Selasa, 1 Mac 2011

RINDU SAMA MEREKA: ABAH

.

.

. .

Hari ni aku teringat dekat mak abah aku. Malam tadi tidur mimpi diorang. Sampai nangis-nangis. Seyes, aku rindu gila dekat diorang. Cepat nyer diorang pergi. Tak puas nak bermanja. Sebab tu aku ni keras hati. Hati batu kata akak aku. Mungkin sebab kurang kasih sayang.*kesian.. Ayat tak leh bla* .

. Aku tak ada gambar arwah abah aku. Aku ade gambo ni jek. Ni masa aku sekolah rendah. kecik lagilah, akak aku pon sekolah lagi time tu.. Akak aku yang paling tunjang tu lah, Yang lain-lain tu kawan-kawan die. Selalu datang masak-masak, jadik nyer jarang sekali. Buat kecah dapur je lebih sebenarnya.

.

..


Abah aku meninggal 26 Februari 2001. Dah sepuluh tahun. Masa tu aku baru form 1. Tengah berlatih lontar peluru dekat padang. Tetibe Bamie (Abang aku No.2) datang. Pastu cikgu panggil aku. Cikgu cakap abah aku meninggal. Aku tengok je muka Bamie. Die diam. Aku tengok muka cikgu. Memang muka bersalah sebab pagi tu dekat sekolah dia kata WAJIB DATANG KECUALI MAK BAPAK AWAK MENINGGAL. Aku cakap abah aku sakit, die kata alasan. Tengok, kan dah meninggal. Aku benci cikgu tu!

.

.


Aku ingat Bamie tipu. Aku harap sangat yang sebenarnya abah suruh Bamie amek aku dekat sekolah. Tapi masa dekat dalam kereta Bamie nangis. Baru aku percaya abah meninggal. Tapi aku tak nangis lagi waktu tu. Sebab tak sampai rumah lagi. Aku tak nampak lagi abah aku. Sampai umah, aku tengok abah aku dah terbujur kaku. Atas tilam menghadap kiblat. Satu badan dah tutup dengan kain batik lepas.

.

.


Aku nak nangis tapi akak datang peluk cakap jangan nangis. Kesian dekat abah. Aku tak jadik nangis lagi. Hati aku sakit, sebak, sebu sebab tak dapat nangis. Kesedihan macam tak lepas. Aku ingat abah kata, abah nak tengok aku berjaya. Nanti dah besar jadi cikgu. Tapi adik jadi PA je bah. Kalau abah ada ni mesti abah frust kan.

.

.


Aku rapat giler dengan abah. Hari-hari tidur bawah ketiak abah. Sambil gentel daging lebih kat ketiak abah. Siap berebut dengan Bawan ( Abang aku no. 5). Tapi Bawan tak selalu dengan abah, die lagi rapat dengan mak. Sebab die 'anak mak". Selalu aku pergi sekolah pon abah yang teman. Tunggu aku sampai naik bas. Masa ada abah, aku memang rapat dengan abah. Abah pon panggil aku "anak abah". Akak pon rapat dengan abah, lagi rapat dari aku. Abah panggil die "ayang abah".

.

.


Masa aku kecik-kecik mak garang giler. Sebab tu tak rapat dengan mak. Lepas tu kalau pergi bandar dengan mak dapat air kotak je. Kalau pergi dengan abah dapat aiskrem. Mak kedekut. Tapi sekarang ni aku tau lah mak sebenarnnya penjimat. die suka simpan duit. Sebab keluarga kami bukan senang. Walaupun abah ketua kampung.

.

.


Dulu ada abah syarikat hartanah, CHERISH & PULLCORP. Tapi kena tipu dengan share partner dia. Orang pon suka pinjam duit dekat abah lepas tu tak pulang. Lepas tu abah bankrup. Sampai sakit abah. Ingat lagi masa abah kena sakit jantung. Semua pasal si partner die yang tak mengenang budi tu. Aku ingat name die, Pak Cik Seman dengan Pak Dollah. Masa mula-mula kerja dengan abah bawak Honda 70 je, tapi lepas die menggelapkan duit abah die pakai Kembara. Siap kawen dengan secretary abah lagi. Itu Cik Seman lah. Benci giler aku dekat die, dengan bini die sekali aku benci.

.

.


Banyak lagi cerita pasal abah aku. Tapi aku cerita lain kalilah. Tadi dah cerita dekat Anne, so nak taip dah malas. Nanti-nanti aku sambung. Cerita pasal mak pon entry yang lain, nak cerita dekat sini dah panjang sangat dah. Tak enak dibaca.

.

.


Satu je pesan aku selagi mak abah korang ada lagi. Sayangi lah mereka. Hargailah mereka. Mak abah ni salah satu nikmat yang dikurniakan ALLAH s.w.t. Jagalah hati mereka, jangan berkata dan sakiti hati mereka hatta dengan sependek perkataan "ah!" sekali pun. Ingat mereka selalu walaupun dah tak ada.

.

.

.




Nota:

1) Aku cerita bukan nak kan simpati, tapi untuk mengingatkan diri aku yang aku punya mak abah.

2) Selalu bila nampak makcik- makcik / Pakcik-Pakcik aku macam nak peluk je sebab aku dah lama tak peluk orang yang LAYAK dipanggil mak dan abah.

3) Rindu yang tak terhapus. Al-Fatihah untuk mak dan abah. Semoga bahagia "disana".

.

.

8 ulasan:

zal88 berkata...

al-fatihah yan...
tu je yg mmpu ak ckp...
sdih mmg sdih kn...
byk2 kn brdoa utk mreka n sdkh kn yasin n alfatihah byk2...
smoga mreka dicucuri rhmat n dtmptkn di glongn org2 yg briman

Unknown berkata...

AL FATIHAH
aop sop sedih sedih
nanti sambung g ye

p/s : aku panggil arwah ayah aku "ah"
tapi tu memang panggilan kami bukan nak derhaka..huhu

Cik TTK berkata...

Leha: Thanks yang..

Mas: Thanks. Kalau dah memang nama panggilan takpe lah, ko ni pong..

Harus aku sambung. Dah tu aku nak luahkan dekat sape kalau tak dekat belog terchenta nie..hehe

Ifa berkata...

alfatihah... hope kau tabah ok.. aku doakan smoga kau dpt jumpa mak abah kau kat syurga nnti.. =)

Cik TTK berkata...

efa:thanks dear..aku harap aku jd anak yang mengikut mak abh aku ke syurga,atau anak yg memandang mak abh ke syurga tp bukan anak yg mengheret kaki mak abah aku menahan die dari msuk syurga atas dosa2 aku..nauzubillah..

Lovely Fieyza berkata...

alfatihah..
siyes yan.. ngs aku baca entry kau nih.. tp ngs cover2 la.. sabo yer..

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

al-fatihah....
byk2 b'sabar ea yan...aku tw ko tabah dlm hadapi semua ni...aku doakan mereka di tempatkan dgn org yg beriman...n moga ko akan dpt kasih syg dr mak abah mertua ke ea..

Cik TTK berkata...

fiza: ko buat aku tak nak post cerita berikutnya.. Cian ko..huuu

Timah: tu lah nak menumpang kasih dekat mak ayah mentua. Kena carik yang bukan yatim piatu lah nampak nyer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...