Selasa, 12 Julai 2011

Aku, Dia & Perhimpunan BERSIH

Kami ada berbincang mengenai PERHIMPUNAN BERSIH nie. Pada aku tak patut lah ada perhimpunan jalanan nie, menyusahkan banyak pihak.
 
 
Negara huru-hara disebabkan perhimpunan nie, orang ramai nak beriadah pon susah, ada yang nak pergi kenduri, nak pergi sepital pon susah..Peniaga lagi lah kesian, rugi besar lah die..
 
 
Pada aku, tak salah kalau nak buat perhimpunan nie.. Tapi jangan lah buat perhimpunan jalanan macam nie, berhimpun baik-baik kan lagi elok.. Mungkin kalau berhimpun elok-elok, dekat tempat yang kerajaan dah sediakan lagi ramai orang yang datang dan menyokong... Siapa tahu kan?
 
 
Perhimpunan jalanan nie dah menakutkan ramai pihak.. Sejujurnya aku cakap, bukan perhimpunan ni yang menakutkan tapi publisiti yang di raih sebelum perhimpunan ni yang lebih dulu menakutkan orang ramai sebelum perhimpunan berlangsung lagik.
 
 
Tapi pada Enchik saya pulak, die sokong perhimpunan ni diadakan. Oh bercanggah sudah pendapat beliau dengan saya.. Kata die lagi, asalnya perhimunan ni kan perhimpunan aman.. BERSIH. Ada tangan yang buat die jadi huru hara.
 
 
Cuba perhimpunan tu tak dikacau, tak ada nya jadi huru hara macam nie..Bagi peluang diorang nak suarakan kehendak diorang, bagi diorang sampaikan impian diorang.. 
 
 
Terdiam sejenak aku dibuatnya.. Ternyata pandangan aku & die berbeza dalam hal nie. Malas nak membantah, biarkan je lah.
 
 
Tapi satu hal yang pasti, biar apa pun niat kita, semurni apapun niat tu tak menghalalkan cara. Ibarat seorang ibu melacur demi nak memberi anak sesuap nasi.  Niat nak membesarkan anak tu murni tapi melacur kan haram, jadik haramlah perbuatan tu.
 
 
Apepon pandangan aku dan apepon pandangan die mengenai perhimpunan ni PERSAMAAN yang pasti KAMI TAK JOIN INI PERHIMPUNAN DAN KAMI HANYA MEMANDANG DARI JAUH.. Cukuplah sekadar tahu pasal mende ni, takde terdetik langsung niat nak JOIN.. Memang tak la.. Buat penat je.
 
 

4 ulasan:

Lovely Fieyza berkata...

tapikan TTK, perhimpunan ni kan sbnrnya saje je nak jatuhkan martabat negara, konon nak hantar 8 permintaan, tp satu hapak pun takder bg ape2.. anwar tu siap konon2 cedera.. lagipun.. yang datang tu aku tgk pakai tdung labuh.. sgup berebut2 n bersesak2 ngan lelaki.. ups.. dapat RM200 kot kalau pg? kalau betul dorang nak suarakan pendapat, dorang boleh hantar memorandum.. tp lgsung takder.. saje nak kecohkan negara n buat malu kt negara.. papepun aku mmg tak puas hati ngan anuar... akan gunakan pembagai cara untuk raih simpati n tangguh kes liwat..

zal88 berkata...

hehe..ko sme cm ak la yan..
pndpt lain ngn llki..
tp ble fkir blik,btul gak..kte kna dgr pndpt dua2 belah pihak..
br kte tau ape yg brlaku...

Cik TTK berkata...

fieza: tu lah..pasal perhimpunan tu memang ada agenda lain.. kalau setakat nak hantar memorandum memang dah ade sangat peluang kan..tapi sebab nak kan perhatian dunia, tu yang bikin kecoh..memang memalukan lagi2 kalau ko tengok aljazeera intebiu menteri ke hape entah, die punye kondem negara kite..

siyes malu beb! Rosakkan reputasi negara yang rakyatnya yg selama nie lemah lembut peramah, tapi sekarang orang tengok kite ni suka merusuh, degil tak faham bahasa dah suruh balik takmo balik..

tak tau lah nak jadik ape..kalau duk dalam stadium kan takde lah bercampur aduk lelaki perempuan macam tu kan..ape la nak jadik...

Cik TTK berkata...

leha: tu lah, sebab pendapat die dengan aku tak sama aku malas nak kondem..takut begado je kang..

aku bukan penyokong mana2 parti politik, baik parti kerajaan ke baik parti pembangkang..dua2 aku tak sokong..

tapi aku tak suka cara perhimpunan ni..menyusahkan banyak pihak..NEgara kita kan ada undang2, follow je takleh ke...?

hadoiyaii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...