Isnin, 11 Oktober 2010

Saye Sayang Mereka...(Bahagian 2)

Keluargaku
Sangat banyak bahagian yea, sila jangan marah sebab ni salah satu cara aku nak mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku pada aku dan keluarga aku. Sebab aku tak nak aku lupe. Macam jahat kan ayat tu? Tapi nie hakikat tau. Sebab arwah abah aku meninggal 10 tahun lepas, yea SEPULUH yea.. dan memori yang tinggal sekarang ni aku rase tak banyak da.. Ni semua akibat dari kesedihan yang teramat sebab kehilangan abah dah tu tak nak ingat yang sedih-sedih dan akibatnya tak banyak yang aku ingat tentang abah.




Atas inisiatif itulah aku ni tak nak la suatu hari nanti aku lupa daratan. Lupa asal usul, lalu di ceritakan di sini bukan untuk meraih simpati sebab sape je yang bace belog aku nie kalau bukan aku..hehehe kawan-kawan yang bace, terima kasih..hehe


Sambung kisah aritu sampai dekat aku ni tiba dekat hospital Kota Tinggi. Sampai-sampai je abang-abang aku pimpin aku pergi ke ICU, akak yang ade dekat luar ICU tu pon bangun serta merta macam nampak hantu je, padahal aku je pon..


Diorg mintak izin guard dekat ICU tu nak bawak aku pergi tengok mak sebab mase aku sampai tu bukan masa melawat dan ICU korang tahu-tahu lah.. Mane buleh masuk ramai-ramai, tapi kitorang sebu ramai-ramai.. Aku nie masuk ICU melulu sampai belakang, mane mak? Pusing je badan tengok mak? Nie ke mak? Ya ALLAH... Lain sungguh, mata mak bengkak, banyak wayar berselirat dekat badan mak. hidung berdarah, telinga berdarah. Dekat rambut pun ade darah jugak. Sedih nya..


Akak terus peluk aku. die cakap kt aku "nie mak nie... Jangan nangis, jangan nangis", sambil die yang menangis.. Aku? terduduk dekat situ, meraung dalam hati. Meleleh je air mata aku. Aku bisik dekat telinga mak, "mak ni adik balik, mak kata rindu dekat adik.. Adik dah balik mak, bukak lah mata. Tolong mak, bukak mata.."




Guard da ketuk-ketuk pintu. Die kata kitorang boleh mengganggu kestabilan mak dan jugak pesakit-pesakit yang lain. Kitorang kena keluar sekarang jugak.


Time tu aku teringat dekat yus, aku suruh die cepat-cepat sikit pergi Hospital takut tak jumpa mak lagi. Mesej pertama aku hantar aku suruh die cepat-cepat datang, tapi tak lama lepas tua mak dah stabil dan dah nak di pindahkan ke Wad biasa. Aku hantar mesej kedua suruh die santai-santai je and tunggu waktu melawat pukul 4 nanti baru datang. Lepas tu, telefon kena barred!




Belum gaji. pagi tadi mase nak balik ke Kota Tinggi pon aku pinjam duit mas RM200. Aku mintak die teman aku balik kampung tapi die tak nak. Nak kerja katanya. Tak pe lah. Sedih jugak, tapi tak pe lah. Bukan masa nya nak bermain dengan emosi.


4.30 p.m aku mesej abang ipar aku suruh bawak tuala. Mak demam. Aku dengan akak dah plan nak jaga bergilir-gilir malam nanti. Surau pun dekat. Aku ngantuk akak jaga mak, akak ngantuk aku pulak jaga mak. Nanti kalau mak dah sihat sikit-sikit akak nak bawak balik rumah die, jaga dekat rumah die sana. Aku setuju je, aku nak balik tengok mak pun dah dekat sikit.




Tak lama abang ipar aku sampai, die bawak kan makanan untuk kitorang. Masa kitorang nak pergi makan, tekanan darah mak dah stabil, kencing manis dah stabil, degupan jantung die pun dah stabil. So, kitorang pergi lah makan kejap.


Habis je makan tengok sedara mara dah ramai dekat luar. Masing-masing berbual kuat-kuat. Aku marah sangat, tak nampak ke hape mak nie tengah sakit.. Memang lah mak koma tapi de boleh dengar tau! Lepas tu diorang pergi berbual dekat luar. Aku paling marah dekat abg mi sebenarnya, sebab 10 orang datang 10 kali la die cerita. Tensen betul.!




Betul kata abg ajib, bila dah naik teruk teruk teruk tetibe je baik hati-hati lah. Tiba-tiba semua jadik lemah, aku panggil nurse. Nurse pon kalang - kabut. Panggil doktor itu, panggil doktor ini. Kitorang semua kena keluar. Tak lama Doktor panggil waris. Akak masuk, aku ikot dekat belakang. Doktor mintak maaf. Mak dah tak ade.


Time tu, semua sedara mara yang ada menangis. Akak terduduk dekat situ juga. Aku kena kuat! Aku kena balik rumah, siapkan rumah. Jenazah mak kena di uruskan. Waktu turun lift, aku serempak dengan doktor yang rawat mak tu. Die kata mak ada mis-treatment, sebab tu terus kena teruk macam ni. Urat saraf dekat otak die pecah, sebab tu darah keluar dari hidung dan telinga. Subhan-Allah. Sungguh hebat dugaan mu Ya-Rabbi..


Dalam perjalanan balik mama call. Die pesan suruh aku tabah dan redha. Yang hidup pasti akan mati. Mama, kenapa mama jadi orang pertama? Saya tak suka ayat dan nasihat macam nie, sebab sangat meruntum jiwa. Tapi aku iya kan je. Kang menjawab lebih-lebih takut die reject aku jadik menantu die kang. Ko gila?




Sampai dekat rumah, mak-mak jiran tetangga dah siapkan rumah. Ternyata bukan berita tak baik je yang tersebar cepat, berita sedih pun cepat. Alhamdulillah. Hal-hal fardhu kifayah ni tak boleh ambil remeh. Dosa sekampung kalau tak ada yang menguruskan tau.


Masa jaga mak dekat wad tu aku ada amik gambar, tapi nanti lah aku upload yea. bersambung...lagi?






0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...