Khamis, 9 Jun 2011

Harga yang perlu dibayar..


Sekarang ni kan aku dah ber-kaw-team dengan si Masitah nak tukar tempat kerja suka sama suka. Si Masitah yang dari Johor itu mahu kembali ke Putrajaya sebab sang Pokyang dah nak kerja dekat Banting kan.. Aku lagilah berjuta-juta kali nak tukar dengan Masitah..

Nampak macam Masitah nak tukar dengan aku sesangat je kan, padahal aku yang pujuk die tukar balik sini dulu..hahahaha

Bukan nak kejam ke hape cuma aku rasa hidup dekat Johor tak sesuai untuk Masitah yang baru berkeluarga tu.. Sebab segala-gala nya mahal dekat sana.. Dan aku pulak hidup dekat sini memang tak sesuai untuk aku sebab aku suka dekat dengan keluarga aku..hehehe


Bangunan office aku ni kan bangunan baru, lepas tu tempat workstation aku pulak adelah suddenly punya kerja so lighting memang ala-ala restoran candle light dinner punyer lah sebab duduk aras eksekutif kan [poyo].

Aku pernah membebel pasal lampu yang malap dekat workstation aku nie dulu.. Tak ingat bila mungkin tahun lepas punyer entry, atau tahun lepas nyer.. Sebab dah dua tahun pindah sini kan.

Setelah beberapa lama aku membebel dekat Maintainance office ni akhirnya mereka datang semalam untuk menukarkan lampu di ruang kerja aku nie. Mereka datang untuk menukar, belum datang bawak mentol lampu putih lagi.. Lampu dekat sini masih kuning, masih malap.. Dan masih menusuk-nusuk ke bijik mata aku. Tapi setelah 2tahun aku mintak akhirya dapat jugak.

Tapi yang aku kesalkan ialah, setelah rabun silau aku dari office lama 175 meningkat dengan mendadak sejak duduk office baru ni jadi 350. Sekaliganda naik nya. Akak aku membebel, die kata manusia ni boleh tampung silau sampai 600 je, dan aku dapulak selamba dah lebih dari itu. Sudahlah mata kanan dan kiri kerabunan tak centre.. Boleh buta kalau dibiarkan lama-lama..

Lepas aku dengan Masitah yakin nak tukar ni, dapat pulak lampu baru. Petang semalam pulak dapat PC baru pulak.

Tertanya-tanya aku jadiknya. Semua ni mengalu-alukan kedatanga Masitah atau memujuk aku untuk stay..? But well, hati saya dah bulat untuk pergi hockeyh.

Tapi satu yang pasti, mesti aku akan rindukan kawan berjimba-jimba dekat opis ni kan.. Pieja, Anne, Kak Miza, Mija, Jijoi, shah...Mesti aku rindu dekat korang nanti. Kalau korang buat ape-ape jangan lupe tag aku dekat fb tau..isk!


4 ulasan:

Unknown berkata...

hakhak.. aku pon rasa cam tu la weii.. huhu tapi takpe bos aku tu tak lama kat sini,.. bulan 8 dah pindah kot......

Cik TTK berkata...

maksudnya akan dapat bos lagi garang atau macam mana?hehehe

Unknown berkata...

tak tahu lagi doa2 je yang baek2 tapi faham2 je la orang nombor ni macam mana

Cik TTK berkata...

takpe2..aku boleh je, insya'ALLAH...doakan aku kuat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...