Beberapa bulan lepas aku dengan si Masitah dah merancang nak buat pertukaran suka sama suka. Ada beberapa proses yang kena buat sebelum dapat tukar tu..
Mula-mula kena isi borang permohonan tukar, borang ni aku tak ada masalah sebab aku dah pernah isi sebelum ni. So aku dah langkau step nie. Borang tukar ni aku apply tahun lepas, aku dah tanya admin dan admin mengesahkan yang aku tak payah isi borang tu lagi sebab borang tu sah untuk tempoh 2 tahun.
Kemudian kena buat surat kepada admin di JPM menyatakan nama aku dan nama Masitah.. Dalam surat tu nyatakan sebab-sebab kenapa aku tergedik-gedik nak pindah dan aku kena forwardkan sekali surat dan permohonan tukar suka sama suka Masitah sekali dalam surat tu sebab kalau aku sorang je yang suka namanya bertepuk sebelah tangan yea kawan-kawan.
Kenapa aku kena hantar ke admin JPM? Sebab opis aku dan opis Masitah dibawah lindungan bulan JPM yek kengkawan.. Kira nya ini adalah pertukaran dalaman antara agensi bawah JPM lah. Kalau korang nak tukar antara kementerian, so kenalah korang hantarkan surat tersebut kepada JPA. Yang peling penting surat yang korang buat tu kenalah ditandatangani oleh korang, dihantar kepada JPM/JPA dan melalui dan sokongan daripada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian dan jugak melalui admin HQ korang.. JPM/JPA tak akan buat permohonan yang kita forward sendiri buta-buta gitu..
Lepas korang dah forward kepada admin korang itu surat tukar, admin akan buat cover letter berletter head untuk foward surat tukar tu ke JPM/JPA.. Dekat sini aku sangkut sikit sebab admin aku dan admin mas nak kan cover letter tu untuk di attachtkan sekali dekat surat tu.. Diorang kata untuk kemudahan rujukan JPM nanti. Masalah nye ialah Masitah dah fakskan beribu kali tapi tak lepas jugak. Dont know how tapi dari jumaat die faks, senin baru aku dapat..
Bila dah dapat cover letter jabatan masing-masing barulah admin memasing proceed. Part aku mudah sikit lah sebab aku memang dah dekat HQ kan, so admin aku terus hantar ke JPM.
Masitah agak masalah sikit sebab admin HQ die baru dapat surat die tu hari ni. Die ada proses tambahan sebab kena melalui admin cawangan kemudian admin HQ pulak baru lah ke JPM.
Selepas di gesa oleh Masitah,dalam kekalutan kerja yang menimbun semenjak bos aku lagi kepergian nie semalam aku dah berjaya menghubungi si pegawai pertukaran di JPM. Beliau kata borang tukar tu belum sampai ke tangan beliau.. Baik surat aku mahupun Masitah kedua-duanya tak sampai lagi dekat beliau.
Tambah die lagi, kalau dapat dalam tempoh seminggu dua ni pon mungkin pertukaran aku dengan Masitah adalah lepas raya. Sebab die kata kalau dekat sangat dengan raya memang kita akan buat Arahan pertukaran tu lepas raya.
Sesuai dengan drama bulan puasa dekat tv3 yang ganti cerita Annissa setiap hari senin hingga khamis pukul 10.30 malam tu kan..? Ramadhan terakhir.. Kira ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir lah aku dekat Putrajaya..hehe
Alhamdulillah semuanya dah hampir selesai.. Terima kasih atas doanya yea kawan-kawan..
Assalamualaikum...
6 ulasan:
fuyohh ni boleh buat rujukan budak2 yang nak nuko.. wei jangan la sampai raya
biar pindah pat2 bosan aku duduk lubuk puaka ni
memang macma tu lah hajat aku..hahaha
eh nasib baik aku tipu ko aritu, kalau tak sampai sekarang ko tak jumpe bos ko lagi kan..hehehe
x kerja lagi ni...macam mana nak tuko..hehee
azuan kena kerja dulu lah..hehehe
yuhu.. jom dok johor..
jom3!hehehe
Catat Ulasan