Rabu, 26 Mac 2014

kicap

Assalamualaikum...


macam dah lama lak rase tak menulis...  Aku tak pasti aku dah cerita atau belum keputusan interbiu suami dekat KL kelmarin.. Tapi takpe, nak bagitau (Mungkin bagitau lagi) keputusannya ialah gagal.. Maka konon-konon nak berhijrah ke KL tu pon tak jadi..

Oleh yang demikian, ececeh ayat tak leh bla.. maka dengan itu, eh skema lagi sekali..hahaha ok2 kali ni betul, hehehe

Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukan di Johor tanah tumpah tercinta ini.. Pencarian rumah untuk di gazzetkan sebagai hak milik tuan tanah kedaung pon bermula... 

Langkah pertama kami berhempas pulas ke setiap pejabat urusan perumahan taman-taman di sekitar johor/pasir gudang/nusajaya dan seanteronya untuk mencari rumah yang dah siap untuk didiami..rata-rata memang tak siap lagi dah habis booking.. jadik setelah beberapa peristiwa kami buat keputusan beli rumah sekenhen je.. tengok lah dapat ke tak...masih dalam proses..doakan yea kengkawan.. Okeh cukup.. setop.. itu cerita kebizian minggu2 sudah..

Berbalik kepada cerita asal yang membawa kepada niat asal nak menulis ni adalah pasal kicap tapi melalu sampai lautan hindi..eh? cerita pasal lautan hindi, masa memula MH370 ni hilang aku lagi rela fikir pesawat di tawan daripada terhempas, sekurang-kurangnya masih hidup.. tapi sekarang ni dah tukar pulak.. sebab dah berpuluh hari aku harap pesawat tu kalau terhempas pon sebab semulajadik la, takde campur tangan kuasa2 aneh..hehehe

ok melalut..balik pada kicap..

aku suka makan dengan kicap tak kira la lauk ape sekali pon memang banyak bebeno yang aku rasa kalo tambah kicap tu sedap..hehehe antu kicap..eh sos pon aku antu jugak, kalau g mekdi aku akan tadah sos guna kertas pinggan ayam tu ataupun tutup kertas bungkus burger tu..baru syioookkk..hehehe

oleh kerana ketaksuban pada kicap ni dekat bekal suami hari2 tu pon aku letakkan kicap.. yang mana aku rasa sedap ni kalau ade kicap, mesti dekat nasik tu aku dah letak kicap siap2.. tapi aku tak pasti pulak suami ni gila kicap macam aku ke? hurm...

tapi satu yang pasti, aku akan bekalkan suami aku makanan yang aku suka makan dan makanan yang aku rasa sedap..

Abah aku pernah pesan, kalau nak bagi orang makan bagi yang terbaik, yang tercantik kita boleh buat baru la nampak keikhlasan tu..

sebelum abes meh layan gambo cik kicap..kek uma aku memang makan kicap kipas udang manis ni ha.. aku suka kicap jalen manis tu tapi suami lagi suka ni..so layan je laaaa.. janji kicap ye dak?hhehhee

gambo den gugel yo..hehe

sekian, tu je..kbai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...