Selasa, 2 Ogos 2011

Mimpi semalam..

Semalam untuk ke tiga kalinya aku mimpi mak datang rumah aku.. Aku bangun-bangun tidur die tengah kemas-kemas rumah aku.. Die bentangkan carpet dekat ruang tamu.. Sepenuh-penuh rumah..

Pelik tengok mak yang asyik membentang carpet. Aku tanya mak, kenapa mak bentang carpet ni banyak-banyak mak? Mak kata, nak bagi ceria sikit rumah kau nie. Baru sekejap mak tak ada rumah dah macam ape dah. Kemas lah dik, nanti kalau orang datang kita tak malu.

Ni ayat biasa je tiap kali mak suruh kemas rumah dulu.. Tapi aku pelik sebab beriya-iya membentang carpet, lagak macam nak buat kenduri je.. Aku tanya balik, sapa yang nak datang mak?

Lepas mak senyum aku terus terjaga.  Mimpi macam ni dah 3 kali. Mimpi yang lebih kurang sama. Semuanya ada carpet. Jodoh aku dengan tokey carpet ke?hehe

Setiap kali mimpi mak, aku mesti cuba nak sambung balik mimpi tu tapi tak pernah berjaya. Aku kerahkan otak aku nak mengingat setiap gerak geri dan tutur kata mak, aku cuba pindahkan ke pemikiran visual aku supaya aku dapat mimpi yang jelas dan nyata.

Aku bukan bodoh nak mereka-reka mimpi, tapi sebab dalam keadaan sedar aku dah kehilangan die, aku mengharap aku dapat peluk die walau cuma dalam mimpi. 

Ingat lagi ahad lepas masa pergi ke pusara mak dan abah, akak ada cakap satu ayat ni yang aku akan ingat sampai bila-bila dan aku harap korang pon akan ingat jugak,

"Hanya rasa kehilangan yang buat kita menghargai"

Fikir-fikirkan..Assalamualaikum..

9 ulasan:

Unknown berkata...

sop sop..kau dah buat kenduri arwah tak sebelum puasa hari tu. kadang2 mimpi jumpa mak/ayah dah meninggal ni petanda tau

Hustler berkata...

Aku suka ayat last tuh. Nak pInjam Boleh?? Ngeee~~~

piEja berkata...

ni aku tlg ko tafsirkan mimpi ko tu..

Bermimpi sedang menyapu atau membersihkan permadani. Artinya, akan mendapatkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

ni aku carik dlm internet, bkn reka2 tau..hehe...

Cik TTK berkata...

mas: dah..kitorang buat adik beradik je tapi, pastu anto mesejid..

mawi:haaa pinjam lah, sharing is caring kan..:)

pieja: tapi saya belum berkahwin lah kakak..cmne nie?haihhh

piEja berkata...

maksudnya, kawen cepat2 nnti ko bahagia...

Cik TTK berkata...

mintak2 macam tu lah..aminnnnnn

My nama is Mija berkata...

pija dh tolong tafsirkan tue...suka lah tue..korang ni gatal sungguh..apa pun pikir pasal kawin..sebenarnya tafsiran mimpi ko adalah kemaskan rumah jiran blok sebelah..tingkat 8..sebab rumah jiran tue dh teruk sgt kotornya...

piEja berkata...

mija, adik ko ni dpt tuka 15hb ni...aku sedih ni..sedih ni!!

Cik TTK berkata...

mija:kemaskan..?boleh3 tade hal..hehehe

pieja: selamat tinggal kawan aku, tak mudah aku pergi, bila wajahmu sentiasa di hati ini..uuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...