Jumaat, 27 Julai 2012

Aku ada masalah

Aku tak tahu macam mana nak luahkan ni. Tapi siyes aku tengah takut. Bukan takut sebab aku buat salah tapi masalah ni masalah dengan diri sendiri ni je.

Balik ni aku nak berbincang dengan die, nak mintak pendapat ape yang aku kena buat sekarang. Aku ni dah terlalu kompius ni, haritu baru ada rasa gembira, sekarang aku dah jadik takut.

Hurm....kompius!kompius!kompius! harap2 tak ada pape lah kan..haiyoooo

Rabu, 25 Julai 2012

memperjuangkan nasib jet pejuang!yosssshhh!!

ok. arini terasa nak buat parking proper untuk jet pejuang aku ni. dah kerap sangat dapat surat cinta, dah boleh buat bungkus nasik lemak! tokleh jadik. aku ni dah dikira penyumbang terbesar ekonomi negara dah ni. akan ku pastikan no more surat cinta dari pakcik Pulll! i hetchuww!!

Jumaat, 20 Julai 2012

hurm...

hari ni fikiran masih menerawang..bawak kereta sambil mengelamun, lalu langgar divider sikit. nasib tak calar, cuma tersentak je..teruskan perjalanan, sampai opis naik lobi liff dekat tingkat 3 lalu pintu liff terbuka masuk namun liff tersebut turun ke tingkat satu pula. dari tingkat satu tekan butang naik ke atas semula, baru sampai opis.

otak memang tak boleh nak generate ape2 maklumat sekarang.. esok dah puasa, aku nak jugak nasik lemak ayam goreng super lazat dekat masai tu..tak kira nak jugak!!



owhhhh lazatnye...............slurrrppppp!!

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadhan Terakhir

Budak 1 dan Budak 2

SATU

Budak 1 : Ramadhan kali ni yang terakhir abang sambut solo..Tahun depan dah kawen dah..

Budak 2 : saye pon kawen jugak. Sama lah tite....

Budak 1 : Sebok nak tiru kite kawen die pon nak kawen jugak..tak malu...

Budak 2 : Apakah?


DUA

Budak 1 : Puasa dah nak dekat.. Tahun ni belajar sahur ok.. Tahun depat nak melayan kite sahur dah..

Budak 2 : kena bangun lagi pagi ke..? minum air masak je tokleh...? sob3



TIGA

Budak 2 : First pose buka dekat  mana? Buka sama jom?

Budak 1 : Kite balik kampung..

Budak 2 : kite balik kampung jugak lah..

Budak 1 : Ada sape dekat kampung awak?

Budak 2 : Ada mak abah kite. Bulan puasa ni diorang balik rumah, cuti sebulan. Takbir raya nanti diorang g outstation balik.



*Kali ni je, sekali ni je tinggal.. Semoga tabah wahai hati.
**  sambut Ramadhan terakhir dengan abah 2000.. Dengan mak tahun 2007..2008 n 2009 dah sambut dekat Putrajaya.. 2010 mak dah start "outstation" tak reti nak balik..

Jumaat, 13 Julai 2012

perkongsian ilmu

kelmarin aku pergi kursus dekat Suria City Hotel je..Penceramah kursus tu adalah pakar motivasi untuk Motivasi Pagi TV3 dan jugak Astro Oasis kalau tak silap.. Bila berkursus dengan pakar motivasi ni memang seronok lah kan, tambah beronok-ronok bila ada tips2 dekat tempat kerja dan jugak aerobik ala pola bear..haha memang sumpah lepas aerobik tak mengantuk pon ok! mata tu celik je sampai abes kursus..Kursus paling best yang pernah aku pergi..

ni beberapa tips yang sempat aku salin..yang tak sempat salin tu sebab lebih gelak je sampai lupa pegang pen..hehe

SERONOK DI TEMPAT KERJA

1. Jangan ada perasaan buruk sangka.
2. Sihat. (Oksigen dan air dalam badan cukup baru la tak sakit..)
3. Jaga penampilan. Pakai pakaian yang anda rasa selesa. Hari isnin jangan pakai warna gelap. Ade jugak die selitkan warna ikut tarikh lahir dekat sini. Warna yang sesuai dengan aku adalah GOLD..sungguh mak jemah aku ni kan..nak yang mewah2 je..hahaha
4. Sentiasa maafkan orang. cth: nak pergi kerja ada kereta ni laju gilos sampai nak langgar ko kan, cakap dalam hati "kesian orang tu, nak terberak sangat agak nye..maafkan je lah"...
5. Sentiasa pilih yang terbaik.

Ni pulak ada beberapa petua/cara menangani kalau kita ada masalah dengan orang di tempat kerja.

1. ignore. Buat tak tau je, mungkin lama-lama orang tu akan penat mengenakan kita.
2. Ubah sikap. Mungkin die tak suka kita ada sebab, jadi kita kena ubah la.
3. Pindah/Berhenti. Ini adalah jalan terakhir yea kengkawan.

*kalau aku berdepan dengan masalah macam ni aku akan gunakan langkah mengubati dulu..kalau dah tak boleh ubat lagi dah barulah kita gunakan langkah menyingkirkan..faham?

MUTIARA KATA
** Anugerah yang kita nak bukan anugerah dari manusia, tapi anugerah dai Ilahi yang paling berharga.
*** APA yang salah itu lebih penting daripada SIAPA yang salah. Oleh itu carilah APA yang salah, daripada mencari SIAPA yang salah.

sekian perkongsian ilmu untuk arini. aku nak kena masuk KIK pulak dah nie..dada

Isnin, 2 Julai 2012

Rasa terbuang :(

Kalau mak abah ade, mesti tak macam ni..
Adik rindu mak..
Adik rindu abah..



~Al Fatihah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...