Khamis, 4 Ogos 2011

Jantung Tersumbat

Dalam istilah perubatan penyakit saluran koronari tersumbat dipanggil Atherosclerosis iaitu terdapatnya plak-pak berwarna kuning didalam lapisan dalam saluran darah yang terbentuk dari kolesterol atau lemak. Akibatnya saluran koronari menjadi sempit atau tersumbat menyebabkan darah beroksigen tidak akan sampai ke jantung. Serangan sakit dada berulangan boleh juga dirawat dengan pengambilan ubatan untuk mencairkan kolesterol dalam saluran darah jika keadaan tidak serius. Jika kaedah ubatan tidak berkesan, pembedahan masih lagi boleh dielakkan dengan satu kaedah yang dipanggil Angioplasti Balon. Keadaan saluran darah koronari yang menyempit dengan lemak dan kolesterol yang menghadkan pengaliran darah beroksigen ke jantung disebut atheroma boleh dipulihkan dengan memasukkan balon melalui kateter dan balon ini dikembangkan di dalam saluran koronari di jantung bagi membolehkan saluran ini membesar dan darah dapat mengalir secukupnya ke jantung. Dalam keadaan ini pesakit tidak perlu dibedah, cuma kateter dimasukkan ke jantung melalui saluran arteri dibahagian celah kelangkang.


Dah baca nie aku jadik takut lah..  Kisahnya macam nie, semalam masa aku tengah membeli belah untuk masak juadah berbuka puasa tiba-tiba dapat panggilan dari akak.. Sebab tangan penuh dengan barang dan que panjang pulak time nak bayar tu, aku ignore je lah..

Sampai2 je dekat rumah ada 5 mesej dan satu misscalled. Abang-abang n akak aku lah yang bagi mesej tu. Diorang nak sampaikan berita yang abang aku yang sulung, Bajib sakit jantung. Semalam dah masuk hospital dah.

Terduduk kejap lah aku. Aku tak tau nak buat ape. Perlu ke aku balik? Semalam baru hari rabu kan, maksudnya kalau aku balik semalam aku kena amek cuti 2 hari. Next week aku nak cuti lagi. Aku tepon akak untuk tanya pendapat die.

Die kata, hari ni die akan pergi Hospital Kota Tinggi melawat abang aku tu, tengok dulu macam mana keadaan die. Agak-agak kritikal, aku kena baliklah.

Keadaan-keadaan macam nie lah yang buat hati aku makin kuat dan tekad dengan keputusan aku. Keputusan yang aku ambil nak balik Johor memang tepat. Aku tak suka dengan keadaan yang mencemaskan macam nie.

Ya ALLAH, selamatkan lah abang aku.. Lindungilah keluarga aku dari bencana. Aminnnn




5 ulasan:

Pupel Liyana berkata...

semoga semuanya ok.tabahkan hati tu

Pupel Liyana berkata...

semoga semuanya ok.tabahkan hati tu

Cik TTK berkata...

tu lah mintak2 ok lah..aku nebes lak tunggu result abang aku petang nie..

semalam dah msuk ubat cairkan darah, hari ni result die..

LiaNa YuSoF berkata...

Semoga Allah melindungi keluarga anda...

Cik TTK berkata...

macih lili...

alhamdulillah abang aku dah discharge dari hospital br nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...