Selasa, 5 April 2011

BAMIE DAH TAK NAK URUSKAN HARTA PUSAKA

[ My Family ]
Pagi ni dapat mesej yang adik beradik nak buat mesyuarat pasal harta pusaka arwah mak abah kitorang. Selama ni Bamie yang uruskan. Dari mak ada lagi memang Bamie yang uruskan. Sedangkan mak percaya dekat Bamie, kitorang lagilah percaya.


Tambahan pulak memang Bamie yang lebih mejaga kami adik-adik ni walaupun die anak ke-2. Sifat tanggungjawab die lebih berbanding Bajib yang anak sulung tu. Kalau nak dikisahkan pasal Bajib memang sakit hati je lah. Semua adik-adik die nak bergaduh, ye lah die kan abang.


Tapi pada aku sebesar mana pon kau, salah tetap kena tegur. Yea memang kasar, die tak terima dan die pernah halau aku dari rumah pusakan tu dulu. Tapi aku balik je lagi, rumah tu rumah mak dengan abah. Bukan rumah die. Dulik ape aku, hehe.


Jadiknya, minggu ni balik Johor akan terus ke kampung untuk jumpe semua adik-beradik untuk berbincang hal harta pusaka ni. Harta pusaka adalah perkara yang tak boleh di buat main. Kena capai kata sepakat. Perbincangan sebelum ni dah mendatangkan pergaduhan. 5 orang bersetuju tapi yang "seorang itu" degil dan tak faham-faham, keras kepala dan bodoh sombong. Susah nak mengelolakan orang dungu macam nie.


Oh ye, minggu ni memang dah dalam perancangan nak balik kampung sebab Elis dan jugak Saiful kawen. Elis tu jiran sebelah rumah dekat kampung, kawan sepermainan dan pernah jadik kawan kerja sekejap masa aku lepas SPM dulu. Saiful tu pulak anak sedara Elis, kira nya nanti akan ada 4 orang pengantin lah. Meriah...


Nanti akan di update gambar kahwin mereka.



Nota:

-macam kena bawak kereta balik kampung padahal dah beli tiket bas.

-Dengar kata kalau refund tiket dapat half price je. Tak berbaloi..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...