Jumaat, 8 Julai 2011

Kenapa nak menyusahkan orang lain?

Disebabkan tepon aku buat hal, so aku memutuskan untuk balik kampung dan pinjam tepon Enchik saya. Enchik saya kata die boleh datang sini dan hantarkan tapi aku tak mau sebab situasi dekat sini sangat membahayakan yek.

So semalam dekat pukul 9 jugak lah aku pergi Putra Sentral beli tiket PLUSLINER. Aku memang suka naik PLUSLINER dari waktu belajar dekat Poli lagik, sebab PLUSLINER murah dan cepat sampai..ok takde kena mengena. Maaf!

Waktu dekat Putra Sentral tu aku tengok ramai giler kot orang dari kebiasaannya. Nak beli tiket pon kena beratur.. Walaupun cuma giliran ke-5 waktu datang tu, tapi dah cukup peliklah sebab selalu terus je ke kaunter. Pastu paling tak best, sit single semua dah takde..Sob! Time nak beli tiket wayang mintak couple sit takde marah, kalau beli tiket bas tak dapat duduk single2 tu plak yang kau marah.. yan yan.. ape nak jadik nie..?heh!

Boleh bayangkan tak ramainyer orang nak balik kampung sampai nak beli sit single pon tak de dah.  Biasa lengang-lengang je, nak lari-lai dalam bas pon boleh.. Hurm...Mesti bas ni nanti tak singgah Seremban kan. Sebab bas dari Putrajaya lagi dah penuh dah. Mesti direct ke Johor, dan mesti lagi cepat sampai.. Hoooo bape banyak mesti lah..

Pening kepala aku fikir kenapa agaknya orang sibuk sangat nak balik kampung yek? Nak kata dah nak sambut puasa, tak.. Nak kata bebudak sekolah cuti sem, tak jugak.. Bapak budak pon ade beli tiket semalam.. Nak kata balik kampung sempena baru lepas gaji, lagi lah tak. Kita gaji bulan nie 25 JULAI kan..

Bila di fikir-fikirkan, memang tak ada sebab lain, aku simpulkan yang orang balik kampung ramai-ramai sebab takutkan PERHIMPUNAN BERSIH tu.

Tengok berita tak semalam? Semua jalan ke bandaraya KL di tutup, segala bentuk pengangkutan awam pon tak dibenarkan masuk bandaraya. Aku terasa dah bahang nyer nie. Bende ni semua buat orang ramai makin takut. Keadaan dah macam darurat dah nie.

Sedar lah wahai Cik penganjur..Kenapa nak tunjuk perasaan nie? Tak cukup aman ke negara kita nie? Ape kata duduk rumah je.. Menikmati sisa-sisa hidup dengan keluarga kan lagi bagus, nak disibukkan sangat dengan bende-bende macam nie buat ape.. Dah la dulu tolong si Lina Joy memurtadkan diri, ai geram tau nie..

Not gud lah makcik...Janganlah nak menghuru-harakan negara kita yang aman makmur dan sentosa nie, jangan buat yek..? Orang ramai dah takut dah nie, Boboy pon tepeanjat tau tak..

Yang ada hati nak pergi perhimpunan tu, dah2 lupakan hajat tak suci mu itu yek, jangan nak menyusahkan orang lain..

OK, bye!


7 ulasan:

Unknown berkata...

balik kampung...ceh alasan nak balik kampung berjelaaaaaaaaaaaa

piEja berkata...

i like u balik kampung..i dok sini pn bukan boleh ke mana... :)

Miss Tasantek berkata...

kau keje kat putrajaya dah rasa bahangnyer..yg ulang alik KL ni seminggu ni je dah lalui Jem macam sibet.
orang2 yang nak berhimpun ni pentingkan diri sendiri..
tak layak mereka tadbir negara kalau tindakan mereka menyusahkan orang lain. sok lusa kalau betul2 malaysia darurat, hai..sedaplah orang luar yang datang sini, boleh jadi warganegara free2 je .

Cik TTK berkata...

masitah: alasan mesti kukuh..hahaha

Pieja: kalau ai bawak balik kereta, dah lama ai angkut u jadik baby sitter ai..hahaha

Cik TTK berkata...

tasa: sungguh ilmiah komen kamu wahai mak buyong..

aku setuju dengan ko, mesti ade agenda lain si ambiga tu buat macam nie.. ade sponsor luar negara pulak tu.. so pemberi dana tu mesti nak kan pelaburan die menguntungkan.. huru hara lah wei..hurm..

Lovely Fieyza berkata...

beb.. pg perhimpunan dapat RM200 au.. kau ado?? haha.. hampeh tol pembangkang nih..

Cik TTK berkata...

fiza: sebab rm200 ade orang mati wei..sungguh tak mahu lah begitu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...