Rabu, 2 Mac 2011

TAK BERANI JANGAN BACA!



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semuapembaca budiman.


. Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaganama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampungtersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh keranasetiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliauakan berjaya.


. Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak ituadalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedangbercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinyasebelum ini.


. Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliaumelihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.


. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhlukitu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.


. Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakankepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.


. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akanmenghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.


. Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhyaseperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnyatadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuktidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti baubangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopakmatanya berasa amat berat sekali.


. Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekatdikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.


. Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang danmendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supayabertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.


. Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalandiiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanyabapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.


. Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggalikubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umarberlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yangberat dari lubang tersebut.


. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……


. SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :1-800-88-88-88

.

(Sumber gambar ubi ni didapati dari SINI)


.

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus

Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus

Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus

Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

. Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAKBELI UBIIIII..


.

Nota:

-Aku copy paste dari email jek..jangan mara haaa

-Aku terkena jugak.

-Aku nak balik kampung ni, nak kirim kerepek?hehehe


4 ulasan:

ctpujie berkata...

hahahahaha..beriya ak bace taw x..haishhh!

Cik TTK berkata...

hahahaha asek entry sedih je, ni entry seram pulak..kih3

Leanne Rahim berkata...

jgn lupa aku nyer kerepek tau..hhuhuhu..

Cik TTK berkata...

ko nak kerepek ubi pedas kan?
bereh2...nanti aku beliikan setengah kilo!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...