Rabu, 9 Mac 2011

luahan hati aku kepada si pembuat jalan dengan engineer serta perbadanan sekali

.

Kehadapan Encik Pembuat Jalan,

.

Masih ingatkah encik pada jalan P18B yang encik buat beberapa bulan lepas? Ala jalan yang Encik ragut kegembiraan dua halanya dengan membina tembok pemisah di antaranya tu? kalau masih ingat eloklah. Kerana selain kegembiraan berdua lebih baik itu sudah tiada ia diganti pula dengan jem yang boleh dikatan semua warga menikmatinya...huh

.

Jalan tersebut kini semakin sempit. Cuba lah encik kaji dulu sebelum buat jalan tu. Mesti tak jadi macam nie. Katakanlah setiap fasa ada 5blok, setiap blog ada 20 tingkat, setiap tingkat ada 20 rumah dan setiap rumah ada 2buah kereta. Tak ke dah jadik 8000 bijik kereta tu? Dengan 8000 kereta yang nak lalu jalan sekecik dan sehala pulak tu, tidakkah menjadikan kesesakan lalulintas di situ wahai encik pembuat jalan??

.

Encik Pembuat Jalan dan Encik Engineer serta Encik perancang bandar ke jalan ke sekali cincailah,

.

Kalau Encik renung-renungkan warga P18 yang comel-comel macam saya ni naik bas ke pejabat di Presint 4 yang tak sejauh mana tu pergi menaiki bas kan susah Encik. Sudahlah kena naik 2 kali bas, sehari dah RM2. Walhal kalau saya bawak kereta baru RM50 sebulan. Tu pon kadang-kadang tak sampai RM50 tau lepas tu dapat pulak saya jimatkan masa tak payah tunggu bas.

.

Bila saya cakap cenggini jangan pulak Encik kata dah tau opis dekat pergi lah jalan kaki. Dekat tak berbaloi Encik, Basah ketiak saya jalan kaki pergi opis tau. Pagi-pagi lagi dah busuk, nanti kena mandi lagi.. Kan dah membazirkan harta kerajaan pulak tu kena mandi dekat opis.

.

Encik perbadanan yang dimuliakan,

.

Saya bersyukur dan berterimakasih sesangat-sangat sebab bagi saya duduk dekat kuarters kerajaan ni. Terima kasih lah yek.

.

Tapi Encik Perbadanan yang dimuliakan, tak cukup dengan parking yang tak banyak lepas tu Ensik Clamp kereta kami tak cukup dengan itu Encik dera brek kereta kami sangkengkan banyaknyer traffic lite dan jugak jem yang berpunca daripada sekolah-sekolah diseberang jalan sempit tersebut dan jugak sebuah pam minyak di pangkalnya.

.

Mintak lah jasa baik Encik-Encik sekalian kaji lah balik. Perlu ke sehalakan jalan dekat situ?Perlu ke letak Traffic lite banyak-banyak? Perlu ke Letak Busstop setiap jalan?

.

Jasamu ku kenang,

.


Sekian..

.


Insan terperangkap di jem.

.

.

.

2 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

hehe...boleh aku 4wardkan ke perbadanan x ni..?aku pn ingt nk buat aduan la..kt tmpt ko byk bustop, kt mah aku tu bustop ade 1, tp kemain jauuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh....

Cik TTK berkata...

silalah..hahahaha
aduan pengguna ni...perbadanan kena tahu sebelum aduan rakyat tv3..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...