Jumaat, 19 Ogos 2011

Kita kena bertanggungjawap dengan setiap keputusan yang kita ambil.Setuju?

Aku dah pernah kata keputusan aku nak balik Johor adalah satu keputusan besar yang aku pernah buat dalam hidup aku setakat nie selain dari memberontak nak beli kereta dulu tu..hehe

Dekat sana dulu dah selesa, dah ramai yang dikenali, dah macam keluarga.  Kerja walaupun banyak tekanan nak kejar deadline lah, nak kena ngadap orang nie, orang tu tapi bekerja dengan gumbira dan suka hati.Lari sana, lari sini.Gelak macam setan, gos-gos lah dan macam-macam lagik.

Tapi bila dekat sini? Bukan tak gembira, cuma belum biasa. Untuk 5 hari pertama nie, aku selesalah jugak dekat sini tapi aku rindu lah dekat kawan-kawan dekat sana.

3 Tahun aku bekerja dengan sempoinya, sekarang aku kena bekerja dengan formal pulak. Aku kena korek balik contoh-contoh karangan time SPM dulu, ayat-ayat bapak formal yang aku guna masa buat surat rasmi dulu tu memang kena lah aku ingat-ingat balik. Kalau tak ingat jugak, weekend ni kenalah balik kampung carik buku  karangan tu..Kalau ade lagi, kalau non hado? beli lah jawabnya..hehe.

Tak kan lah sampai kesitu kot,tapi sini memang FORMALITI die sangat tinggi yek.. Ayat sangat berkalis-kalis.. Takleh ketawa, takleh bergurau dengan sebarang orang.. Adakah memang tak mesra atau belum lagi?Bayangkan aku dah lah giler, sesape je aku tegur.. Tiba dekat sini aku jadik LEBIH SENYAP DARI BIASA.-->macam taggline pulak..haha

 Tapi takpe, mungkin aku baru sangat-sangat lagi. Ramai lagi orang yang aku tak kenal, dan ramai lagi orang yang tak kenal aku.Adat orang baru, kenalah hormat lebih-lebih pada yang senior.. Aku akan cuba jadi se-humble yang mungkin sebab kepercayaan tu kan datang ada masanyaa. Ada timeline die. Sekarang musim kenal mengenal..kalau orang mengandung tu kan ni tengah muntah-muntah lah, tengah morning sickness..Sedangkan orang dapat anak, dapat rezeki macam tu pon kena sakit dulu baru senang kan..Apatah lagi aku.. bak kata pepatah, berkayuh-kayuh ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..(kalau salah mahap lah, aku tak ingat)

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikum.w.b.t.


4 ulasan:

Lovely Fieyza berkata...

aku setuju sangat2.. bile orang cakap macam2 pasal aku pindah ni.. aku diam jer.. kita dah buat keputusan.. baik buruk kita yg tgg.. so kuatkan smgt jer la.. yg penting happy ngan family n skandal2 i.. hoho..

Cik TTK berkata...

skandal2 yek..takleh bla..hahaha...tulah semoga aku tak rasa menyesal dengan keputusan aku nie..

piEja berkata...

perkara yg paling baik ialah dekat dgn keluarga..komfem takkan mnyesal punyelah.. :)

Cik TTK berkata...

yeayyy...terima kasih kerana menyokong sayek!!(",)V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...