.
.
Ni bukan gambar atok aku, ni gambar atuk orang lain. Bukan aku tak mengenal jantina atuk dengan nenek, tapi memang family aku panggil atuk lelaki tu atuk, yang perempuan pon atuk jugak. So aku ade 4 atuk lah, nenek harem tak ada.. Kesimpulannya, aku kaya atok. hehe
.
Entry ni aku nak cerita pasal Atuk belah mak, atuk sumadi dengan atuk yam. Atuk Sumadi dah meninggal tahun 1981 lagi. Masa tu mak aku ade 4 orang anak, baru sempat deliver sampai akak je.. Bawan pon tak keluar lagi, aku apetah lah.
.Atuk Yam pun dah meninggal jugak. Baru je lagi, 10 Disember 2009. Masa tu dah kali kedua atuk yam kena strok. Yang pertama masa tahun 2000 kalau tak salah aku. Aku baru darjah enam masa tu. Mak jaga atuk yam dekat kampung 2 minggu lepas tu bawak atuk balik rumah kitorang dekat Kota Tinggi. mak jaga sampai lah atuk sihat.
Hari raya 2009 sekali lagi atuk kena strok. Kali ni teruk sampai atuk tak menyongel (makan sireh) pon. Atuk memang pebret die menyongel nie, sebab tu sampai ke usia die 78tahun masa meninggal tu, gigi die ada banyak lagi. Mak kata songel ni menguatkan gigi. Mak tak menyongel, sebab tu mak pakai gigi palsu semua nye. Hehe
Masa atok sakit aku kerap balik kampung, nasib baik time tu aku dah ade kereta. Tengah-tengah malam pon aku lenjan je balik kampung. Nasib baik ade Masitah menemani, kalau tak memang tersadai lah aku dekat tepi pokok. Terima kasih sahabat!
Putrajaya ke kampung dekat Kota Tinggi bukan dekat wooi, makan 300Km lebih jugak lah.. Tapi aku bagi masa 3 jam je sampai kampung. Waktu tu, segala jenis pakcik, makcik, abang, akak, beserta mak aku marah.. Bahaya lah laju lah aku bawak kete, padahal aku rase ok ok je pon. Aku cepat sampai sebab aku tak berhenti makan,minum je kot. Sebab tu cepat. Aku berhenti pon, berhenti kencing tak pun isi minyak je dah tu jalan balik. Sebab tu save mase.
Nasib baik Pak Usu backup aku time tu, kalau tak tak tau lah aku nak menjawap ape lagi. Pak Usu kata, Yan ni jenis dapat tahu berita je terus sampai. Bukan nak pikir-pikir, duduk termenung, meratapi nasib dulu baru gerak. Kalau macam tu memang tak sempat lah. Dah nama pon kecemasan, kena lah CEMAS. Senyum aku dengar Pak Usu jawap cenggitu. Aku tau die perli abang-abang die sekali tu.. haha
Start atuk sakit september 2009 tu sampai ke die kembali kepada-Nya, aku boleh dikatakan hampir setiap minggu balik kampung. Segala simpanan selama ni memang aku tabur dekat Petronas dan jugak Plus je lah.
Minyak untuk kereta buatan Malaysia aku ni walaupun cc kecik tapi kalau dah jalan jauh ditambah lagi dengan jalan-jalan dekat kampung, jejak jugak RM150. Tambah lagi tol RM80 pergi balik. Tambahkan lagi dengan kos chewing gum, nescafee, gula-gula serta lauk pauk dekat kampung, sekali balik aku spend sekurang-kurangnya RM300 untuk setiap kejutan. Tapi tak pe, duit boleh di cari keluarga paling penting..
Start atuk aku sakit, sehari berkali-kali aku akan tepon mak tanya atuk buat apa? dah mandi? dah makan ubat? Nak cakap dengan atuk payah sikit sebab pendengaran die dah kurang. Die dengar time orang kata, "oi ko ni cakap kuat sikit lah atuk tak dengarlah! Ok time tu die kata "ingat atuk tak dengar ke?".. Time tu ko telan lah sebaldi air tapi tekak kau tetap rase kering je. Kena sergah macam tu mana tak terkujat kan.. Dapat ko...
Oleh kerana kecomelan badan aku yang "menurun" mendadak nie, atok aku panggil aku beger! Ha lah Burger yang korang makan setiap hari jumaat dekat Mc'D Alamanda tu. Atuk kata, aku cucu die yang paling comel, tambun, gebu macam roti burger. Hehehe tecik hati aku tau, tapi sekarang aku rindu nak dengar atuk cakap cenggitu.. huhu
.Masa raye aji 2009 tu atok cakap nak balik kampung, nak naik kereta aku. Aku ON je, siap janji nak bawak jenjalan tepi pantai lagik. Tapi atuk dah sakit sebelum raya aji lagi, die hypo. Terkilan aku sebab tak dapat bawak die balik rumah die time tu. Makcik2 dengan pekcik2 dah bawak balik atuk dulu, seboleh-boleh nak masukkan sepital dekat Batu Pahat, kata nanti diorang senang nak jenguk. Mak tak bagi, tapi die boleh cakap ape kan. Cuma mak tak bolehlah nak jaga atuk dekat Batu Pahat, jauh. Ayah tiri aku lak keje.
Tapi raye aji tu aku balik jugak dengan mak, akak, pakcik (ayah tiri aku) dan jugak atuk kecik ( Mak kepada ayah tiri aku). Sedih aku tengok atuk, tak boleh bangun langsung dah. Dah tu boleh pulak die bergurau dengan aku.. Die kata, beger atuk dah balik.. Nak bawak atuk jalan-jalan yea? Pergi shopping, pergi makan angin.. Dah tu die ketawa terkekeh-kekeh, ingat lawak ke tok?, aku cakap dalam hati je lah.
Hari ni aku tengok atuk, lusa nya aku balik rumah akak dekat Gelang Patah sebelum aku balik ke Putrajaya semula. Tapi tetiba dapat call mak kata atuk dah dalam perjalanan nak balik rumah mak dekat Kota Tinggi, aku pulak dah kesuntukan masa time tu nak patah balik ke kampung. Aku cakap dekat mak, kirim salam je lah dekat atuk. Nanti adik balik lagi. Mak aku pon tak bantah, aku balik je lah Putrajaya.
Rupa-rupa nya atuk merajuk dengan aku..isk isk! Mak kata, atuk tanya. yan mana? Mak gitaulah aku dah balik. Dah tu atuk kata, "balik tak jumpe pon atuk die?dah tak sayang ke?". Isk2, sentap jugak aku masa mak aku cite gitu. Dah tu mak aku kata, malam-malam atuk ngigau panggil aku nak mintak air milo. Mak yang buatkan, tapi atuk duk sebut nama aku.
Lepas aku tak de balik lagi dah, sebab kekeringan duit. Bajet tunggu gaji bulan doblas baru balik kampung. Rupa nya tak sempat. Atuk pergi 7pagi hari khamis bersamaan 10 Disember 2009. Sumpah aku ralat sampai ke hari ni sebab tak sempat jumpa atuk aku. Tambah-tambah lagi atuk aku merajuk dengan aku. Menyesal tak sudah aku. 10 Disember 2009 jugak mulalah era aku tanpa seorang pun atuk-atuk dan jugak nenek-nenek.
.
Nota:
-Nanti aku nak cerita insiden masa atuk meninggal tu. Memang aku tak puas ati. Maaf pada sedara mara yang baca.
-Tahun 2010 tahun pertama aku raya tak ada mak abah, tak ade atuk-atuk. Nasib baik tahun lepas giliran adik beradik yang dah berkahwin raya kampung aku. Tak ada lah sedih sangat. Tapi tahun ni aku berdua je lah dengan Bawan nampak gayanye. Bajib dah lari.
-Cakap pasal Bajib, ade cerita pasal die. Tapi malas nak amek port. Biarlah...
.
.
.
2 ulasan:
yan...comel!! tambun!!! beger!!
rindu lagi x? bahahaha ;))
haruslah rindu..nangesaku taip entry ni tau..huuu
Catat Ulasan