Isnin, 4 Julai 2011

Beli rumah dulu, untuk pelaburan..

Pepagi yang hening, layan Hot.fm sambil bawak kete dengan feeling nyer sebab hari ni pergi kerja awal sebab nak pergi perhimpunan JPM. 

 Si Hafiza Zalkifli awal-awal pagi dah bagi mesej suruh datang awal sebab bas pergi JPM pukul 7.40.  Almaklumlah aku selalu datang lewat kan, tepat-tepat pukul 8 baru aku punch! Sebenarnya salah tu, sebab cikgu aku kata PUNCTUAL IS ALREADY LATE! Kita kena awal dari perancangan, baru betul..

Berbalik kepada cerita Hot.FM tadi. Usop weelcha kan dah jadi deejay bersama pagi-pagi dengan si FBI kan, so macam best lah nak mendengor Hot.FM pepagi. Pagi tadi si Abang Usop tu ade cakap gini gaye, muda-mudi sekarang nie sebok bebeno membeli gejet, kereta letop-letop yang akan susut regenyer sehari dua.. Ngape tak membeli rumah?

Ouch! sentap mak nok!Dekat Kosmo kata nyer cerita pasal nie, muda-mudi sekarang tunggu dah kahwin dah ade anak baru nak beli rumah. Tak caye korang g lah baca..

Pada pandangan aku kan, ade betul dan tak betulnya jugak. Yang betulnya mengenai statement ni, macam si dia lah, sibuk nak membeli kereta baru nak beli ip4 lah Ipad lah dan segala jenis I lah.. Tapi I ni die tak mau pulak, isk!T_T

Tapi katanya, kereta dan gadjet sekarang dah lebih kepada keperluan dari kehendak. Kerja dah bertahun ni kalau tepon masih lagi pakai 3310 ke kan, kang orang mengata pulak.. Paling baik die kata, ni jimat nie pandai simpan duit.. Kalau tak pon orang kata, keje dah bagus tapi duit entah ke mana.. Dari dulu sampai sekarang tengok dekat takuk tu jugak.

Lagi ramai orang yang akan kagum dengan kereta cantik dan gadjet2 mewah kau dari bertanya, duduk rumah sewa ke?

Mula-mula nampak macam betul lah.. Erm betul jugak lah statement nie. Tapi cuba korang baca lagi sekali, tak nampak macam kita ni terlalu nak menjaga hati orang ke? Tak ke kita ni dah macam menunjuk-nunjuk kalau serupa itu pemikiran kita? Time kita susah bukan orang yang duk menyanjung kita tu yang akan tolong kita nanti kan?

So pemikiran serupa ini macam tak boleh pakai lah sebenarnya.. Tapi nak buat macam mana, serangan mulut-mulut manusia di persekitaran ni memang mencabar keimanan. Orang yang duk kata canggih lah tepon kau, lawa lah kereta kau..Orang itu jugak lah agak nya yang akan kata, tu lah dah tak mampu sibuk nak ikut peredaran zaman konon, ha makan lah tepon kau tu, kikislah sikit-sikit kereta kau buat bayar hutang. Oh tidakk..

Lepas tu lagi die kata orang muda sekarang tunggu dah kahwin dah ade anak baru lah nak membeli rumah. Tunggu hidup tu dah masuk fasa seterusnya, baru nak merancang hartanah. Kenapa kita ni sibukkan nak membeli gadjet-gadjet dan jugak kereta yang nilainya cepat jatuh tu berbanding hartanah yang nilainya semakin hari semakin tinggi menuju puncak?

Banyak sebab sebenarnya, mungkin kalau aku belajar dan mahir pasal ekonomi ni aku akan beli rumah dulu berbanding kereta. Tapi nak buat macam mana, kereta lagi penting. Memang boleh naik bas, tapi kalau kau dapat kecemasan memang tak sempat lah wei..

Dah kahwin baru nak beli rumah. Wajar lah tu, kata sehidup semati kan. Orang kebanyakan macam aku ni kalau baru berkahwin ibarat baru nak memulakan kehidupan. Kita tak tahu lagi ekonomi lepas berkahwin ni macam mana, pasang surut dalam rumah tangga kan.

Tambahan pulak nak kahwin ni menggunakan banyak belanja wei. Apa yang boleh ditangguhkan, tangguh lah dulu kan. Kahwin kena dulukan sebab untuk mengelakkan maksiat, nak-nak pulak dah jumpa hari-hari.

Dah lepas kahwin memang lah duduk rumah sewa dulu, atleast 5 tahun lepas kahwin, bila ekonomi dah kukuh kembali barulah boleh beli rumah pulak. Aku ras ramai yang fikir macam nie kot..? Betul tak?

8 ulasan:

Unknown berkata...

bagi aku tak ada maslah nak beli rumah kalau berkemampuan. tapi dlaam masa yang sama tak salah kita dulukn apa yang lebih penting. jika lambat berkahwin boleh bawa kepada maksiat, dll tak salah kita pilih berkawin dulu. lagipun perkhawinan ini bukan satu bebanan cuma kita terbeban bile masing2 nak berhabis duit nak buat besar-besaran. bile kita dah berkawin kita da perancangan tersendiri dan mungkin ekonomi kita lebih kukuh untuk beli rumah kan? tak semestinya bujang tka boleh beli..boleh kalau duit tak tahu nak buat apa. kalau kau dah ada 10 laptop kau nak beli lagi tak guna juga tu namanya dah lebih dari keperluan, so tak salah nak beli benda yang besar cam rumah asalkan berkemampuan. tapi kalau aku ni seyes belum mampun. nanti aku menumpang kasih dengan bph je dulu hehe

piEja berkata...

mas....sgt ilmiah komen ko..tak jadi lah aku komen.....sbb idea aku same je ngan ko..

Cik TTK berkata...

hahahaha...bagus lah pandangan korang lebih kurang sama je dengan aku kan..hehehe

Unknown berkata...

hahahahaha aku memang dah berubah ke arah ustazah..ala ustazah pilihan la katakan!~

piEja berkata...

oh ye..lagi satu benda yg aku belaja dari ex-bf aku yg sebelum2 ni ialah....lelaki mmg ade benda yg dorg nak capai dlm idup n of kos bnda tu bknlah rumah utk keluarga, simpan duit utk kawen n segala2 yg berkaitan...yg dorg nak capai tu ialah tepon canggih, mainan video terkini, kenderaan bergaya, kasut stylo...tp sampai satu masa, bile segala benda yg nak dicapai telah dicapai, ape lg dlm fikiran dorg....?takde....jd tu lah masa dorg akan pikir pasal kawen, rumah, bini n sebagainya...jd, bg jelah dorg dapatkan ape yg dorg nak..pastu dorg diam lah....

Cik TTK berkata...

tu lah...dah nampak dah ciri2 tu dekat enchik saya..hehehe..

kebanyakan orang sebenarnya memang nak kejar bende tu dulu. macam orang jugak lah, setahun kerja nak dapatkan semuanya dulu.. Tapi setahun je lah, lepas tu dah pikir nak kahwin dah.. lelaki ni lambat sikit kot sebab cita2 diorang terlalu banyak..hehehe

Lovely Fieyza berkata...

aku pun dengar hot.fm jugak.. aku nak bli umah pas kawen.. aku pun bnyk benda nak miliki sebelum beli umah yg hutangnya akan aku tanggung sampai pencen.. sadiss..

Cik TTK berkata...

same je lah wei kau dengan aku..sebab keinginan tu memang membara2, tu yang jadik kita nie amek risiko macam tu sekali..nak buat macam mana kan, kita bukan asal dari keluarga senang,so terpaksalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...