Khamis, 14 April 2011

Hari Perpisahan Puan

Hari ni last Puan dekat office nie.

Hari last jugak lah Puan jaga kami-kami nie.

Walaupun Puan tegas,

tapi masih ade senyuman dalam ketegasan Puan.


Kalau Puan marah,

Kalau Puan tertinggi suara,

kalau Puan terlepas cakap,

tu semua perkara biasa

sebab Puan manusia biasa.

Kita pon manusia biasa kan

tak lari dari kesilapan

banyak perkara perlu di fikirkan


Setiap dari kita

ada tanggungjawap yang perlu dipikul

ada tugasan yang perlu dilaksanakan

ada amanah yang perlu dijalankan

Puan selalu pesan

Jangan mengeluh

kerja itu ibadah


Hari ni hari terakhir Puan bersama kami semua

dan kami tak dapat bayangkan esok tanpa Puan

Pembaharuan yang belum pasti

tapi patah tumbuh hilang kan berganti

kami mengharapkan sinar esok menerangi bumi

bukan sinarnya menyilau mematahkan hati.


Terima kasih Puan,

semoga ketemu kegembiraan yang di cari..

.............(",)V..................



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...