Assalamualaikum kengkawan...Bawak-bawak bertenang, bukan cinta lame aku yang datang kembali..Bukan jugak orang-orang terdekat yek.. So, Inchik Yus boleh duduk dengan tenang..Panas bontot nampak nyer yek..hehehe
Sebenarnya macam ni, tajuk entry ni adalah tajuk Semanis Kurma dekat tv9 malam tadi.Ulasan Ustazah Bahiyah dengan suami dan jugak tetamu undangan Prof.Easy (not sure eja "Easy" ni macam mana) memang mantop.
Oh selain tu tetamu undangan kedua adalah Zehra Zambri yang-aku-tak-tau-ape-motif-die-datang.
Topik perbincangan memang menarik tapi disebabkan aku tak suka Zehra cakap macam kaber-kaber aku tukar tv lain. Dah tu aku ketinggalan lah berapa orang pemanggil yang call malam tadik. Tapi yang aku dengar 3. Jadik marik kita bincangkan bersama-sama. hehehe
KES 1
Suami ada anak tidak sah taraf (luar nikah) dengan kekasih lama. Anak dijaga oleh suami dengan isteri. Lepas 5 tahun peristiwa berlalu kekasih lama suami datang kembali dengan alasan nak tengok anak. Sekarang si isteri dalam dilema sebab kekasih lama suami kerap bagi alasan sentiasa berhubung tu sebab nak jumpe anak dan tanya perkembangan anak.
KOMEN AKU: Kalau kes macam ni terpulang pada kepercayaan suami isteri nie. Kenapa isteri ni terima dan sanggup nak jaga anak si suami ni?Sebab tak ada anak ke?atau tak boleh melahirkan anak?Atau kerana kasihkan suami dan sanggup bagi peluang untuk suami berubah?Tanya hati.
Kalau nak bagi peluang dekat suami berubah, percayakan suami tu. Bagi die kebebasan untuk buat apa die nak. kalau kekasih lama suami nak amek anak tu pon die tak boleh nak kata apa sebab anak tu anak die. Tapi si suami ni pon ada hak nak menjaga anak tu jugak.
Bagi pihak anak, kalau tak bagi jumpa mak die pon tak patot jugak. Kesian dekat anak tak tahu asal usul nanti.
Si suami pulak jangan lah nak mengambil kesempatan. Isteri dah sanggup nak menjaga anak yang lahir dari kesilapan diri die tu dah bersyukur. Susah lah nak jumpe isteri yang macam ni.
KES 2
Isteri dapat tahu suami berhubungan balik dengan kekasih lama yang juga isteri orang, dan dan lepas tu si isteri pergi contact kekasih suami ni tanye "kalau awak nak suami saya, awak ambillah". Dan isteri rela melepaskan suami kerana die juga dah ada kekasih.
KOMEN AKU: Nak kawen bergolok bergadai, senang-senang nak cerai berai. Dah kompem ke si kekasih masing-masing lagi elok dari suami/isteri yang dah ada sekarang? Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, Dulu kita tak jadik kawen dengan kekasih lama tu kenapa? ALLAH dah tentukan jodoh kita, jangan di lawan takdir..
KES 3
aku tak ingat. hahahaha
tapi pada aku lah kan. Kenapa perlu balik semula pada kekasih lama? Dulu kita putus kenapa? Tak serasi?die buat hal?atau kita yang buat hal?Sebab apa kita putus tak penting, yang penting dah memang tak ada jodoh.
Kalau nak berhubung lepas dah putus tu boleh je tapi make sure ada kepercayaan antara pasangan yang baru/sedia ada sekarang dan PALING PENTING dah tak ada perasaan sayang,cinta kasih dekat bekas tu. Berhubung sebagai kawan kan elok. Jangan di petik di ungkit kisah2 silam, jaga se eloknya apa yang ada sekarang lagi baik.
Orang tua selalu pesan, berkawan biar beribu bercinta biar satu.
Sekian, wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan