Rabu, 7 Disember 2011

OMBAK RINDU VERSI AKU

Sekarang macam tengah demam Ombak Rindu kan.. Best memang best lah cerita ni, tapi tak berapa memuaskan nafsu serakah aku nie..haha.. 

Bukan aku nak Ombak Rindu jadi Ombak Nafsu malah aku tak suka pon part-part peluk yg melampau tu..Aku sampai terfikir ni U ke 13PG eh?sebab aku tengok dengan akak, abang ipar dan anak-anak sedara yang masih kecil dan tak faham pape tu..sadis~~

Aku tak sempat nangis, korang nangis?Akak aku nangis, sampaikan anak-anak sedara aku yang tengok sekali tu kan kejap-kejap toleh..Kejap lagi toleh lagi..Pastu cakap, "Mama nangis..Kesian mama..Tapi Ucu rilex je..?"..

Hah yolah ucu ko ni menahan perasaan.. Serba-serbi tak kena aku tengok movie nie.. Ni Movie kedua kan yang di filemkan daripada Novel? Yang first dulu Lagenda Budak Setan kan? 

Lagenda Budak Setan tu aku tak baca novelnya.. Memang tak ada sekelumit cerita tu yang melekat dekat kepala otak aku nie.. Aku pergi tengok dengan Kak Mija, Azizul, n Pieja..Anne ade ke ah?tak ingat pulak pasal Anne nie..haha

ok stop mengarut.

Lagenda Budak Setan The Movie memang haram aku tak sedih medih.. Mungkin die kesinambungan dari Novel?mungkin die amek sikit-sikit je dari Novel? Tapi aku tak faham..dan aku paling tak suka part Farid Kamil naik sampan tu lama sangat. Sikit2 dah lah..

Sama jugak halnyer dengan adegan si Izzah kena rape dengan si Malik eh silap Haris tu.. sikit-sikit dah lah.. Tak payah nak tunjuk betul-betul mulut si Haris tu dekat tengkuk Izzah.. Sungguh hollywood, ni pengaruh Rossalinda ayam jemur nie..

Memula tengok Maya Karin macam tak sesuai je bawakkan watak Izzah kan... Macam tak kena je.. Cube ganti dengan Iera Shazira.. kena tak?Cer tengok..


Cantik kan..? Muka die pon lembut jugak ape..Kena lah dengan watak Izzah tu kan.. Cuma Iera Syazira dah banyak sangat berlakon drama, tak macam Maya Karin.. Maya sungguh keleeeessss.. Die cuma berlakon filem je kan.. Tu pon tak banyak.. Tu buat die nampak "mahal" dalam filem nie..

Jadiknyer, watak Izzah tetap pada Maya.. Jom cuba gantikan Aaron kepada Remy Ishak..




Kalau watak Haris bagi dekat Remy kompem best! Cer gandingkan dengan Maya..


Owh rupernyer diorang pernah digandingkan dalam Teater Natrah..



Dalam filem Cun jugak dah digandingkan.. Kalau digandingkan lagi penonton muak pulak kan..Tapi kalau diorang berdua ni memang sepadan kot.. nampak sedappp je mata memandang..huuuu...Sungguh tak mengikuti aku filem-filem ni semua..Aku tak tau pon diorang berdua pernah berlakon bersama, duk gugel2 tadi jumpe gambar-gambar dari pelbagai pelosok nie..

Tapi sepadan kan..?

Ok kalau tak dapat tukar Maya kepada Iera Syazira, tukar Aaron kepada Remy then dapat tukar si Lisa S tu jadik lah! Die tak sesuai watak jahat..

Worst giler kot die bawak watak Mila tu..  Watak tu patut bagi dekat Izara.. Hah ni baru jahat best! dan die pandai  berlakon.. Boleh lah dari Lisa, sebut R pon adui..


overall cerita ni pada aku so-so je.. best lagi novel die dari filem nie.. Ni semua adalah imaginasi aku je..Takyah nak like sangat, takyah nak marah k..
Peace!

7 ulasan:

piEja berkata...

tang si izara tu aku setujuk sgt...!sbb muka dia sgt jht...

LiaNa YuSoF berkata...

hahaha.. pandai betol ko padan2 pelakon yang sesuai ea.. hehe..

aku rasa cam sedih la pulak cter nya sbb aku nangis.. huhu.. mungkin sbb aku pegi menonton seorang diri.. kalau g ngn kengkawan, kena cover sket.. hua3..

Cik TTK berkata...

Pieja: memang sesuai kan si izara ni jadi jahat..?hehehe..tapi die comel tau asal tak buat rambut poney macam lisa masa baru balik mesia tu dalam citer nie..

lily: hahahah..mungkin lah kot..aku baru nak emo, akak aku dah sob3 kt sebelah terus rasa nak gelak..haha

YOUsoF berkata...

Ucu rilex je.. Ke ucu dah meraung dalam senyap.. Cover malu dengan anak buah la tu.. kehkehkeh

Betul la pelakon kalau dah banyak sangat berlakon, kurang ke-best-annya..

Budak perempuan baju biru tu kalau tak silap pelar ARRR jugak kot. Nak buat macam mana kan, syukur kita tak pelat.

Hustler berkata...

Hahahaha... pada aku plak, sumer muvee adaptasi, takkan sama dengan bahan bacaan. kompom. sebab aku tgk gak muvee adaptasi, bukan dari novel2 yang pernah kome tgk, Aku tgk Initial - D, aku tgk dragon ball, dan aku tgk jugak Tekken. Sumpah!! Tak sama dengan hapa yang dapat aku bayangkan dalam komik n game. Hahahaha!!

Tuh filer area2 Hollywood tuh. Kesimpulan yang aku dapat ialah, filem-filem adaptasi takkan sama dengan bahan bacaan atau permainan video. Lalalalalala~~

LiaNa YuSoF berkata...

yan.. kalau aaron ditukar kpd ady putra pon, best jugak kan.. hahaha.. nak jugak abg zikir...

Cik TTK berkata...

usop: ucu baru nak feeling dah terganggu dek orang sekeliling yang melalak..hahaha..budak ni pelat jugak?haissshhh buat malu orang Johor jek..hahaha

mawi..memang wei.. aku pon buat kesimpulan macam ko...filem adaptasi dari novel, berlakon letop2, mantop gebabom macam mana pon tak kan tandingi novel/komik sebab sikit sebanyak hilang ketulenan + novel/komik ni bagi kita peluang berimaginasi..

LIly: nak jugak abang zikir yek..abang zikir setakat ni aku suka die jadik JAI dalam KL Gangster..KL Gangster 2 nanti kite tengok k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...