Rabu, 20 Julai 2011

Semoga semua nya berjalan lancar..Amin!

Sekarang ni aku tengah dalam proses nak buat pertukaran SUMASU (SUka saMA SUka) dengam Masitah.  Masitah pergi ke tempat aku dekat Putrajaya ni kemudia aku ke tempat Masitah dekat Johor..

Setelah sekian lama, dan bermacam-macam dugaan dan cubaan yang menghalang pertukaran kitorang ni akhirnya sekarang ni jalan yang gelap tu dah ada sedikit sinar cahaya.

Baru kejap tadi aku hantar surat pertukaran SUMASU aku dengan Masitah dekat admin opis aku, semoga tak ada masalah. Harap-harap segala dokumentasi lengkap.

Bahagian aku dah setel, tinggal bahagian Masitah je lah sekarang nie. Semoga Masitah gagah lagi tabah nak berhadapan dengan bos beliau.

Perasaan sekarang memang dah diteguhkan nak balik Johor. Sekian lama aku tunggu peluang nie. Dulu masa baru masuk kerja aku ingat lagi yang ade orang dekat admin tu cakap kalau nak balik Johor kena tunggu disahkan jawatan dulu.

Lepas je aku sah jawatan aku gagahkan diri aku nak tukar tapi masa tu tak sampai hati.  tapi akibat daripada beberapa perkara yang berlaku waktu tu, aku gagahkan jugak diri ni nak mintak tukar.

Jujur waktu tu memang aku mintak tukar sebab aku kecewa, sakit hati, marah dan macam-macam rasa lagilah. Tapi sekarang semua perasaan tu dah tak ada. Semua orang dekat sini dah jalani hidup masing-masing macam dulu, macam keluarga.

Waktu masa-masa tertekan macam tu dulu aku pernah dapat offer dari JPA untuk tukar ke Jabatan lain tapi aku fikir, aku nak clearkan nama aku. Aku nak bertegur, berbual dengan semua orang, aku nak mengalah. Sebab aku tak nak orang ingat keburukan aku bila aku dah pindah dari sini.

Lagi pulak aku fikir, kalau aku pindah waktu tu lepas tu nanti aku nak kawen aku mintak pindah Johor pulak lagi, tak nampak macam aku ni bermasalah ke?Banyak sangat pindah-pindah tempat..? Lagi pulak waktu tu si die masih bekerja kontrak, yang mana masa depan belum tetap lagi. Dan die sendiri tak dapat nak bagi jaminan die akan selamanya dekat Johor.

So sekarang aku rasa masanya memang dah kena dan dah tepat sangat dah. Sekarang ni satu-satunya sebab kenapa aku nak pindah ialah dia dan keluarga aku. Hal kecik hati tu semua dah tak ada dah. Si dia dah bekerja tetap sekarang, kalau ade rezeki bila dah balik Johor nanti aku akan mulakan aturan untuk membina keluarga pulak..

Doakan aku yek kawan-kawan!

6 ulasan:

LiaNa YuSoF berkata...

huhu... sedih la pulak aku membaca nya... tapi xpe.. aku doakan segalanya berjalan dengan lancar dan segala urusan ko dipermudahkan oleh Allah.. ye yan.. dah pindah, jgn lupa aku kat sini ye....

Unknown berkata...

amin aku doakan ni.. erkk bos aku meeting T_T

zal88 berkata...

amiin...

Cik TTK berkata...

lily+ Leha: aku tak kan lupa kan korang..dont wori..aminnnn..thanks dear atas doanya..:)

masitah: join sekali lah meeting tu..hehe

Unknown berkata...

malas la.. dye bad mood

Cik TTK berkata...

sangat payah nak mencari bos ko gudmood kan..nampaknye ko meman kena terjah je lah mas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...