Sebelum tamat sesi pembelajaran ilmu dunia hari ini nah hamek nie..Abaikan jerawat yang tertempek dekat muka tu..aku nak close up butang di bahu..



Nindiaaaaaaaa comel tak? Comel tak??hahahaha aku tokey butang sekarang.. sape nak beli buleh, nanti den upload..butang2 cenggini den pos ekspress yo..nanti aku upload k!

Sekian, terima kasih..Assalamualaikum!

Ahad, 30 Oktober 2011

Rindu..

 [ Gambar ihsan GOOGLE]


Semalam aku pergi kedai.. Aku hantar je anak sedara aku, kiranya aku tunggu dekat kereta je lah.. Malas nak turun sebab tak mandi lagi.. hehehe
Dalam duk menunggu tu aku ternampak Pak cik dengan mak cik ni keluar dari Mini Market yang anak sedare aku pergi ni lah.. Sayu pulak hati aku tengok Pak cik dengan Makcik tu.. Sedar-sedar dah mengalir air mata ni..

Aku tahu aku sebenarnya rindu dekat orang tua aku. Petang semalam jugak aku balik kampung.. sekadar nak mengubati rindu... Orang kata, tak dapat tengok orang tengok rumah pon jadik lah.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Meh tengok meh tengok...weeeee :)

 Hari tu aku ade kepoh-kepoh kata aku ada hobi baru kan..? Ni lah hasil nyer..hehehehehehehehehe...hohohohohoho....huhuhuhuhu...

 Hasil tak berapa cantik pon, aku kan semberono je orang nyer.. Kalau nak kutuk pon kutuk dalam hati je tau..Kalau aku tau kecik ati aku tau...INI AMARAN TAK MAIN-MAIN PUNYER..hehehehe

tadaaaaaaaa!!!

Ni Buat kengkonon nak bagi Encik Yus sempena kami mengkapel nak 4 tahun 16 November nie.. Tapi macam tak lawa lak...Bende ni sekarang ade dekat rumah buat tempat cucuk jarum je..sob3..
Maka kenalah cari hadiah lain yang lagi sentimentel untuk Encik Yus.. Ape eh? Kalau boleh tolonglah bagi cadangan membina yang tak menghancurkan poket aku boleh kengkawan? Hadiah yang sesuai untuk anniversary-lah-sangat-konon2-nie + besday beliau sekali... wahhhhh jimatt! kehkehkeh


 Yang ini pulakkkkk, adalah request dari anak-anak sedara kesayangan hamba.. Nak Angry bird nak Domokun nak penampo..eh tak tak! Dan diorang telah dengan jayanya jualkan mende alah ni semua dekat sekolah.. Seludup siot! So dengan rasminya aku adalah pembekal barangan seludup nie..hohoho!!

Hahhh hamek ko!! Beg DOMO kaler PINK! Ko hadoooo???tak do?hehehehe ni Nak bagi Encik Yus, nak suh die isi tabung kawen boleh??Tableyh kan?tak setuju kan?sebab kecik sangat nak buat tabung kawen nyer pun aduiiiii!!!

Sekarang pon dah macam-macam dah kitorang buat..Oh yea, kitorang tu merujuk kepada aku dengan akak aku..

Akak dengan cemerlang, gemilang dan terbilang telah jual skaf, ikat rambut, brooch dan jugak bunga dekat geng-geng beliau..hehehe BUNGA pon masuk korum tau.. Aku ade citer kan pasal hobi hias bunga terbaru den..hahaha mendatangkan duit beb..sungguh kagum dengan diri ini..wawawawa!



Nindiaaaa bunga hiasan pintu, frame gambar atau pape je frame yang korang nak hiaskan.. Aku jual RM10 je beb. Kalau beli dua I kawteammmm RM18 je, amacam??hahahaha
Aku belum ada niat nak pasarkan dekat belog nie... Sebab aku ada masalah dengan pos-pos ni kan..Pejabat Pos jauh  beb, takut tak terlayan pulak nanti kang..hehehe..

owh yek bunga dekat atas ni nak bagi Masitah..sebab harini aku nak poskan baju-baju DOMO die tu kan.. Semalam nak pos, tapi hujan maha lebat! Banjir ok..air bergenang-genang di gigi jalan dan di tengah-tengah jalan jugak..Takut siot! So arini nyer pon adui baru nak di pos kan adui.. Maap yek Masitah...hehehhe


 Hah nie banyak tau.. Kalau satu kita kata sehelai, ni ade banyaaaaaaaaaaaaakkk so kita  kata die...???

Berelai-relaiiiii lahh...!!!hahahah bijak aku kan..auuummm..hehehe

Domo-domo ni semua aku dah pukau! Aku suh die gigit Masitah memalam hari, hahahaha..Padan muka ko Masitah, bagi info salah pasal tempat kelahiran si Domo nie.. Selamba je kata Plaza Pelangi eh walhal Holiday Plaza.. Penat aku tawaf tau!! Sampai tergaduh-gaduh dengan Encik Yus, nasib baik die pujuk i dengan setelobeli lazat...nyum3!!hehehe

Akhir sekali nah hamek nie...


Selamat berhujung minggu dari Encik Domo..auuuummm!!!

Khamis, 27 Oktober 2011

NI semua salah lift!I HATE U!!

Hah ape salah lift kali ni dengan aku..Hari selasa lepas tanggal 25 oktober 2011 memang akan aku ingat sampai bila-bila aku nak ingat lah..Aku akan memperingatinyer setiap tahun sebagai HARI TRAGIS!

Kisahnya macam nie.. Hari selasa tu lepas je bos aku balik aku dengan sukahatinya berdendang-dendang sayang nak pulang lah kan.. Sebelum tu aku ade ajak si Has balik sekali. Has ni pergi dan balik kerja naik bas, sebab hari nak hujan kan tak kan aku nak biarkan Has balik cenggitu.. Lagi pulak rumah beliau dekat jugak lah dengan rumah aku..Tapi lalu jalan lain, tapi aku boleh hantar lagi sebab aku baik hati..hehe


Sambil mengayat Has nak die teman aku pergi Angsana jugak sebenarnya.Hehehe. Has ni jugak partner in crime aku dekat sini, memperkenalkan.....jeng jeng jeng


Nasib baiklah Has teman aku ketika aku dalam kekalutan aritu, kalau tak memang aku terpinga-pinga lah sorang-sorang kan..Macih Has!Lebiu Muah3!!hehehe

Sambil bergurau-gurau senda dengan Has aritu aku pon main pusing2 si kunci kereta tu, sekali terlepas daaaaa..dezup! terus masuk celah-celah ruang lift tu..Si Has dengan machonyer tahan lift tu, aku lari masuk opis balik tanya dekat membe-membe macam mana nak buat.. Aku dah lah tak bawak kunci lain, kunci spare aku dah lah tak sempurna sebab pecah dulu tu kan yang siap kena towing bagai tu dulu..haihhhh

Membe-membe opis lain bagi no tepon maintainance suh call dan mintak diorang bukak lift amek kunci aku tu, aku pon call lah.. Eh si Encik Maintainance ni leh nak mengorat lak time nie, lembutnyer suara awak..hoh! Encik kunci kereta saya jatuh dekat lift tolong amekkan! Pastu aku cakap kawan aku tengah tahan lift tu, die cakap ape tau...?

Tak payah tahan lah, kunci awak dah sampai aras 1 nie ha..

Erk? Aku agak dengan kelajuan 500km/j dari tingkat 21 ke tingkat 1 tu harus bersepai kunci aku tu tapi si Encik Maintainance tu kata ok je pulak..Memang aku tak caye beb..

Aku tunggu je Encik Lift keluarkan aku nyer kunci dari celahan tu kan, sekali tengok adus!Memang kompem kena pakai kunci lain lah sebab kunci tu dah takde cip tu.. Kereta proton sekarang ni kan nak kena ada cip tu dekat dengan starter barulah si enjin mahu hidup kan.. So aku pon menelpon akak kesayangan hantarkan kunci dekat aku...

Akak aku sampai dalam kul 6sengah, takde lah lewat, tu dah pantas abes lah tu sebab dari rumah ke tempat keje makan masa setengah jam jugak lah.. Nasib ade Has kalau tak menggilalah aku sorang-sorang tunggu akak aku kan..

Akak aku sampai aku tengok dressing anak-anak sedara aku memasing kemain lah lagi kan..Macam nak g key-ell dah..Untuk tak menghampakan mereka, aku belanjalah Pizza howt..

Dengan segala kekalutan yang melanda aku hari tersebut, aku salahkan si LIFT sepenuhnya sebab die kangkang luas sangat sampai kunci aku leh masuk cecelahan die tu!!Nyusahkan den je!HUHH

Jumaat, 21 Oktober 2011

Aku yang cantik..




Cantiknyer lah kan die nie..?sejuuuuuukkk je mata tengok die nie..Walaupun berpesen muslimah tapi totap auuumm!

Khamis, 20 Oktober 2011

Ini gurau kasar namanye..

Tau gurau kasar? Kalau gurau-gurau manja tu kita boleh gelak-gelak lagi lah kalau dikenakan atau mengenakan, tapi gurau kasar ni sejenis perangai BAPAK BUSUK SEORANG BERHATI KEJI dan kalau kita kena memang sakit hati menyumpah seranah macam ape lah kan..haaaa tu die gurau kasar..

Ni sekarang ade orang gurau kasar dengan aku nie...KO tunggu aku carik ko sape.. Nak bergurau pon beragak sikit eyh..Jangan kacau periuk nasik aku..Aku kuat makan nasik, so aku tak suka orang kacau..

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari pejabat-sejuk-tapi-panas aku.

Bye!




p/s: aku rindu korang semua..Apesal tak ada kawan macam korang dekat sini..?siyes aku down giler kot hari nie..urgh!

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila geng cantik berpadu tenaga...


Ni lah padah kalau dah berpadu tenaga, jadik merepek merapu meraban..hahaha

Selasa, 18 Oktober 2011

3 perkara biasa aku buat dekat opis lama tapi jadik LUAR BIASA dekat opis baru nie..

Dah dua bulan aku bertukar dengan si Masitah nie.. Sepanjang dua bulan ni tak de lagi masalah yang mengganggu gugat fizikal dan mental aku.. Semua ok-ok je.. Kecuali aku rinduuuuuuuuuuuuu giler dekat geng cantik ok..tu tak tpi..sumpah!


macam tajuk cerita nie, 3 perkara tu ialah, yang pertama telefon dekat sini adalah telefon analog.. Tepon yang tak berapa nak canggih lah kan, berbanding dengan telefon Alcatel aku dekat opis lama tu.. Jadik kebiasaan kalau nak call terus dial no kan, tapi tak boleh aplikasikan yek dekat sini..sebab kena tekan butang-butangnyer jugak baru  leh dial tanpa angkat ganggang..Walaupun aku tahu tepon ni macam tu, tapi aku masih lagi sampai sekarang ni dial terus.. kalau tahu aritu aku angkut tepon tu bawak sini..boleh ke?hehe

yang kedua, dekat sini aku parking dekat luar ok..tapi selalu tergedik-gedik nak turun besmen.  Aku lupa dekat sini parking dekat luar pon kena bayar, apatah lagi besmen..Ni aku tengah belajar terima kenyataan yang aku sedang dan akan terus menggunakan parking mafia aku tu..sebab FREE! cuma kalau dapat saman tu, bayar2lah yek..

Perkara ketiga adalah bos..  Bukan nak kutuk bos tapi nak cakap bos dekat sini suka sambal sotong tapi bos lama tak makan sotong yea adik-adik..
Sekian laporan saya dari pejabat baru saya yang bau karpet ni sebab opis baru kan tapi tak ade pewangi lalu saya dah letak dah pewangi maka wangilah bilik saya SAHAJA.

BYE!

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh pekerja bawahan macam AKU

RULE NO. 1,

BOSS IS ALWAAAAAAAAYS RIGHT!

RULE NO. 2,

IF BOSS NOT RIGHT, REFER TO RULE NO. 1

Rabu, 12 Oktober 2011

Kegilaan terbaru aku ni..



Photobucket



Membeli belah dekat sini..hah dah jangkit Masitah dah nak buat felt craft pulak..aku rasa kerusi ko ni memang badi lah mas..hahaha

Hah!! hamek nih!!


Baru kau tau dalam rokok ade babi..kepada perokok2 tegar tak tegar sekalian, sila samak diri sendiri!!hawhawhaw

Selasa, 11 Oktober 2011

Hasnah janda yang kehausan..

Hasnah adalah seorang janda kaya rayayang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.  Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya Hasnah masih cantik, potongan body pon ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut kerana hatinya masih rindu kepada suami nya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat-sangat kesepian  dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lagi di waktu malam hari....Rasa kesepian di dalam hatinya memuncak-muncak.

Pada suatu malam kira-kira pukul 2 pagi.... hasnah bangun dari tidurnya.. badannya terasa panas.. Tekak nya terasa haus.. Hasnah merasai begitu dahaga sekali...Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur... Langkah nya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya..

Sesampai di dapur Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk.. Hasnah menuangkannya ke dalam gelas dan meminumnya dengan cepat...setelah meminum air tersebut Hasnak kembali kedalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah cerita mengenai Hasnah seorang janda yang kehausan...HAHA! korang jangan pikir lain K!



p/s:aku dapat mesej ni dari Encik Yus..siot je kan..?kepala otak aku dah pikir lain dah, ingat die anto cerita warna warni tadi..hehehe

Selasa, 4 Oktober 2011

Kenali kampung anda..:)

Felda Air Tawar 1 adalah rancangan sawit yang pertama dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut. Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 1.

Felda Air Tawar 1 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 670 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,200 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 1 terletak dalam mukim Johor Lama, di daerah Kota Tinggi, Johor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 25 km. Jarak ke Balai Polis Air Tawar 2 lebih kurang 6 km. Sempadan Utara Felda Air Tawar 1 ialah Felda Air Tawar 2, dibahagian Barat pula bersempadan dengan Ladang Nanyo, arah Selatan bersempadan dengan Teluk Sengat dan disebelah Timur pula bersempadan dengan Felda Air Tawar 4 & Lok Heng.

Felda Air Tawar 1 ini termasuk didalam kawaasan pentadbiran FELDA wilayah Johor Bahru. Persempadan kawasan pilihan raya meletakan Felda Air Tawar 1 didalam kawasan undangan negeri N29 iaitu Dun Johor Lama yang kini diwakili Yang Berhormat Puan Asiah Binti Md Arif. Manakala kawasan parlimennya ialah P139 iaitu parlimen Panti yang diwakili oleh yang Berhormat Dato Seri Syed Hamid Bin Dato Syed Jaffar Albar. Terdapat dua parti Politik yang aktif di kawasan ini iaitu Parti UMNO dan Parti Pas.


Baru aku tau asal nama kampung aku dari takungan air ghopernyer..hehehehe

Isnin, 3 Oktober 2011

Dah rezeki kami, redha lah..

Tengah aku duk syok-syok bacan pasal cerita kenaikan gaji penjawat awam dekat SINI tetiba terbaca pulak satu komen yang agak pelik lah dengan kenaikan gaji nie..Korang tengok lah sendiri..


menyirap jugak ler aku dengan komen di atas..Lalu aku scrolll lagi jumpe pulak komen yang bernas nie kan..aku bukak ler orang2 yang berbalas-balasan dengan komen tersebut, ade jugak orang dengki yang komen dekat situ..so aku pon balas jugak ler dekat komen tersebut..saje nak meluahkan isi hati..hehehe


p/s: RozianaS tu aku..hehehe

Boleh ke die kata nak keje gomen kena ade sedara mara dalam SPA??Giler ke hape?Macam yang aku cakap dekat atas tu kan kalau penjawat awam ade sejuta tak kan sejuta tu semua sedara mara??wahhhh hebat mak ko?

Komen aku lah kan selama 3 tahun aku keje gomen nie, baru lah tahun ni aku jamah bonus..kalau tak madang imbuhan, imbuhan,imbuhan je.. Tapi tetap bersyukur, suka jugak dapat imbuhan 500 ke 250 ke kan, tapi ni dengan kenaikan gaji ni lagi lagi lagi lah sukaaaa... 

Selama ni aku duk memandang je lah swasta dapat bonus berdabel-dabel, aku? Syukur dapat kerja memang syukur, tapi nak jugak rasa bonus.. Contoh terdekat abang ipar aku dapat bonus 4 bulan gaji + 2 bulan gaji pulak..perggghhh kalau sebulan gaji basic 3000 lah (contoh), kali dengan 6???hah kira lah sendiri..

Lagi pulak kan, memang patut lah Kerajaan naikkan gaji penjawat awam yang mana dekat sini penjawat awam adalah pekerja beliau dan Kerajaan pula adalah majikan penjawat awam.., Memang lah Penjawat awam mintak kenaikan gaji dengan Kerajaan dan itu bos kami..appaaadaaa...

Gaji naik tu rezeki buat aku yang memerlukan nie.. Cuba ucap alhamdulillah...Alololo...sejuk perut mak..

nasib!

Kepala puyeng, hengus meleleh-leleh, tekak perit, batuk tak dek kahak sangat lak tu..ades...mungkin sebab musim hujan kot, tu yang kesihatan terjejas..nak-nak parking tempat tak berbumbung, time pergi atau balik keje mesti kena hujan..payung lipat aku entah kemane entah..Bila masa nak guna tak ada pulak, haaaaiiissshhh!!

Dalam seminggun nie, dekat opis aku ni dah bermacam-macam orang demam..Yang MC lain, yang EL jaga anak demam lain, yang termuntah depan pintu toilet pon hado..nasib baik den kategori boleh diselamatkan lagi kan..Seminggu lepas bos takde kan, dari khamis dah rase semacam.. Makan ubat tido!Bila jumaat lak dah rase dua macam pulak..tapi sempat pergi soping carik baju nak jenjalan kt KL katenyer..Walhal bos tak luluskan cuti pon..tapi hati nekad nak EL time tu..hehe

Balik keje lak akak kata nak balik kampung..so tak kan ler aku nak tinggal dekat rumah sorang-sorang kan..walhal nak pergi KL nyer hari ahad..Hari sabtu tu ade kenduri kawen membe dekat Tangkak, walaupun kad undangan tak diterima, tapi ada niat jugak nak pergi je kan sebab die ade invite dekat FB..boleh kira di undang tak tu?Boleh je lah kan..

Tapi bila dah sampai kampung, jangan kan KL, Tangkak pon aku tak mampu sampai..mampus lagi ade..

Diperhebatkan lagi cerita, anak sedara aku si baby tu pulak gastrik malam sabtu tu..boleh die muntah dalam tidur..??Nasib baik ler akak aku ni perasan si anak ni muntah..Si baby dah pucat lesi muntah pon tidoooo je lagi..pelik3...

Hari ni aku tak nak bukak FB! Sebab kecewa tak dapat pergi kenduri Cik Mel dengan Encik Faez gonjeng.. Dah lah dua-dua tu pegawai aku dulu..sedeeehhhh!! 

So Masitah, balas email akuuuuu!!!!

Khamis, 29 September 2011

sambungan drama raye #2


haaaaaa...ni lah wajah vontot kereta akak yang suke dapat menunggang si towing nie...Ni kali ke dua si Ferrari aka babu akak ni naik mende alah nie... 

Gambo ni adalah kesinambungan dari cerita akak pasal raye yang lepas tu..leh jengah balik dekat SINI
 dah ler raye tu aka sengsorang dekat rumah akibat daripada akak dan abang2 beraye di rumah mak mentua kan..Maka akak yang anak yahtim dan piyahtu ni tutup pintu tingkap di hari 1 syawal bersamaan 30 Ogos tersebut..

Mujarab uolssszzz takde sorang umat pon datang...padan muke aku!hahaha..

Dah!tatap lah wajah si vontot babu akak ni pepuas.. Jangan sampai tergoda dah lah..hahaha

Rabu, 28 September 2011

apakah ertinya hidup tanpa enpon..??

Bukan aku giler tak ada tepon tapi aku naik giler sebab aku bawak charger tapi tak bawak tepon.. Punyerlah semangat aku ni masukkan si charger dalam beg aku ni tetapi si tepon aku tak masukkan ler pulokkkk..

bangun-bangun tido terus tuju dekat charger then masukkan dalam beg, pastu baru pergi mandi.. Masuk kereta tu ingat nak tepon Encik Yus, tapi baru pukul 7.05 macam awal sangat nak kejot budak busuk tu.. So aku tangguhkan ler lagi kan.. Tibe opis terus lupe nak kol..sungguh jahat busuk ati aku tak nak kejut orang g keje kan..

dah goyang-goyang kaki, goyang-goyang bontot aku baru ingat nak cas tepon sebab malam semalam aku tak cas tepon tu sebab sedap sangat ratah ayam sampai kekenyangan padahnyer aku terbongkang dengan ayam-ayam tu..eh anak sedara aku suka makan tongkeng ayam wei, orang kata sape sukamakan tongkeng memang mulot becok..bertambahlah si mulot becok dalam keluarga aku..haha

semangat pasang charger, tapi tepon tak bawak lak..dah lah plug dekat bawah meja..susah payah aku tertonggeng-tonggeng tapi hasil??non hadooooooooo..

Pastu lagi bangang aku hari nie ialah semalam ade orang janji nak kol aku, urusan kerja ok..tapi tak kol2..punyer lah aku macam nak marah kan, aku kol orang tu siap cakap macam nie.. 

Akak kata nak kol saya semalam, tak kol pon?

akak dah kol dah tapi tak angkat..

eh saya tak bawak tepon lah kak..sabar yek kak..heheh:)

aku rasa hari nie hari bangang aku lah kan..?baru kengkonon nak merasa nikmat sangat  bos tak ada seminggu ni kan nak datang lambat lah konon, tu yang sewel tu semua barang tinggal..

dah tu je aku nak cerita, jangan gelak!



Jumaat, 23 September 2011

ni hobi baru den nie...

 Sejak-sejak balik Johor nie, aku ade kegilaan baru...tau ape..???Gubah bunga...sungguh wanita kan aku..??hahahaha...

Semuanya gara-gara akak aku lah jugak.. Lepas raye aritu kitorang ade jalan-jalan ke Romantika,dekat Angsiti situ sana sini..eh bukan bukan!! Angsana yek nama tempat tu..Kang tetibe korang yang tak pernah pergi Johor ni kang carik pulak Mall nama Angsiti situ sana sini, naye aku.. Tapi kalau tanya aku memang aku tunjukkan je Kemayang Mall kesukaan Pieja tu..hahaha
Kalau korang nak tau, Romantika tu ade jual bermacam-macam jenis barang-barang rumah dari alas kaki, sarung bantal, sampai ke bunga-bungaan ala-ala english syle...Akak aku ni memey la..eh..Akak aku memang gemor bebeno dengan english syle nie, so nyer die mengheret aku sekali ke kancah nie..Pergh lame betul tak gunakan perkataan kancah, tetibe rase kagum lak dengan diri sendiri..haha

Motip utama cuma nak buat satu je bunga..Tempayan dah lame sesangat belinyer pon tapi bunga nyer je yang non hado..Tapi kan, bila kitorang duk melangut tengok pekerja dekat romantika tu menggubah bunga, eh senang je nyer pon..Balik-balik aku pon try lah dengan akak aku kan...Eh akak tukang potong je tau, aku yang gubah..hehehe terer kan aku..?



Ni Projek pertama nie...sebab pasu tinggi pinggang, bila tambah dengan bunga jadik lah tinggi ketiak aku..Memey la gelap sikit, lampu hotel kan, rumah mewah memang kena pakai lampu hotel..*pitam2!!* Walhal kamera tepon cap ayam cuma kan, paham2 lah khennnn...(suke lak aku dengan ayat akak puaka nie..hehe)
Ni pulak Projek kedua, Cantik tak..?pandaikan aku..Krim2 dekat sebelah tu bukan dalam pakej bunga aku k, itu krim akak aku..Tu produk2 yang akak ipar aku jual tu lah..dulu aku ade citer rasenyer, korang cariks endiri lah..aku tak ingat aku letak mana..hahaha


Haaaaaa....ini pulak aku gubah dan letak dekat opis..nampak sangat tak ada kejenyer kan sampai boleh menggubah bunga dekat opis..sungguh tak leh bla..haha..Sejak-sejak ade bilik ni rasa macam sayang sangat dekat bilik nie.. Lelagi kecerahan lampu putih die nie..masitah, ko hadooo???Non hadoooo sudah...hahahaha



 haaaa...ini pulak bunga cilup baaa nama die...sebab kalau bercakap memang tak nampak orang depan..sesuai untuk orang2 pemalu macam aku..hahahaha


Ni bunga-bunga recycle tau..tapi tetap meletops kan..?hahahaha



  
Last but not least..panas panas aku masih panas..hahaha..Ni baru buat malam semalam nie...Nak bagi mak yus..Raya tahun nie aku tak buat kuih raye macam tahun-tahun sudah sebab berperantauan kan..so, bagi bunga raye pon jadiklah yek..hehehe..

Pasni kalau dah boring2 tengok bunga nie, buat yang baru yang ado ni hantar kampung..hehehe

Selasa, 20 September 2011

Lama tak update sebab Masitah..Semuanya salah Masitah..haha!

betul...tak tipu..memang masitah punyer pasal...

p/s: jap lagia ku update..ade keje lak..hahaha

Selasa, 6 September 2011

Drama Raye

Orang semua sibuk lah beraya sakan kan..?Memasing nak update cerita pasal raye yang menggumbirakan hidup mengkome kan..?Ce tanya raye aku camno? Non hadooo..Setakat ni aku cume beraye umah adik beradik aku je, umah kengkawan semua aku tak g pong.. Kengkawan nak datang uma pon aku tak bagi..Boleh gitu?hahaha

Alkisahnya macam nie, di pagi raye yang hening  ketika aku dengan machonye nak start Ferrariku nak ke pusara mak abah dengan abang-abang aku, si Ferrari ni takmo idop pulok..Pagi raye wei die  mintak duit..Kembang kempes idong aku tahan marah nie, nasib baik kembang lepas tu kempis balik kalo kembang tak kempis-kempis mahu hangin satu badan setengah aku dibuatnya..haihhhh

Disebabkan cuti raya dan cuti merdeka yang bertimpa-timpa, hari raye ke empat baru aku dapat betulkan kereta.. Time raye tu, raye tetap raye tapi hati ni tak tenang tau memikirkan kerugian yang bakal aku tampung berkat dari si Ferrari aku ni meragam.. 

Sekali dah di towing ke Pusat Servis, terus aku bersyukur lobang hidong ni kombang..senang sikit nak bernafas, kalau tak mau pitam aku wei..  Aku ade amek gambo kereta aku ni kena towing, tapi dalam kamera..Kamera aku pulak ada pada akak ipar aku.. Nanti2 lah aku uploadnyer yek..

Khamis, 25 Ogos 2011

Tingkap Ferrariku..

Semalam ferrari buatan Mesia kesayangan ku itu buat hal.. Baru nak bergumbira sebab dapat wet raye dah die ragut sikit lah kegembiraan ku..Tak banyak, sikit je..

Kisah die macam nie, kereta aku tu dekat sini parking dekat tempat panas.. Kalau opis lame ada sediakan besmen tapi opis baru n inon hado.. Dah cerita kan aritu parking dekat sini kena bayar dan takleh claim..ok.. Pasrah.. Lalu mencari parking untuk dibayar sendiri dengan duit poket yang  nipis nie...

Pencarian parking aku jumpe memang jumpe tapi mahal ya amatttt.. Baru lah perasaan ni macam nak memanjakan si Ferrari buatan Mesia aku tu dengan umah bumbung sementelah aku pergi mencari sesuap nasik... Tapi....... Parking berbumbung adalah RM212 sebulan sementara parking tak berbumbung RM80 sebulan..Lalu aku parking lah dekat tempat haram..Apesal tempat haram..?? Sebab, tempat takleh parking aku selambe je parking.. Takyoh bayooo parking..selambe..haha

Dekat sini memang parking masalah terbesar yek, tapi bagi aku parking masalah kedua terbesar lah sebab masalah aku yang utama adalah LIAT NAK BANGUN PAGI.hehe

Kisahkan pasal parking nie kan, memang 8 muka surat tak abes.. KOrang tau aritu masa first day lapor diri dekat sini aku parkinglah dekat Metro parking dekat bawah opis nie, ce teka sehari berape...??? ce teka...ce teka...hahahaha kopak jugak lah aku kan, sehari  parking dari pukul 7sengah sampai 5sengah dokek situ kena RM22!! Pergh...Seminggu  parking je aku dah leh beli kasut ngan beg satu..gilak ah..

eh eh eh..jadik tercerita pasal parking lak kan..walhal aku nak cerita pasal tingkap ferrari buatan Mesia aku tu..hehehe.. saje je nak bagi gambaran supaya korang paham kenapa aku perlu bukak tingkap time balik tu..

Cite die cam nie, bila dah Ferrari buatan Mesia aku tu berlandingkan di kawasan panas maka bila masuk je kereta petang waktu nak balik tu bahang lah dalam kereta kan.. So nyer aku bukak lah sikit tingkap kanan kiri..sambil panaskan enjin, dah panas enjin aku bukak lah ekon dan mulakan perjalanan.. Tiba dekat kawasan jem, ekon dah sejuk tapi tingkap site driver takleh naik plak..Aku pon jadik panas lah..Aku turunkan sikit dengan harapan bila dah turun die boleh naik lah... Bila dah empat ploh empat kali aku buat cenggitu, tingkap terbukak abes lah sampai bawah..Geram lak aiiii dah lah aku stuck kt jem nie die leh buat perangai pulak..aku tumbuk sekali! eh berkali-kali jugak lah tapi tak naik jugak nyer poonnn..

Aku tepon Yus, konon-konon dengan harapan die akan mendengar lah aku mengadu.. 3 kali engko aku tepon tapi jawapan die, "antolah kedai"..Eh tak membantu langsung.. Kot iye pon takleh tolong tu, dengar lah sekejap rintihan hati aku nie.. konon bila aku dah pindah sini nanti die akan sentiasa ada je untuk aku.. Taik kucing lah..

Dengan hati yang kecewa aku terus tepon akak aku, akak suh pergi Pusat Servis Proton dekat Taman Perling. haaaa...macam nie lah baru dikatakan membantu..  Tak dapat ada di tempat kejadian tak pe tau, yang penting ade idea dan usaha nak membantu..sayang akak!

Aku pon pergi situ, kena RM60 sebab suis tingkap tu rosak... Orang kedai kata, nasib baik u datang awal sikit, kita dah nak tutup da nie..fuhhhh selamat...Kalau aku datang lambat, mau kena hujan kereta aku malam tadi..60hengget pon 60hengget lah, yang penting Ferrari aku bergaya..

Betullah cakap orang, Proton memang bermasalah dekat tingkap..kan...?



Selasa, 23 Ogos 2011

mercun oh mercun..

setiap kali hari raya mesti ada mercun kan..kes-kes budak tangan meletup, melecur kena mercun pon banyak kan..tapi aku bukan nak cerita pasal orang lain,aku nak cerita pasal aku kena mercun nie..

Lek lu, bukan aku yang main tau..Aku tengok je..dulu kecik-kecik memang aku rajin jugak lah main mercun nie, tiap kali raya mesti mintak duit dekat abah.. Tapi selalu tak dapat.. Alasan abah nanti die  belikan, nanti abah beli selori katanya.. Tapi takde ponnn..

Tapi aku tak kecewa sebab abang-abang aku ade untuk sposor naluri penjahanam aku tu.. Mercun bola, mercun padi, mercun ape lagi entah, semua ada lah..Sekarang dah tak pandai main, takut pulak.. Aku dah jadi wanita sepenuhnya nampaknya..hehe *bongok betul*

Camne aku leh kena mercun? Cerita die macam nie, aku balik kampung ahad lepas, sebenarnya dah tak jadik nak balik kampung tu sebab nak carik baju raye kan..Tapi oleh kerana hari sabtu kelmarin carik baju raye dengan Enchik yus tak mendapat, tu yang ari ahad tu aku continue sambung carik baju raye..

Carik punye carik punyer carik, tetiba dah sampai kampung.. Tak perasan lak.. haha *tipu*

Kitorang keluar rumah dah pukul 1 petang time tu, memang saje nak pergi kota sebab nak pergi bazar kota..Aku ajak yus memang jangan harap lahd ie nak pergi, dedolu time mengorat ajak teman g jamban pon nak,sekarang jangan harap ah..kan enchik yus kan?kan?kan?

Lansung dah ade dekat Kota, kitorang lajakkan terus ke kampung...Lepas buka tu, abang aku bukak lak mercun dan bunga api bagi anak sedara main..aku tengok je lah...Nak main mercun dah tak berani, nak main bunga api kang kata kau tebiat lak, so aku tengok je lah yang bolehnyer..

Syok2 tengok ni tetibe percikan mercun tu masuk dalam baju aku wei.. Awwww...melecet dado den... Abes lah aset aku jadik 3!! Sakitttt wooooo..nak mandi pon perit tau, nak tunjuk gambo takleh sebab sangat-sangat tepat di kawasan larangan..

Tapi kan..... Memang pedih wa cakap lu....Wa mandi pon malas nie, sebab pedih nak mampos kena air..adoiiii

Isnin, 22 Ogos 2011

Kenal tak berapa minit ko dah nak pinjam duit..????

Budak nie..mengaku die ni kawan sekolah aku, walhal aku tak kenal pon..Entah betul ke tidak die satu sekolah dengan aku..Dah tu, dah lah aku nie tak kenal die.. Aku teka sekali je die dah haaa..betulla tu.. Eh buat aku tak caye lak kt ko nie tau tak??

Dan2 time tu jugak die nak pinjam duit ngn aku..Sorry lah..aku tak berape gemor lah dengan orang macam nie..kalau die tak bohong pon, tapi tak kan lah ko baru je kontek balik dengan orang yang dah lama ko tak kontek, dan2 terus mintak duit?Dah tu aku tak ingat lak tu ko sape..bacin betul..

ni kalau korang jumpe orang ni, ko hati2 je lah yek..nama die Aria Alysha..

 ni wajah die...entah muka betul ke muka tipu ke tak tau lah..

Ni chat aku ngn die tadi..geram aku tengok wei..korang bacelah..kalau aku jadik budak nie, kalau betul2 memerlukan aku tak mintak/pinjam dengan orang yang tak kenal or kenal pon tak sangat macam nie.. baik pinjam dekat mak ayah.. Appaaaaraaa..

Hafiza Zalkifli,kali ni cerita panjang..Betul tak tipu..

Marah  yek sebab tak tulis entry pape, ilek lah..itu perkara biasa, saje je buat suspen..hehehe..Tajuk panjang-panjang lebor, tapi isi non hado..suka tak?suka tak?hahahaha

Sebenornyer otak ni tak terjana lah nak cerita ape..Ok2 je dekat sini, Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma tak kerasan lagi kalau orang jawa kata lah kan..Orang BIKINI BOTTOM cakap ape tak tau pulak..hehehe

Kehidupan dekat sini ok je.. Bahagia lah..Kalau dulu nak jumpe family kena ada kurang-kurang RM300 dalam tangan untuk balik kampung menyetelkan minyak dan tol, sekarang RM10 je..

Kalau dulu balik kerja kena pergi carik makanan untuk buka kan, pastu buka lak sorang-sorang kadang kan.. Sekarang balik-balik dah ade yang masakkan, tak pergi bazar pon takpe.. Tapi sebab melayan kerenah anak sedare, kita pergi bazar dengan budak-budak nie.. Buka ramai-ramai..Lebih berkat, lebih bahagia..hehe

Yang tak bahagia cuma part nak pergi dan balik keje yang kena mengadap jemmm tu je.. Tapi takde lah jem melekat, ni masih lagi bergerak, cuma memandu 40 - 50km sejam je lah.. Baru seminggu lebih dekat sini dah boleh jadik samseng jalanan dah wei..

Jumaat lepas, aku berlumbe dengan Honda Accord.. Sungguh tak padan.. Kereta Ferrari buatan Mesia aku tu berlumba dengan si ecot  nie.. Si Ecot ni lah yang carik pasal dulu, aku signal kiri untuk tukar lane kiri die masuk.. Aku signal lagi, die masuk lagi.. Aku signal lagi, die lagi masuk..lagi2 die... Menyirap pulak ai..Aku ni dah nak memecut, sebab die yang tunggul lembap dan tak reti bagi signal ni aku dah stuck belakang die..Dari lane 5 nak ke lane 2, die saje potong aku.. 

Bukan lah marah sebab tak dapat potong die tapi aku nie marah sebab die sungguh tak bermoral, patutnya dah nampak orang belakang tu dah bagi signal nak ke lane lain, ko tu tunggu lah orang belakang tu lepas dulu.. Ni tak dengan tak bagi signal nye, ko terus je masuk,,sekali ko buat camtu takpe, tapi kalau dah sampai 3 kali aku hangin satu badan weiii..Terus ko kena hi-beem..Lepas je aku potong ko, terus ko rase tercabar lalu hooooonnn aku sepanjang perjalanan kan..?Dah macam apek jual tilam dah kekdahnya..haihhhh

Lagi ape lah yang aku nak cerita dekat korang ek..oh yek..aku dah ade email opis nie, boleh lah gos2 dekat email nanti..macam tak biasa lak kan..hehe..nanti aku bagi alamat email aku dekat korang eh..Eh tapi tadi kan dah bagi dah email baru dekat Anne, die tepon den lame bebeno..Cair taik telinga den.. Da lah den pose, takleh korek telinga, ni tengah tahan je nie.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...