Ahad, 16 Oktober 2016

Anak Bulus : Abu

Hai assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal anak bulus baru.. Namanya Abu.. Ya... nama memang tak ensem tapi wajahnya ensem hockay... kikiki

Abu ni baru je di angkat menjadi keluarga Miko And Friends pada 18 September 2016.  Budak kepak ni anak tiri Mimi.. Macam mana boleh jadi anak tiri? Ceritanya macam ni, mula-mula jumpa Abu ni aku hantar Mimi mating dengan bapak Abu.  Johnny namanya..

Mula hantar, lepas tu ambik.. dua kali jumpa jatuh chenta dengan Abu.. Lalu kami pon ngecek-ngecek la Abu ni dekat tuan Johnny, Kak Zura dan suaminya Joery. Akhirnya dapat...

18 September 2016, Kak Zura dan suaminya hantar si Abu kaki kepak ni dekat rumah ai.. hihihi



Ni la budak Abu ni.. kaki die tu memang selalu macam tu.. gerammmm tengoknya..


Ni budak ni dah penat.. Jadi die melepek je dekat atas katil ni hah.. Susah nak tengok budak ni penat. Ni lah pertama kali budak ni macam ni.  Itu pun selepas seharian die puas terlenting-lenting, panjat sana panjat sini baru lah tau nak tido nak duduk diam.. Kalau tak jangan mimpi laaaa

Abu tersangat manja... tapi Mimi tak suka Abu.. Kesian budak kecik ni asek kena tampo je dengan Mimi.. Mimi time bunting memang gaarang ya amat.. Nanti dah beranak ok kot...

K la tu je citer pasal Abu budak kaki kepak telinga beso ni..hihi

babai...

Rabu, 12 Oktober 2016

Teratak Yangyus : New Mosaic

Hai Assalamualaikum...

Semalam aku halfday dengan tujuan pergi tengok progress repair rumah.  Agak kagum dengan kegigihan kontraktor ni sebab memang gigih la mereka ini membaiki rumah aku..

Semuanya berkat soft skills suami.. Alhamdulillah semua berjalan lancar setakat ini.. Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, kami dapat mosaic baru satu rumah.. dan dijanjikan akan siap pada 15 Oktober ini..

So its october guys.. bulan penuh cinta.. tapi tahun ni bulan penuh debaran...  Anniversary tahun ni mungkin biasa-biasa sahaja sebab kami busy kejo kan rumah ni hah..


Makhluk oren tu angkut tanah bawak naik ke atas bumbung porch.. Wak-wak tu keluar masuk ikut tingkap ok.. aku ok lagi, nanti dah siap diorang buat keje aku cek la.. kot la ade tingkap yang calar balar ke kan.. tengok lah nanti.. tapi nak ikut mana lagi kalau bukan tingkap..


Tingkat atas sedang di rendar kata wak topi putih tu.. tingkat bawah pula dah mula tampal mosaic baru..

Wak topi putih kata, saya biasa buat lantai ni satu tingkat 2 hari. dua tingkat empat hari.. Tapi lantai baru puan..Lantai yang dibikin semula macam ini baru pertama kali ini puan.. Saya tak janji boleh siap cepat.. Takutnya nanti, puan mahu siap cepat.. Saya buat tidak cantik nanti pecah lagi.. Kalau kena bikin lagi ni puan, saya malah lari tuh..

gitewwwww......

Aku sengeh je.. aku dah tersepit ni wak.. nak aku cerita satu-satu nanti ko bukan pahammmmm..

apapun aku bersyukur dapat mosaic yang lebih kemas.. walaupun ade perkara yang bikin jiwa ai merudum... sobssss

rumah aku tu senget 2 inci.. contoh depan lebar 8 inci, belakang 10 inci.. sebab tu la senget serba serbi.. benci..

k nak g nangis..bai

Selasa, 11 Oktober 2016

Kerja

Hi Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal kerja..  Selama 8 tahun lebih kerja ni aku baru berada di 2 jabatan di bawah kementerian yang sama.. Jabatan pertama 1 bos yang sama di 3 unit berbeza selama 3 tahun.  Di jabatan yang kedua ni dah lebih 5 tahun dan masuk bos yang ke 3. Kesimpulannya aku sedang menunggu bos ke 4 sepanjang perkhidmatan lebih 8 tahun ni.

Bos ke tiga aku berpencen. Ini merupakan pengalaman pertama bos berpencen.  Rasa macam putus kasih.. Rasa macam kena buang mak bapak.. Anak yang ditinggalkan terkontang kating.. macam tu la rasanya.. Sebab bos aku yang ini macam abah-abah sangat.. sangat mengambil berat. Aku pon boleh bercerita dan mengadu apa pon..

Bila masuk bos yang ke empat ni, perasaan lain sikit.. juga pengalaman pertama.. yang menjadi bos aku ni adalah pegawai dari jabatan yang sama ni jugak.. maksudnya, aku dah deal dengan dia semasa jawatan lamanya sebelum die naik number one dekat sini.

Perasaan tu penuh tanda tanya, aku ni kekal jadi PA number one atau number two?haaa macam tu.. sebab aku ade pengalaman di jabatan lama yang mana bos berpindah dan bawa PA pindah bersama.. jadi aku lebih prefer yang itu.

Tapi sama-sama nanti kan lah ye... 

bos ku yang sangat abah-abah ittew tengah test mic.. #gambarcuricuri hahahaha

Kbai!

Isnin, 10 Oktober 2016

Anak Bulus : Cik Putih

Hai assalamualaikum..

Hari ni rehat cerita pasal rumah yang belum berpenghujung ittew..  Hari ni nak cerita pasal anak bulus kesayangan.

Pada mulanya aku bela seekor je.. kucing jantan yang paling gedik di alam semesta namanya Miko.  Sebulan kemudian kerana kerap melihat Miko ni macam murung je kan lalu laki aku pon merengek untuk menambah lagi satu.. 

Kali ini kucing betina.. Namanya Mimi.. setelah setahun kami bela dua budak  bulu yang  hiper aktif ni Mimi pon beranak.. Sehingga sekarang Mimi dah tiga kali beranak.  Pertama ada empat ekor, tiga darinya aku jual.. Aku simpan seekor ni lah, cik putih..


 Cik Putih ni anak kandung kepada Mimi dan Miko yang kemudiannya miko telah mengharuan makan anakkan nya dah mengakibatkan Cik Putih beranak juga.. Cik Putih beranak saing Mimi beranak yang kali ke tiga ittew.. betapa meriah nya rumah ketika ittew.. Cik Putih beranak 4 ekor tambah Mimi beranak 5 ekor jadi sama dengan 9 ekor anak kucing masa tu..

tapi semua kesembilan itu telah pon selamat aku jual.


Secara teknikalnya Cik Putih ini telah aku bela sejak dari lahir iaitu pada 7 April 2015.. Namun begitu Cik Putih juga adalah kucing aku yang paling garang mengalahkan budak Abu.. Abu tu kucing yang baru je aku adopt beberapa minggu lepas.


Putih tak pernah purr dengan niat nak bermanja dengan aku mahupun laki aku.. dia tersangat menjaga gerak geri dia.. sangat-sangat takut dengan aku macam aku jahat sangat dengan die.. Mungkin aku selalu marah die sebab die main air.. ye lah, die main air oi.. kalau orang pon aku marah.. dah ko main-main air minuman ko tu sampai abes, ko nak minum apa nanti kalau haus?haissshhhh



Kali pertama aku dengar Cik putih purr adalah masa die beranak.. die tarik-tarik tangan aku tak kasik tinggalkan die.. sebab masa die beranak tu waktu aku dah nak masuk tido.. 20 februari 2016.. 


Umur baru 10 bulan dah beranak.. walaupun umur kucing setahun bersamaan dengan umur manusia 12 tahun, tapi umur 10 bulan tetap budak bawah umur tapi birah nau kawen awal.. ahahaha


Dari awal aku sebut aku jual kucing aku kan.. yang baca mesti sakit ati je kan.. kenapa aku jual kan.. dah tak kan nak bagi free kt orang ramai kan.. aku pon beli mak bapak die ni.. kalau nak kata untung tu tak de untung pon..

aku jaga kucing-kucing ni dengan kasih sayang..  kami bagi makanan terbaik, suplement, minum air mineral, pasir takde bahan pengawet ke ape yang membahayakan.. vaksin dan ubat-ubatan semua cukup.

kucing-kucing ni selain ada sabun mandi sendiri, laki aku gigih belikan minyak wangi dan jugak ubat gigi untuk diorg ni tau..betapa sayangnya kami pada kucing-kucing ni..


Tapi persoalannya kenapa anak-anak kucing itu dijual? anak Mimi ada 12 ekor semuanya.. 11 kena jual tinggal Cik Putih ni je yang tinggal.. Anak Cik Putih ada 4 ekor semua kena jual menjadikan semua jumlah kucing yang telah dijual adalah 15 ekor.. KENAPA JUAL?

Aku laki bini memegang prinsip, sesiapa yang mampu beli kucing aku maka die mampu bela jugak.. Sebab aku jual mahal.. harga aku beli dekat kedai, memang tak ada harga  kasih sayang.. 

pada kami, kalau mampu beli kucing mahal, maka kau mampu untuk berikan yang terbaik untuk kucing-kucing aku yang kau beli tu.


Alhamdulillah setakat ni memang semuanya berada di tangan orang-orang yang baik-baik dan boleh berikan yang terbaik untuk kucing-kucing aku..Duit hasil rehome anak-anak kucing tu aku guna untuk kucing-kucing yang tinggal ni.. secara teknikalnya diorang dah menyara diri diorang sendiri.. aku tumpang kasih sayang je..

yang dah dilepas usah dikenang.. Cuma aku masih sangat-sangat berharap yang Cik Putih ni boleh jadi manja.. teringin sangat.. Tapi bila la tu kan..

Takpe yang.... mama tunggu...

kbai..

Ahad, 9 Oktober 2016

Teratak YangYus : Defect Repair


Hai Assalamualaikum..

Kontraktor dah start masuk untuk baiki rumah.. Komplen-komplen yang kami hantar telah akhirnya dipandang serius setelah yus menusuk hati mereka dan push dalam kelembutan.. I is kagum dengan suami yang sangat berkarisma dalam hal-hal sebegini rupa..
 

Alhamdulillah komplen-komplen major yang kami buat semuanya sedang diusahakan. Contoh sliding door ni.. asalnya ada lebihan paku dan lebihan frame yang tak sepatutnya ada.. dah dibuang.. cantikkkkk



Frame pintu ni bengkok dan berlubang hampir setiap pintu.. tapi dah touch up.. ok la.. walaupun akak request frame baru tak dapat, janji cantik ok la.. esok lusa pon akak plan nak ubah pintu ni ha.. tapi bukan sekarang ni... sekarang pikir nak duduk je dulu..


Ini pulak adalah pintu bilik dekat tingkat bawah.. akak komplen frame pintu senget dan pintu tak boleh tutup rapat.. Telah dipecahkan dan dimasukkan framenya.. gigih kau.. I is unbelieveable.. bajet diorang tak akan buat dan bayar je ganti rugi... sangkaan ku meleset.. bagus diorang ni..buat dengan gigih nya..


Mohon abaikan model tak berbayar yang tengah check plug lagak technician TNB yang cek karen walhal karen pon tak dipasang lagi ittew..ahahahaha

nampak depan pintu masuk tu.. Akak komplen air bertakung, jadi mereka pecah dah simen semula.. semuanyaaaa.. satu carporch tu dapat simen baru kooo... haaaaa kagum takkk..hiks!

dan juga.. mosaic satu rumah dapat baru ok.. diorang buat balik.. kagum lagi.. sangat sangat kagum dengan suami.. Dalam hal-hal macam ni suami I is very very very handsome and machonya.. menguruskan bermacam hal rumah dengan sangat la aku tak percaya die boleh buat..ahahaha

I lebiu encik suami..



Lalu ku belikan jam dinding berharga RM14.90 dari DIY ini untuk mu sebagai tanda kasih sayang.. eh padahal die pesan belikan yang cikai-cikai je sebab jam dinding kt bilik dah mati.. balik nanti bayar balik ok..ahahahah

tu je..k bai

Khamis, 22 September 2016

Teratak YangYus: Start Bayaran Ansuran Rumah

Hi!

Selamat hari gaji! yippiii... tapi takyah nak yippi sangat sebab bulan ni dah start bayo loan rumah... hahahahahahahahahahhaa

sedih mak nengok slip gaji ok..sedih..rumah belum duduk tapi dah kena bayar.. rumah macam hampeh pulak tu..haiyaaaaaaa fenin feninnnnnn

semalam tanya kawan di Tribunal Tuntutan Perumahan Tingkat 20 ni ha.. macam mana prosedur nak lodge report degan tribunal ni.. Kak Asz (kawan tu) kata lepas sebulan claim defect dengan pemaju kalau tak ada perubahan apa-apa pada kerosakan di rumah, dah boleh lodge report dengan tribunal.. 

Syaratnya bayar rm10, ambil semua bukti kerosakan bergambar dan jugak ada bukti yang menyatakan tarikh Project Office Pemaju tu terima report kerosakan tu..

Jadi, 4 Oktober ni aku akan cek terus rumah..apa yang diorang dah buat dan apa yang diorang tak buat lagi..nak kena tanam ubat anai2 jugak tu oi.. tangga parkir tu dah diserang anai-anai..

sekian kisah sedih..

bai

Rabu, 21 September 2016

Teratak Yangyus : Gill dan Langsir

haiiii...

Oleh kerana tuan rumah sewa nak balik rumah die sebelum bulan 12 makanyaaaaaaa akak kena la pindah dalam bulan 11..

Grill da setel.. bukan dah siap pasang pon cuma baru setel tempah dan pilih design je..hahahaha Grill yang dipilih adalah tersangat lah simple mimple... design paling murah moden..wekkk ahahahahah design macam ni hah.. 


Untuk pintu selain sliding door/pintu utama dan jugak untuk tingkap semua macam ni je hah...senang nak sapu..hahahaha aalasan padahal ni design palingggggggg murah..kah3


Ini pulak design untuk pintu utama dan sliding door depan.. untuk sliding door tepi aku tak grill kan..saje nak bagi lapang..hahahahhaa

wak die..! kalau percaya korang memang sadis!KAH!

sebeno benoooonye sliding door yang tepi tu aku x grill sebab aku dindingkan die..jadik la bilik stor kecik..dah uma kecik aku ni takde stor kan..dapat stor kecik pon jadik la.. lebih kurang la besar stor dekat kuarters aku duduk kt presint 18 dulu.. aiseyh..teringat pulak Putrajaya kecintaan..sobs..

Seterusnya mengikut tajuk adalah langsir! belum apa-apa dah pikir langsir..kemainnnn ko kan..ceritanya begini.. langsir kan hiasan rumah, jadi kena  la akak sediakan siap-sipa supaya walaupun rumah tak renovate cantik-cantik, yang penting langsir cantik..

dan lagi satu, langsir dan meja makan adalah part akak! xyah cakap ape, memang kena buat..k dah tengok ni.. antara design langsir-langsir sumber gugel idaman hati..


nak kena beli kerusi ni kan..baru la lagi cantik..hahaha boleh dipikirkan ni..hurm...

 

owh lawa nyaaaaaa... ditambah lampu candeliar tu lagi bertambah tambah tambah keterlaluan cantik dan gojesnya.. tp opkos lampu akak tak mampu..sobs!


Ini pon  lawa ruang akan nampak lagi luas dan tenang je gitu...tapi terlalu banyak cahaya yang masuk.. kalau akak nak bermalas malasan nak bangun lambat pon payah nanti..hahahaha

Langsir yang aku buat baru cuma langsir dekat ruang tamu bawah dan master bedroom je.. ruang keluarga dekat atas dan bilik-bilik yang lain aku recycle je..ko gilaaaa nak buat semua, patah pinggang makk.. semput dengo rege langsir..

dah tu je nak citer setakat ni..

babai

Khamis, 8 September 2016

Teratak Yangyus : Defect #2

Assalamualaikum..

5 september 2016 dah selamat hantar defect claim dekat Project Office Mutiara Rini.  Nak tau ada berapa defect ai?Sadis tauuuuu.... ade 108 defect! Antaranya:


Mozek kosong dan senget yang ni memang tak sanggup.. hampir 80% kosong.. gigih dua-dua laki bini ketuk mozek satu-satu.. haritu lupa bawak pembaris.. yang ade kertas A4 je..jadik la nak nampakkan perbezaan dalam gambar nak bagi nampak mozek tu makin kebelakang makin besar..


yang ni lagi jelas takleh bla...gigih die tambah sebaris halus mozek tu..haiyaaaaa nangis mak...lantai caca marba.. dengan ade patern yang jelas lain dekat dapur tu ha..lagi la sakit ati kita wakkkk..sobsss


Lantai bertakung air..Ni depan pintu masuk..uma dah atas bukit pon bertakung air ha..sedih tauuuu


 Air masuk dekat suis dan plug.. Ni kalau die tak repair segera, mau terbako rumah ni bila masuk api air nanti..boleh trip tau.. ni plug dekat tv ni..


Tanah mendap.  Tanah mendap ni ade dekat 4 ke 5 tempat sekitar tanah sebelah rumah. Ditambah dengan rumput hidup segan mati tak mahu yang di tanamnya tu..haihhh rumput pon akak terpaksa komplen.. dengan bersepahnya sisa pecah kaca pecah gelas kt laman tu lagi itu pon akak komplen.. pedulik hape.. luka nanti kaki anak-anak bulus nak lari dengan gembira pon tak boleh..

Diorang ni buat kerja macam t**k la.. jangan sampai akak anto singa akak mengaruk kt diorang baru tauuuuuu..isk!


Pagar pon  karat T_T pastu tak boleh dibuka habis kedalam pulak tu. Lubang kunci kt lantai pon cetek. camno buat koje ntah..haishhhhh! tapi ni aku perasan memang hampir semua rumah kena macam ni.. memula aku tak nak komplen sebab ingatkan memang patern die gini.. sekali Kak Linah kata eh mana ade macam ni.... komplen komplen..jangan tak komplen.. baikkkk

dapat perempuan tu menjerit dengan suara nyaring die huiii bisa oi.. aku ingat laki aku tu dah cukup cerewet dah.. ade 45 gitu defect masa pergi cek dengan yus.. sekali tengok dengan kak linah, jadik seratus terus..hhahaha

bagus bagus... untung ade kawan macam ni..


 frame pintu senget dan pintunya tak boleh tutup rapat. ni nampak ketara dari luar rumah nampak dah..sebenarnya rumah ni pon senget.. aku rasa ikut S&P rumah ni lebar 20 kaki.. tapi dekat depan tu aku ukur 19 kaki je..sebab tu la mozek dekat rumah ni makin kebelakang makin besar.. tapi entahlah.. nak komplen rumah senget? nanti bertahun pulak nak dapat rumah.. kot la die roboh dan bina sebijik baru..hahahahaha nangis nak bayo dua rumah..



Frame pintu lekuk dan berlubang  ni hampir semua frame pintu bilik, pintu masuk dan pintu bilik air.. nak nangis pon dah malas.. akak dah jadik marah ade la..grrrrr

dan lain-lain lagi.... kalau nak cerita semua mau lampan hari lapan malam baca tak abes.. menaip pon tak abes-abes..sebab nak raya kan jadik aku stop kt sini la..

korang kalau beli rumah, sila lah cek dengan bersungguh ok.. selagi boleh claim tu ko claim je sepuas hati.. dah abes claim baru la korang renovate tauuuuuu...ingat tu..

Sedih giler wei.. LPPSA dah bagi surat potong gaji start bulan 9 ni. lagi la menambah kesedihanku.. Rumah belum boleh masuk sebab defect yang banyak ni kan.. Major defect tau.. sebab lantai kan.. rumah sewa dah tak mampu nak bayo.. tuan rumah pon dah nak balik rumah die sebab die dah nak duduk rumah tu kan.. die pon nak renovate rumah tu sebelum die masuk..

entah lah tak tahu nak pikir ape.. aku cuma harap semuanya berjalan lancar je la.. ai is sedih..


dan geram..

babai..

Isnin, 29 Ogos 2016

Teratak Yangyus : Defect Liability Period #1

Bissmillahirrahmannirrahim...

Kelmarin aku dah citer yang aku dah pon dapat kunci rumah kan.. Jadi kerana kami lakibini baru pertama kali membeli rumah makanya kami mintak tunjuk ajarku sifu!yeahhhh

rumah kami tinggi dari rumah jiran sebelah jadi tak risau lah pasal aurat.. 
sebab bila bikin tembok tinggi, lubang idong pon jiran ai tak nampak dah..hahahaha

eh shashullll... Maka nya kami mintak la nasihat dari pakar-pakar bertauliah yang mendapat pentauliahan dari pengalaman masing-masing.  Mula-mula sebelum bertanya itu ini kami gugel serba serbi apa yang nak kena buat bila dah dapat kunci rumah..hehehe

Dari research aku yang agak clumsy ni aku dapat beberapa kesimpulan dari gugel apa yang aku kena buat bila dah dapat kunci adalah:

1. Pasang Api Air
2. Tinted cermin rumah
3. Grill
4. Wiring
5. Furnishing
6. Piping
7. Move in..kihkihkih

Tapi langkah-langkah ni macam tak berapa tepat sebab suami nak buat sikit-sikit rumah kecil kami ni.. Aku request balkoni dengan suami.. Tapi semua tak boleh berjalan sehinggalah api dan air masuk kt uma tu..

Ayah akan carikan quotation paling murah.. Macam-macam dia nak buat, tembok, balkoni, tambah pintu, tutup pintu, pindah pintu, pindah tingkap.. kitorang biarkan je dia nak buat kan.. tapi jangan sampai bajet burst da la..hahahaha

Disebabkan juga berkawan dengan Kak Linah yang pernah bertugas di Tribunal Tuntutan Perumahan ni die tak kasi renovate menggila yang ganggu structure rumah.. sebab nanti pemaju dan kontraktor akan salahkan pembeli kononnya kerosakan tu disebabkan oleh pembeli. Dia nasihatkan aku supaya claim habis-habisan barulah renovate rumah menggila.. Atleast sampai lah tempoh masa defect liability period ni tamat.

Tempoh defect liability period ni adalah 2 tahun dari tarikh serahan kunci atau tarikh dapat ccc tu.. jangan abaikan part ni sebab pembeli ada hak 5% dari harga rumah.. kalau ikut tribunal pulak pembeli boleh claim maksimum 50k.. jadi marilah tegakkan hak pembeli..hihihi

sekarang ni kena lah rajin-rajin baca S&P, Manual rumah dan jugak gugel Tribunal Tuntutan Perumahan..

Jom tambah ilmu kawan-kawan..

Rabu, 24 Ogos 2016

Rumah Mampu Milik Johor

haiii....Kawan-kawan  yang berhajat nak beli rumah di Johor boleh la mohon online.. dekat http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm 

aku cuba letak pautan tapi tak boleh pulak..so korang taip lah sebijik2 macam alamat yang aku bagi ni eh..hehehe

Senang dah sekarang mohon online je.. masa aku mohon tahun 2013 dulu kena pakai borang.. borang tu kena amek dekat Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ Perumahan) dekat Nusajaya.. Lepas tu dah siap segala isi-isi maklumat yang diperlukan, hantar balik dekat situ.. Masa tu nak beli borang tu kena tunjuk IC kalau tak silap la kata kawan-kawan iols..  

Aku tak amek borang ni dekat SUKJ Perumahan pon..aku dapat borang ni dari bos aku.. die pergi perasmian rumah ni dapat borang ni satu..die balik opis, die bagi aku.. aku pon isi n hantar.. Lama jugak aku perap.. tapi aku hantar jugak la akhirnya..

Dipendekkan cerita selepas segala jenis surat rayuan aku buat, mintak surat sokongan ketua Jabatan  la surat sokongan dari YB la sekarang aku dah dapat dah rumah ni.. Dibawah Skim Rumah Mampu Milik Johor.. 

Dikala kunci rumah telah ditangan aku dengan muka excited tanya laki,"Kita dah boleh tukar alamat dekat ic kan?"

Laki jawab," sabooooo... baru dapat kunci, api,air,lampu,kipas,grill pon takde lagi.."

Ouch..rasa macam kena tampo..hahahahahaha.. kemain la menggelepo nak masuk rumah..siap nak tuko alamat kt ic dah tu..hahahaha rasa malu dengan diri sendiri..

Tapi siyes..lain feel nya bila dah ada rumah sendiri ni.. sebab itu lah rumah kau, itu lah tempat kau dekat dunia ni sebelum kau melangkah ke alam seterusnya.. Allahuakbar.. sebak!


Jadi ini lah rumah nya tempat di mana aku akan melakar memori, hidup bersama dan tua bersama-sama suami nanti. Ini lah rumah kami. Rumah kami dan bakal anak-anak kami.

Sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk masuk rumah. Grill, lampu, wiring,awning macam-macam lagi.  Tunggu suami dah tak sibuk dengan kerja dia, baru boleh proceed..

Alhamdulillah dah jumpa jira sebelah bawah..Namanya Kak As,suaminya en.din.  Kak As kerja dekat LPPKN di Nusa Bestari, suami nya pulak kerja di hospital.

Alhamdulillah setakat ni nampak jiran aku ni baikkkkk angat..

tak sabar nak duduk sini..  Lepas ni aku akan update pasal kos untuk membaiki rumah pulak..hihi

babai..


Selasa, 23 Ogos 2016

Orang Kita

haiiiii.. macam nak meluahkan apa yang dirasa..boleh tak..mesti lah boleh..blog aku kan aku punya suka laaaaa...hahahaha

Dulu dulu duluuuuuu
orang tanya,
Dah kerja ni bila lagi nak kahwin..?

Jadi beberapa tahun kemudian seorang yan pon berkahwin
Kemudian soalan seterusnya
fasa seterusnya pula,

sebulan selepas..
dua bulan selepas..
tiga empat lima enam bulan selepas..
soalannya, dah ada 'isi'?

Beberapa tahun kemudian
seorang yan masih lagi belum berisi..
jadi.
soalan pon berubah..
tak nak ambil anak angkat?

semua soalan dijawap dengan senyum..
kala senyum mati,
kaki cepat melangkah membawa hati
jauh dari punca pedih.

Aku basahkan hati yang pedih dengan air mata
jauh.....
jauh dari punca..

mungkin ini cara orang kita nak mengambil berat
mungkin ini cara orang kita nak memulakan bicara

aku.kau.kita semua kena tahu
soalan ini tidak berakhir di sini

tekad akal aku satu
anak itu ciptaanNya
siapa kita nak mempersoalkan semua ini.



Isnin, 22 Ogos 2016

Masa Depan

Assalamualaikum..

Beberapa minggu kebelakangan ni  aku asyik fikir pasal nak berhenti kerja dan bersara awal.. Aku target untuk bersara pilihan bila cukup 25 tahun servis nanti.. maksudnya masa umur aku 45 tahun..

Sebab utama aku fikir macam tu ialah PERASAAN.. hahaha.. ceritanya macam nie, aku ni tak nak lah aku jadik makcik gomen yang kolot bila aku dah tua nanti.. aku tak nak aku masih kerja walhal aku dah tak larat nak kerja lagi dah.. Dan aku tak nak jadi tua yang menyusahkan orang lain bekerja..hahahahaha


Percutian

Hai... Assalamualaikum...lamanya tak menulis... Hari ni hajat dihati konon-konon nak mula menulis blog semula.. ye lah dah semakin dewasa ni terasa semakin jauh dengan kawan-kawan..  hidup dengan dunia sendiri je..hahaha


ok lah..semoga akak tabah menulis... entry baru ni rasa macam nak bahasa kan diri ucu..sebab sejak kawen ni asek jumpa keluarga belah suami je..memasing panggil iols "akak".. berkahwin dengan orang ade adik ramai..tu tetiba jd org dewasa pulak.. jadi sisi manja daku semakin menghilang.. ye ler.. da jadi kakak-kakak mana boleh manja-manja sangat.. jatuh saham..hahaha konon ade ego kakak tu sikit kan.. cetttt poyooo


jadi kerana rasa rindu pada anak-anak buah yang dekat tapi jauh..sebab masing-masing dah  membesar kan.. dah tak duduk sama.. dah tak nak cium ucu sangat dah..dah malu bila kena peluk kan.. cian ucu... sobsss.. T_T jadi layan lah mengkome entry ucu ku ini..kehkehkeh

Ok balik pada topik asal pasal percutian.. Ucu ni pesen suka main terjah-terjah je kalau berjalan.. pergi mana je pon main terjah je.. janji 5 perkara ni kena la mengikut bajet.

1. Kos Tambang / Minyak kereta / Tol
2. Kos Makan
3. Kos Tempat tinggal
4. Kos cenderamata/hati/jiwa
5. Kosmetik

ok yang ke-5 tu tipu je..hahahaha jadi total ade 4 je pon..

Prinsip ucu kalau berjalan jauh, tido dekat hotel murah.  Kalau jalan dekat, tido hotel mahal.. Sebab nya, kalau jalan jauh tu mesti sibuk nak ronda-ronda kotaraya..nak cuba makanan yang best dekat tempat tu.. nak pergi tempat-tempat yang menarik dekat situ..dan macam-macam lagi nak lah.. end up balik bilik ngam ngam souy untuk tidur, dan mandi.. jadi tak berbaloi kalau nak menginap di hotel mahal..murah-sudah..jimat kos..hehe 

berapa jauh yang ucu rasa tak berbaloi tido hotel mahal tu adalah jauh yang sehingga ko kena jamak kan solat iaitu lebih dua marhalah sama dengan 90 kilometer.. macam kelakar sebab jarak 90km masa kini boleh dicapai sehari-hari..tapi yes.. walaupun duduk di masai dan cuma pergi ke muar sekalipun tetap tido hotel murahan sahaja..

kalau nak merasa tido di hotel mahal, 4 ke 5 bintang kan.. tido hotel yang berhampiran dengan rumah je.. berapa hampir hotel tu? sehampir yang mungkin.. yang boleh dicapai selama sejam je dari rumah.. Biasanya tepi pantai la.. Lotus ke, Tunamaya ke, Pulai Spring ke, Grand Paragon yang tengah bandar tu pon pernah.. 

Tido hotel mahal ni biasanya nak relax je..  Nak rehat dari kesibukan kerja dan tugas-tugas harian..  Jadi memang menggunakan kemudahan hotel 100%.. jadi memang berbaloi-baloi..

Bila mentua ajak pergi ke homestay kontena di melaka, rasa berat je hati ni mengenangkan kos-kos tetap dan kos tersembunyi yang akan dilaburkan... jadi ucu sediakan jawapan balas mengikut prinsip diatas..

sampai sekarang, tak bunyik lagi dah..hahahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...