- rasa bangga diri
- takjub kepada diri sendiri
- kelebihan dalam bergurau senda
- bercakap perkara sia-sia
- gemar membuat fitnah
- gemar membantah dalam sesuatu perkara
- khianat
- tamak kepada harta dan juga pangkat
- gagal mengendalikan nafsu dan emosi
- hasad dengki dalam hati
dari senarai dekat atas ni kita boleh nampak macam segalanya berpunca dari percakapan dan perbuatan kita kan? Sebenarnya yang paling elok adalah kurangkan buat perkara-perkara lagha... Bak kata arwah mak aku, kurang bercakap kurang dosa.
- Sudden Anger maksudnya orang yang mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan perasaan marah walaupun hanya dalam hal yang kecil atau remeh temeh yang disusuli dengan tindakan agresif.
- Shame-based Anger pulak adalah orang yang tak dapat menahan perasaan marah bila kena kritik, kena tegur atau diketepikan. Ni tergolong dalam orang yang suka amek perhatian, bahaya ni orang macam nie. Die je yang betul nie..
- Deliberate Anger pulak adalah orang yang percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan die dipenuhi. Orang macam ni suka memanipulasikan keadaan, suka membuli dan sangat berpuas hati kalau orang yang die marah tu sedih. Kiranya dalam berkawan pon ada manusia jenis ni, dan kanak-kanak pon ada, ketua pon ada. Tapi pada aku orang macam nie adalah orang yang berhati longkang.
- Islam berpendapat bahawa marah ada banyak jenis.
- Perasaan marah yang timbul demi membela kehormatan diri, agama, membela hak-hak umum atau orang yang dizalimi adalah MARAH YANG DIBOLEHKAN.
- Marah kerana nak membalas dendam pula adalah MARAH YANG TIDAK DIBOLEHKAN
- Marah demi membela agama adalah MARAH YANG DIPUJI.
- Marah yang didorong dengan hawa nafsu adalah MARAH YANG DICELA.
- Marah kerana tidak melakukan pekerjaan dengan baik adalah MARAH YANG DIHARUSKAN asalkan tidak melampaui batasan.
**********
Jadik macam mana kita nak mengawal kemarahan? Senang je, kenalah luahkan perasaan marah dengan cara yang wajar dan terkawal. Betulke kita ni marah dekat orang yang tepat, masa yang tepat, alasan marah tu pon patot ke kita marah dengan alasan tu? Kekadang kita ni suka memperbesarkan keadaan yang kecik, merumitkan keadaan yang mudah. Puncanya cuma salah sangka je.
Selain tu kita kenalah susun semula pemikiran, fikir elok-elok sebelum marah tu. Bertenang dan berfikiran rasional. Fikir balik kenapa bende ni macam nie, benda tu macam tu. Cuba carik penyelesaian yang lebih rasional dan logik sebelum marah tu.
Kalau tak boleh jugak dan masih marah lagik, cubalah untuk ubah posisi. Kalau tengah berdiri, duduk lah. Kalau tak hilang jugak, baring pulak. Kebiasaannya aku kalau marah aku akan makan atau tidur, sebab nak larikan tumpuan ni. Kalau tak lut jugak, mengaji lah. Boleh menenangkan jiwa, selain dapat tambah pahala.
Last sekali, kenalah bersabar dan memafkan kesilapan orang lain. Maafkan seikhlas hati dari sudut paling dalam. ececeh.
NOTA: -Menurut HAMKA marah perlu ada sebab. Tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan dan sensitiviti terhadap sesuatu perkara. -Tapi sejauh mana kita meletakkan perasaan marah tu?Kena pada masanya ke tidak? Sesuai dengan keadaan sekeliling ke? Tempat meluahkan kemarahan tu pon sesuai ke? Boleh marah, tapi jangan sampai memalukan orang yang dimarah tu dah lah yek. -Aku baca nota ni sebab aku tengah marah tadi. skg dah tak lagi..hehe
4 ulasan:
bahaya org yg marah tp diam2 nie...setan senang hasut...
diam sebab kumpul point...marah bila dah besar jek..yang kecik2 malas nak marah..hehehe
eh! laki aku pendiam T_T
laki ko dah kuat membebel sekarang lah..
Catat Ulasan