Isnin, 29 Ogos 2016

Teratak Yangyus : Defect Liability Period #1

Bissmillahirrahmannirrahim...

Kelmarin aku dah citer yang aku dah pon dapat kunci rumah kan.. Jadi kerana kami lakibini baru pertama kali membeli rumah makanya kami mintak tunjuk ajarku sifu!yeahhhh

rumah kami tinggi dari rumah jiran sebelah jadi tak risau lah pasal aurat.. 
sebab bila bikin tembok tinggi, lubang idong pon jiran ai tak nampak dah..hahahaha

eh shashullll... Maka nya kami mintak la nasihat dari pakar-pakar bertauliah yang mendapat pentauliahan dari pengalaman masing-masing.  Mula-mula sebelum bertanya itu ini kami gugel serba serbi apa yang nak kena buat bila dah dapat kunci rumah..hehehe

Dari research aku yang agak clumsy ni aku dapat beberapa kesimpulan dari gugel apa yang aku kena buat bila dah dapat kunci adalah:

1. Pasang Api Air
2. Tinted cermin rumah
3. Grill
4. Wiring
5. Furnishing
6. Piping
7. Move in..kihkihkih

Tapi langkah-langkah ni macam tak berapa tepat sebab suami nak buat sikit-sikit rumah kecil kami ni.. Aku request balkoni dengan suami.. Tapi semua tak boleh berjalan sehinggalah api dan air masuk kt uma tu..

Ayah akan carikan quotation paling murah.. Macam-macam dia nak buat, tembok, balkoni, tambah pintu, tutup pintu, pindah pintu, pindah tingkap.. kitorang biarkan je dia nak buat kan.. tapi jangan sampai bajet burst da la..hahahaha

Disebabkan juga berkawan dengan Kak Linah yang pernah bertugas di Tribunal Tuntutan Perumahan ni die tak kasi renovate menggila yang ganggu structure rumah.. sebab nanti pemaju dan kontraktor akan salahkan pembeli kononnya kerosakan tu disebabkan oleh pembeli. Dia nasihatkan aku supaya claim habis-habisan barulah renovate rumah menggila.. Atleast sampai lah tempoh masa defect liability period ni tamat.

Tempoh defect liability period ni adalah 2 tahun dari tarikh serahan kunci atau tarikh dapat ccc tu.. jangan abaikan part ni sebab pembeli ada hak 5% dari harga rumah.. kalau ikut tribunal pulak pembeli boleh claim maksimum 50k.. jadi marilah tegakkan hak pembeli..hihihi

sekarang ni kena lah rajin-rajin baca S&P, Manual rumah dan jugak gugel Tribunal Tuntutan Perumahan..

Jom tambah ilmu kawan-kawan..

Rabu, 24 Ogos 2016

Rumah Mampu Milik Johor

haiii....Kawan-kawan  yang berhajat nak beli rumah di Johor boleh la mohon online.. dekat http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm 

aku cuba letak pautan tapi tak boleh pulak..so korang taip lah sebijik2 macam alamat yang aku bagi ni eh..hehehe

Senang dah sekarang mohon online je.. masa aku mohon tahun 2013 dulu kena pakai borang.. borang tu kena amek dekat Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ Perumahan) dekat Nusajaya.. Lepas tu dah siap segala isi-isi maklumat yang diperlukan, hantar balik dekat situ.. Masa tu nak beli borang tu kena tunjuk IC kalau tak silap la kata kawan-kawan iols..  

Aku tak amek borang ni dekat SUKJ Perumahan pon..aku dapat borang ni dari bos aku.. die pergi perasmian rumah ni dapat borang ni satu..die balik opis, die bagi aku.. aku pon isi n hantar.. Lama jugak aku perap.. tapi aku hantar jugak la akhirnya..

Dipendekkan cerita selepas segala jenis surat rayuan aku buat, mintak surat sokongan ketua Jabatan  la surat sokongan dari YB la sekarang aku dah dapat dah rumah ni.. Dibawah Skim Rumah Mampu Milik Johor.. 

Dikala kunci rumah telah ditangan aku dengan muka excited tanya laki,"Kita dah boleh tukar alamat dekat ic kan?"

Laki jawab," sabooooo... baru dapat kunci, api,air,lampu,kipas,grill pon takde lagi.."

Ouch..rasa macam kena tampo..hahahahahaha.. kemain la menggelepo nak masuk rumah..siap nak tuko alamat kt ic dah tu..hahahaha rasa malu dengan diri sendiri..

Tapi siyes..lain feel nya bila dah ada rumah sendiri ni.. sebab itu lah rumah kau, itu lah tempat kau dekat dunia ni sebelum kau melangkah ke alam seterusnya.. Allahuakbar.. sebak!


Jadi ini lah rumah nya tempat di mana aku akan melakar memori, hidup bersama dan tua bersama-sama suami nanti. Ini lah rumah kami. Rumah kami dan bakal anak-anak kami.

Sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk masuk rumah. Grill, lampu, wiring,awning macam-macam lagi.  Tunggu suami dah tak sibuk dengan kerja dia, baru boleh proceed..

Alhamdulillah dah jumpa jira sebelah bawah..Namanya Kak As,suaminya en.din.  Kak As kerja dekat LPPKN di Nusa Bestari, suami nya pulak kerja di hospital.

Alhamdulillah setakat ni nampak jiran aku ni baikkkkk angat..

tak sabar nak duduk sini..  Lepas ni aku akan update pasal kos untuk membaiki rumah pulak..hihi

babai..


Selasa, 23 Ogos 2016

Orang Kita

haiiiii.. macam nak meluahkan apa yang dirasa..boleh tak..mesti lah boleh..blog aku kan aku punya suka laaaaa...hahahaha

Dulu dulu duluuuuuu
orang tanya,
Dah kerja ni bila lagi nak kahwin..?

Jadi beberapa tahun kemudian seorang yan pon berkahwin
Kemudian soalan seterusnya
fasa seterusnya pula,

sebulan selepas..
dua bulan selepas..
tiga empat lima enam bulan selepas..
soalannya, dah ada 'isi'?

Beberapa tahun kemudian
seorang yan masih lagi belum berisi..
jadi.
soalan pon berubah..
tak nak ambil anak angkat?

semua soalan dijawap dengan senyum..
kala senyum mati,
kaki cepat melangkah membawa hati
jauh dari punca pedih.

Aku basahkan hati yang pedih dengan air mata
jauh.....
jauh dari punca..

mungkin ini cara orang kita nak mengambil berat
mungkin ini cara orang kita nak memulakan bicara

aku.kau.kita semua kena tahu
soalan ini tidak berakhir di sini

tekad akal aku satu
anak itu ciptaanNya
siapa kita nak mempersoalkan semua ini.



Isnin, 22 Ogos 2016

Masa Depan

Assalamualaikum..

Beberapa minggu kebelakangan ni  aku asyik fikir pasal nak berhenti kerja dan bersara awal.. Aku target untuk bersara pilihan bila cukup 25 tahun servis nanti.. maksudnya masa umur aku 45 tahun..

Sebab utama aku fikir macam tu ialah PERASAAN.. hahaha.. ceritanya macam nie, aku ni tak nak lah aku jadik makcik gomen yang kolot bila aku dah tua nanti.. aku tak nak aku masih kerja walhal aku dah tak larat nak kerja lagi dah.. Dan aku tak nak jadi tua yang menyusahkan orang lain bekerja..hahahahaha


Percutian

Hai... Assalamualaikum...lamanya tak menulis... Hari ni hajat dihati konon-konon nak mula menulis blog semula.. ye lah dah semakin dewasa ni terasa semakin jauh dengan kawan-kawan..  hidup dengan dunia sendiri je..hahaha


ok lah..semoga akak tabah menulis... entry baru ni rasa macam nak bahasa kan diri ucu..sebab sejak kawen ni asek jumpa keluarga belah suami je..memasing panggil iols "akak".. berkahwin dengan orang ade adik ramai..tu tetiba jd org dewasa pulak.. jadi sisi manja daku semakin menghilang.. ye ler.. da jadi kakak-kakak mana boleh manja-manja sangat.. jatuh saham..hahaha konon ade ego kakak tu sikit kan.. cetttt poyooo


jadi kerana rasa rindu pada anak-anak buah yang dekat tapi jauh..sebab masing-masing dah  membesar kan.. dah tak duduk sama.. dah tak nak cium ucu sangat dah..dah malu bila kena peluk kan.. cian ucu... sobsss.. T_T jadi layan lah mengkome entry ucu ku ini..kehkehkeh

Ok balik pada topik asal pasal percutian.. Ucu ni pesen suka main terjah-terjah je kalau berjalan.. pergi mana je pon main terjah je.. janji 5 perkara ni kena la mengikut bajet.

1. Kos Tambang / Minyak kereta / Tol
2. Kos Makan
3. Kos Tempat tinggal
4. Kos cenderamata/hati/jiwa
5. Kosmetik

ok yang ke-5 tu tipu je..hahahaha jadi total ade 4 je pon..

Prinsip ucu kalau berjalan jauh, tido dekat hotel murah.  Kalau jalan dekat, tido hotel mahal.. Sebab nya, kalau jalan jauh tu mesti sibuk nak ronda-ronda kotaraya..nak cuba makanan yang best dekat tempat tu.. nak pergi tempat-tempat yang menarik dekat situ..dan macam-macam lagi nak lah.. end up balik bilik ngam ngam souy untuk tidur, dan mandi.. jadi tak berbaloi kalau nak menginap di hotel mahal..murah-sudah..jimat kos..hehe 

berapa jauh yang ucu rasa tak berbaloi tido hotel mahal tu adalah jauh yang sehingga ko kena jamak kan solat iaitu lebih dua marhalah sama dengan 90 kilometer.. macam kelakar sebab jarak 90km masa kini boleh dicapai sehari-hari..tapi yes.. walaupun duduk di masai dan cuma pergi ke muar sekalipun tetap tido hotel murahan sahaja..

kalau nak merasa tido di hotel mahal, 4 ke 5 bintang kan.. tido hotel yang berhampiran dengan rumah je.. berapa hampir hotel tu? sehampir yang mungkin.. yang boleh dicapai selama sejam je dari rumah.. Biasanya tepi pantai la.. Lotus ke, Tunamaya ke, Pulai Spring ke, Grand Paragon yang tengah bandar tu pon pernah.. 

Tido hotel mahal ni biasanya nak relax je..  Nak rehat dari kesibukan kerja dan tugas-tugas harian..  Jadi memang menggunakan kemudahan hotel 100%.. jadi memang berbaloi-baloi..

Bila mentua ajak pergi ke homestay kontena di melaka, rasa berat je hati ni mengenangkan kos-kos tetap dan kos tersembunyi yang akan dilaburkan... jadi ucu sediakan jawapan balas mengikut prinsip diatas..

sampai sekarang, tak bunyik lagi dah..hahahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...