Rabu, 2 Mac 2011

RINDU SAMA MEREKA: MAK (Part 2)


.




.

Ni gambar raya masa 2009. Kalau korang nak tengok gambar family aku yang lain boleh tengok dekat SINI. Kalau nak tengok lah. Bagi yang baru baca cerita aku ni, kena baca CERITA SATU dan CERITA DUA dulu sebab ni adalah sambungan. Nanti tak faham..

,


Sambung cerita....

,


Lepas abah meninggal Bijam bagi duit belanja setiap bulan dekat mak. Oh ya lupa nak bagi tahu Bijam abang aku No.3. Tapi faham-faham lah gaji kecik, kena tanggung 2 rumah. Rumah kampung dan rumah sewa. Ditambah dengan perbelanjaan adik-adik sekolah lagi. Tapi aku tak pernah merungut walau tak bawak duit sesen pon ke sekolah sebab aku tau mak aku tak ada duit. Waktu tu aku cuba jugak mohon biasiswa tapi tak dapat. Aku dapat masa form 4 dan form 5. Tapi waktu tu tak segenting waktu aku form 1 - form 3 yang mana hidup masa tu boleh dikatakan sangat-sangat susah.

,


Aku pergi sekolah bawak 2 botol air mineral je. Tu pon selalu kena ngecek. Kawan-kawan aku memang tak malu. hehe. Nasib baik waktu rehat dekat sekolah 30 minit je, jadik nya dugaan nak makan memang tak ada. Kawan-kawan pergi kantin aku duduk je lah dalam kelas, kalau kena halau dengan pengawas, aku lepak kaki lima. Duduk tepi longkang. Tapi kawan-kawan aku memang stok tak rehat, so lepak lah ramai-ramai. Sebab tu masa sekolah kurus, sebab susah. Sekarang macam tong deram! Bukan bermakna aku dah senang, tapi Alhamdulillah lah.. Rezeki tu ada.

,


,

Gambar ni pun masa nak pergi birthday Aqil .. Kalau tengok macam ni memang tak nampak segala asam garam yang mak aku dah lalui sepanjang hidup dia kan. Masa remaja aku memang aku tak rapat dengan mak, even kalau mak gaduh dengan abah pun aku marah sangat. sampai tahap benci lah sebab mak kuat bebel lepas tu abah pulak malas nak menjawap. Selalu tu kalau mak dah start membebel je, abah terus angkat bontot. Tapi lepas abah pergi, aku banyak habiskan masa dengan mak.

,


Kebiasaannya kawan-kawan yang akan datang ke rumah carik aku sebab aku memang tak ada kenderaan nak pergi ke rumah kawan-kawan. Waktu tu dekat rumah ade lah motor cabuk abah, tu pon Bawan guna bawak pergi kerja. Masa tu memang Bawan sekolah lagi, tapi lepas balik sekolah die kerja dekat warung mak kawan dia. Selalu jugak Bawan bagi duit sekolah dekat aku. Sebab duit memang susah nak dapat, aku simpan. Tapi dekat rumah ada orang yang bertelinga tikus, berhidung hanjing sebab tau je dekat mana orang simpan duit. Tak sempat nak simpan lama mesti dah kena kebas dengan orang tersebut. Sedih tau.

,


Pernah dulu sebab tak ada duit kan, mak suruh aku dengan Bawan jual kacang-kacang dekat sekolah. Nanti untung nya mak akan simpan dekat tabung yang ditanam dalam tanah dekat belakang rumah. Tektik ni selamat untuk seminggu, lepas dah banyak hilang lah duit tu. Sebab orang tu tak nak kerja tapi nak duit. Kesian mak, pernah jual kuih, nasi lemak, mee siput, ABC tapi macam tu jugak kesannya. Bajib memang tak ada perikemanusiaan. Dadah memang buat orang jadi tak siuman.

,



Waktu-waktu susah tu ada insan yang baik hati, jiran yang penyayang, jiran yang menunjuk dan jiran yang mengambil kesempatan. Tapi semuanya sebenarnya nak menghulurkan tangan, meringan kan beban. Sepatut nya lumrah orang yang nak bersedekah, beramal jariah ni tangan kanan membantu tangan kiri tak tahu. Tapi kalau dah gebang dekat semua orang, niat tu dah jadi lain kan..?

,


Kisah orang yang baik hati ni ada satu hari tu die datang rumah sebab simpatikan dengan nasib kami die bagi mak gunakan tanah kebun die buat tanam sayu-sayuran. Mak sangat-sangat gembira masa tu. Jadi peluang yang ada masa tu digunakan sebaiknya. Sebab aku dah berhenti sekolah agama aku pon tolong mak. Mak tanam macam-macam jenis sayur, ade keledek, kobis, kangkung, jagung, kacang tanah, cili dan jugak tebu. Tebu memang bukan sayur, tapi mak banyak jugak tanam tebu sebab anak-anak die suka makan tebu.

,


Tapi hasil sayur-sayuran tu semua tak laku sangat. Jadi semuanya jadi makanan kitorang je lah. Dan jugak jiran-jiran. Mak suka bagi dekat jiran-jiran sebab jiran-jiran banyak membantu selama ni walaupun dengan makcik yang konon-konon nak tolong tapi bagi bil setiap hujung bulan. Tu pun mak bagi sayur free je dekat die. Mak memang tak memilih kawan.

,


Setiap hari kalau tak ada makanan yang berunsurkan keledek memang tak sah. Mesti tanya, keledek dah habis ke? Kalau cerita pasal keledek ni mesti nak ketawa, sampai akak cakap kitorang ni anak keledek sebab hari-hari makan keledek. Hasil keledek mak lah yang paling berjaya. Mak pon tanam keledek banyak dan bermacam-macam jenis. Tu yang setiap hari makan keledek. Pengat keledek, masak lemak keledek, kerepek, cakar ayam dan jugak kuih keria. Hari-hari dapat makan ni semua.

,



,

waktu konvo aku buat macam-macam helah supaya mak pergi ke konvokesyen aku, cerita ade dekat SINI dan SINI.

,


Maaflah yea. Entry-entry lama aku memang macam cibai sikit sebab budak baru belajar kan. Banyak tulisan singkatan yang aku guna. Sekarang aku akan cuba buat tulisan se-full yang mungkin. Memudahkan pemahaman kan. Aku tak akan gunakan lagi ayat-ayat mesej tu. Insya'ALLAH. Aku cuba yang terbaik lah.

,

Sejak aku rapat dengan mak, setiap hari aku telefon dan mesej die kalau berjauhan lah. Dekat pon mesej jugak. Bila dah kerja hari-hari telefon die. Macam-macam bende nak share. Makan ape, masak ape, buat ape dekat office, hari ni macam mana, nak pergi mana semua cerita dekat mak. Mak lah kawan terbaik, penasihat terbaik, tukang masak terbaik dan jugak MAK TERBAIK. pada aku mak aku lah mak paling GOJES! Tapi macam yang aku cakap sebelum ni, nikmat ibu bapa untuk aku dah ditarik balik. ALLAH s.w.t lebih sayang kan mak. Mak pergi tiba-tiba je. Sampai sekarang ni pun kalau aku duduk dalam keadaan tenang tak buat pape, aku mesti teringatkan dia. Rasa nak telefon dia. Tangan ni selalu sangat nak dail no BONDA. Sampai sekarang aku simpan lagi no hp mak. Hakikat yang mak dah tak ada susah nak diterima sebab mak pergi tiba-tiba. Aku dah pernah cerita hal ni. Tak nak cerita lagi nanti korang muak. Boleh baca dekat SINI dan dekat SINI jugak. Sambungan cerita nya ni sampai sekarang aku tak mampu nak post. Maaf. Mak pergi pada 12 Mac 2010. lagi beberapa hari lagi nak genap setahun. Hari ketujuh mak meninggal adalah hari ke 100 atuk meninggal. Mak yang jaga atuk sepanjang atuk sakit. Mak puas sangat dapat jaga atuk. Kata die, sekurang-kurang nya die dapat balas jasa atuk dekat die selama ni. Untungnya mak dapat jaga mak die sakit, aku tak sempat pun nak jaga mak aku. Mak selalu doa tak nak nyanyuk dan jugak kalau nak pergi die tak nak susahkan anak-anak dia. Tapi aku ralat sangat sebab dapat jaga mak berapa jam je. Nota: -Dah lah entry berjela-jela aku ni. Penat pulak menaip. -Maaf pada yang muak dengan cerita aku. Boleh skip je kalau tak nak baca. Ini untuk aku ceritakan pada anak cucu cicit aku kalau berkesempatan. -Entry ini juga khas untuk aku menyedari diri dan hargai orang sekeliling.

6 ulasan:

heart tamimi berkata...

sedih ak bace yan..ermm..sabar byk2 k..Allah lebih sygkn mereka..engat ak kt mak ak..mak ak pon da xde mse ak form 5..

Al-fatihah utk mereka..

Yan berkata...

al-fatihah utk mereka jugak. yang pergi tetap pergi tapi kena ingat kan.

PuPeL berkata...

sedih2..ala time menulis tu tulis je jangan rasa kitaowg muak..kitaowg tak pernah muak pon..

sambung g ye yan
alfatihah.. mak kau sangat baek n spoting tau yan...

syukur alhamdulilah~.

Yan berkata...

mak aku memang seporting dan brutal...hehehe

piEja berkata...

merasa jumpe mak yan sekali je....dapat lah merasa masakan mak yan yg sedap tu...wwuuuu~~ alfatihah...

Cik TTK berkata...

tu lah..sejak tu kalau tepon die orang yang die tanye pija, mas, pija, mas..takde orang lain dah..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...