Rabu, 13 April 2011

Bapa lemah dengar berita anak jatuh jambatan

GEORGETOWN: Suasana sedih menyelubungi keluarga peguam muda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, tanpa sebab jelas kerana mangsa dikatakan baru saja tiba dari Kuala Lumpur, semalam.


S Thilagumaran, 25, yang berkemeja dan berseluar hitam, dipercayai terjatuh dalam laut di Kilometer 3.5 Jambatan Pulau Pinang selepas meninggalkan Toyota Vios miliknya di ruang henti kecemasan di atas jambatan pada jam 6 pagi.


Bapanya dikenali sebagai Suppramaniam, 60-an, tiba dari Sungai Karangan, Kulim, Kedah, bersama beberapa ahli keluarga di tempat kejadian, tidak mampu berdiri apabila melihat kereta anak berada di situ. Suppramaniam menjadi lemah hingga memaksa ahli keluarga yang mulanya menahan perasaan melepaskan kesedihan tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk mengetahui apa berlaku di tengah jambatan itu.



Adik beradik mangsa terpaksa memapah bapa mereka masuk ke dalam kereta milik Thilagunaran yang ditinggalkan tanpa dikunci, manakala ahli keluarga lain hanya duduk di tepi jalan sambil merenung ke arah laut.


Semua barang peribadi Thilagumaran seperti dompet, telefon bimbit dan kunci kereta ditinggalkan di atas tempat duduk pemandu. Bot peronda Pasukan Gerakan Marin (PGM), Unit Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan operasi mencari dan menyelamat.


Rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata Thilagumaran baru saja pulang ke Sungai Karangan malam kelmarin sebelum keluar semula ketika ahli keluarga sedang nyenyak tidur.


Sementara itu, Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Prai, Mohd Roslin Kamis, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada Unit Peronda Jambatan Pulau Pinang mengenai kes orang terjatuh ke laut, pada jam 8.38 pagi.


Satu jentera bersama lapan anggota tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian, mendapati sebuah kereta di ruang henti kecemasan di bahu kiri jalan. "Unit Marin dan Skuba dengan lapan anggota turut dipanggil membantu operasi yang mungkin mengambil masa lama kerana arus deras," katanya.




Nota:

-Mieja, Pieja, Anne, Kak Miza, korang ingat tak dekat Thilagu nie? Si tinggi ni satu opis kite dulu duduk depan Pieja, mesti Pieja terbayang-bayang dekat die kan..

-Harap2 beliau selamat. Kesian keluarga beliau..


5 ulasan:

piEja berkata...

op kosh i ingat...dia ni yg ala2 model catwalk, berjalan penuh kesopanan dan kesusilaan, badan tinggi dan tegap....tp tak sangke plak dia dah pergi...hurm...

Cik TTK berkata...

tu lah kan...kesian die...dah ajal die kan...baru last year kan die benti keje sini?

Mimie berkata...

kawan awak ker?sian family dia kan

Leanne Rahim berkata...

x sangka kn..aku pn t'kejut gak smlm b'bdk ni citer..w/pn x bape nk kenal dia..tp cm kesian gak la kan...

Cik TTK berkata...

mimi: satu office ni ha dulu, tapi tak kawan pon..die pegawai..hehe

anne; aku baru tau pagi nie kak nor cerita wei..kesian die kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...