Rabu, 13 April 2011

Mak Itam kawen dah!

Sebelum pergi amek gambar dulu dengan akak dan budak tembam kecik ni dulu. Budak kecik ni lah Muhamad Aqiem Darwisy yea... Anak kepada Bijam n Kak Umie.


Ini gambar Mak Itam selepas di ijabkabulkan. menikah dekat Masjid Kampung Melayu Pandan, Johor. Ada cerita duka disebalik kegembiraan ini. Tapi Mak itam still senyum, tak perlu kata apa-apa..


Sebenarnya hari ahad lepas kitorang tak jumpe pun Mak itam a.k.a Elis ni. Punyer lah semangat reramai datang, ai pon semangat balik kampung nak tengok Elis kawen rupa2nya tak jadi sanding lah beliau dihari tersebut.


Disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan beliau merajuk hati lalu tidak hadir langsung ke majlis perkahwinan tersebut. Memang majlis tu untuk anak sedara beliau dan jugak beliau, tapi kerana berjauh hati, beliau tarik diri. Oleh kerana kami datang nak tengok beliau yang sanding dan bukan anak sedara beliau sangat pon, kami pulang awal dengan hati kecewa..


Tapi sebenarnya dah lama jugak tunggu. Tapi tak mula-mula pulak sandingnye. Dah lah aku balik naik bas, so segala-gala kena cepat, memang tak dapatlah nak tunggu. Dari pergi sampai balik tak jumpe Elis. Tak pe lah. Apepon yang terjadi, kite doakan Elis bahagia hingga akhir hayat. Aminnnnn...



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...