Selasa, 1 Mac 2011

RINDU SAMA MEREKA: MAK




Entry RINDU SAMA MEREKA: ABAH tadi aku ade cakap aku rindu dekat mak abah aku kan. Ni sambungan part mak pulak. Maaf kalau menyampah. Sekali lagi aku update sementara aku ingat. Sebab aku pelupa, lalai, leka dan sebagainya.



Sambung cerita tadi. Lepas abah meninggal aku demam seminggu. Jiran-jiran aku cakap, aku kena badi mayat.. Memandai je. Aku pergi klinik doktor cakap demam biasa je. Oh macam nak cili itu mulut kata aku badi mayat, dah nak follow Abah.


Tahun tu memang disaster. Aku memberontak. Aku berhenti sekolah agama sebab ade makcik tu cakap aku sekolah agama daftar pakai duit die. Lepas tu die sibuk ungkit dan gebang keliling kampung cakap ikhlas tolong anak yatim. Tapi riuh sekampung macam ayam bertelur emas gamaknya. Kepada mak cik tersebut, I HATE U!!


Selera pada sekolah menengah pon turut berkurang. Aku sekolah ade lah 2 ke 3 hari seminggu. Dulu masa form 1 sampai form 3 aku amek subjek Bahasa Arab. Berkat selalu tak datang sekolah, time PMR dapat lah aku D untuk Arab. Bijak kan? .


Oh ye.... Lepas abah meninggal form 1 aku dapat masuk sekolah asrama semai bakti, tapi sebab sedara mara semua kata tak yah lah pergi. Kesian dekat mak. Aku pon tak pergi. Lagi pon masa tu aku tak minat nak sekolah. Form 4 aku dapat Sekolah Teknik Perdagangan JB pulak. Sebenarnya aku mohon, Kak Chik hantarkan borang. Dan lagi sekali tak pergi jugak sebab aku nak tinggal dengan mak. Semalas-malas aku sekolah, aku tak bodoh sangat lah. Sikit je.. .


..
Ni gambar mak masa birthday Aqil tahun lepas. Sekali pandang orang tak kan tahu keperitan yang mak lalui. Selama abah ada mak tak pernah kerja. Lepas abah meninggal, mak tanggung semua kepayahan sendiri. Abah meninggal waktu Felda tak de hasil. Aku dengan Bawan masih sekolah. Bamie sakit buah pinggang. Bajib kena tangkap sebab menagih. Dan jugak kesan dari kemuflisan bisnes-bisnes abah yang tak menjadi tu.

. .

Kesian mak. Kena gadai semua barang kemas yang ada. Bil api, bil air selalu tertunggak. Telefon rumah pon sebab selalu sangat dapat awek free lame-lame kena potong terus. Time genting nie yang kerja cuma Bijam sorang. Sebab hari ke 40 abah meninggal, Bamie(Abang No.2) eksiden. Hari ke 44 pulak Bajib (Abang No 1) kena tangkap.

.

.


Sampai sekarang perangai Bajib tak berubah. Kalau nak diceritakan hal die memang buat penat tangan menaip je, sebab banyak sangat kemudaratan dan kesakitan yang dia bagi. Sepatut nyer sebagai anak sulung die jadik tulang belakang mak. Tapi dia lagi beri beban dekat mak dengan perangai dia. Aku rase mesti mak malu sebab jiran-jiran selalu pandang rendah dekat Bajib. Tapi mak selalu pesan dekat kami adik-adik supaya tak buang Bajib kalau dia dah tak ada. Aku memang tak buang die, cuma dah malas nak amek port je hal-hal dia sebab die dah halau aku kan.

.

.


Malas lah cerita pasal Bajib. Berbalik kepada cerita tadi, tak lama lepas abah meninggal Bijam kena berhenti kerja. Tokey tempat die kerja tu Chinese. Dia marah Bijam selalu pergi sembahyang. Die kata Bijam curik tulang. Padahal sembahyang zohor, Asar, Maghrib. Isya'. Die tak suka, die pecat Bijam. Waktu kerja 8 pagi sampai 10 malam memang lah jumpa banyak waktu solat kan.. Tapi dah die tak memahami nak buat macam mana. Tapi tak lama lepas tu Bijam dapat kerja lain. Dekat PTP.

.

.


Kiranya lepas abah meninggal yang biayai persekolahan aku sampai habis sekolah Bijam lah. Adik beradik yang lain pun banyak menolong sampai lah mak dapat tuai hasil kebun kelapa sawit dia. Disebabkan menanggung adik-adik sekolah ni jugak lah Bijam pernah putus cinta. Kesian dia. Aku rasa bersalah sangat, dalam diam aku dah susahkan hidup dia. Bercinta dah bertahun-tahun rupanya, tapi tak pernah die cerita dekat mak. tup2 cerita dah putus cinta dan akak tu dah nak kawen sangat dah.

.

.


Kesian sangat tengok Bijam waktu tu. Eh sambung entry berikutnya lah, dah panjang sangat. hehe


.

3 ulasan:

heart tamimi berkata...

sedih beb T_T
sambung la cpt ea..xsabar nk bace..

PuPeL berkata...

woooooooooooooooi cerita je la apa sambung2 ni penat tau menunggu

Yan berkata...

heart tamimi dan masitah: dah post sambungan nya. enjoy reading! Thanks beb sudi baca kisah hidup aku ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...