Isnin, 18 April 2011

Mengawal kemarahan. Patut baca!


ni sebenarnya nota yang aku baca dekat website opis aku ni ha.. Aku rasa macam gud-gud je nak share dengan korang semua..ye lah selain dari aku lagi faham (sebab taip semula dan olah nota nie) korang pon leh tambah pengetahuan kan..


ye lah kalau korang nak tahu mengawal kemarahan ni penting tau sebab boleh mengelakkan fikiran dan emosi dari terganggu. Kira boleh mengurangkan kadar orang yang bakal giler atau sakit jantung lah nota aku nie. hehe


**********


Faktor marah ni ada dua, Faktor dalaman (INTERNAL) dan faktor luaran (EXTERNAL).. Yang internal ni punca dari dalam diri kita lah. Konfliks dalaman, nak beli henpon tak dapat dah tu orang lain beli henpon aku ngamuk dan campak henpon orang tu....Contoh je, aku tak campak henpon orang...Tak mampu nak ganti balik..hehe



yang EXTERNAL pulak berupa ancaman dan provakasi dari pihak luar. Eh orang lain membatu api kan keadaan lah macam nye nie yek. U ols U ols semua kalau jumpe kawan batu api macam ni sila tinggalkan yek, toksah kawan dah dengan die nie. Contoh batu api paling keji dimuka bumi ialah Rohana dalam cerita Gemilang. malam ni episod last, jangan lupe tengok keyh! kalau tak menyesal sampai minggu depan.. Tetiba aku buat iklan dekat sini..


**********


Dah tu kite ni kalau marah mesti ade sebab kan.. Tak kira lah manusia ke haiwan ke semua reti marah. Jom nengok ape punca-punca yang membangkitkan kemarahan kite nie, calon-calonnyer adalah...



  • rasa bangga diri


  • takjub kepada diri sendiri


  • kelebihan dalam bergurau senda


  • bercakap perkara sia-sia


  • gemar membuat fitnah


  • gemar membantah dalam sesuatu perkara


  • khianat


  • tamak kepada harta dan juga pangkat


  • gagal mengendalikan nafsu dan emosi


  • hasad dengki dalam hati

dari senarai dekat atas ni kita boleh nampak macam segalanya berpunca dari percakapan dan perbuatan kita kan? Sebenarnya yang paling elok adalah kurangkan buat perkara-perkara lagha... Bak kata arwah mak aku, kurang bercakap kurang dosa.



**********
Kendian mari kita tengok pulak kategori marah dari sudut saintifik dan dari sudut pandangan Islam. Memula macam nak share yang sudut Islam je, tapi yang Saintifik macam bagus jugak untuk di kongsi.. SUDUT SAINTIFIK

  1. Sudden Anger maksudnya orang yang mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan perasaan marah walaupun hanya dalam hal yang kecil atau remeh temeh yang disusuli dengan tindakan agresif.

  2. Shame-based Anger pulak adalah orang yang tak dapat menahan perasaan marah bila kena kritik, kena tegur atau diketepikan. Ni tergolong dalam orang yang suka amek perhatian, bahaya ni orang macam nie. Die je yang betul nie..

  3. Deliberate Anger pulak adalah orang yang percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan die dipenuhi. Orang macam ni suka memanipulasikan keadaan, suka membuli dan sangat berpuas hati kalau orang yang die marah tu sedih. Kiranya dalam berkawan pon ada manusia jenis ni, dan kanak-kanak pon ada, ketua pon ada. Tapi pada aku orang macam nie adalah orang yang berhati longkang.
SUDUT PANDANGAN ISLAM

  • Islam berpendapat bahawa marah ada banyak jenis.

  • Perasaan marah yang timbul demi membela kehormatan diri, agama, membela hak-hak umum atau orang yang dizalimi adalah MARAH YANG DIBOLEHKAN.

  • Marah kerana nak membalas dendam pula adalah MARAH YANG TIDAK DIBOLEHKAN

  • Marah demi membela agama adalah MARAH YANG DIPUJI.

  • Marah yang didorong dengan hawa nafsu adalah MARAH YANG DICELA.

  • Marah kerana tidak melakukan pekerjaan dengan baik adalah MARAH YANG DIHARUSKAN asalkan tidak melampaui batasan.

**********


Jadik macam mana kita nak mengawal kemarahan? Senang je, kenalah luahkan perasaan marah dengan cara yang wajar dan terkawal. Betulke kita ni marah dekat orang yang tepat, masa yang tepat, alasan marah tu pon patot ke kita marah dengan alasan tu? Kekadang kita ni suka memperbesarkan keadaan yang kecik, merumitkan keadaan yang mudah. Puncanya cuma salah sangka je.


Selain tu kita kenalah susun semula pemikiran, fikir elok-elok sebelum marah tu. Bertenang dan berfikiran rasional. Fikir balik kenapa bende ni macam nie, benda tu macam tu. Cuba carik penyelesaian yang lebih rasional dan logik sebelum marah tu.


Kalau tak boleh jugak dan masih marah lagik, cubalah untuk ubah posisi. Kalau tengah berdiri, duduk lah. Kalau tak hilang jugak, baring pulak. Kebiasaannya aku kalau marah aku akan makan atau tidur, sebab nak larikan tumpuan ni. Kalau tak lut jugak, mengaji lah. Boleh menenangkan jiwa, selain dapat tambah pahala.


Last sekali, kenalah bersabar dan memafkan kesilapan orang lain. Maafkan seikhlas hati dari sudut paling dalam. ececeh.

NOTA: -Menurut HAMKA marah perlu ada sebab. Tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan dan sensitiviti terhadap sesuatu perkara. -Tapi sejauh mana kita meletakkan perasaan marah tu?Kena pada masanya ke tidak? Sesuai dengan keadaan sekeliling ke? Tempat meluahkan kemarahan tu pon sesuai ke? Boleh marah, tapi jangan sampai memalukan orang yang dimarah tu dah lah yek. -Aku baca nota ni sebab aku tengah marah tadi. skg dah tak lagi..hehe

4 ulasan:

piEja berkata...

bahaya org yg marah tp diam2 nie...setan senang hasut...

Cik TTK berkata...

diam sebab kumpul point...marah bila dah besar jek..yang kecik2 malas nak marah..hehehe

Unknown berkata...

eh! laki aku pendiam T_T

Cik TTK berkata...

laki ko dah kuat membebel sekarang lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...