Isnin, 7 Mei 2012

Mimpi...

Kelmarin aku ada mimpi dapat peluk mak.  Bila aku cerita dekat akak, akak gelak kan je..cisss

Macam ni mimpi aku yek.. Lokasi dekat kampung, suasana macam  masa aku sekolah menengah  gitu.. Masa-masa tengah rajin riki-riki keliling kampung naik moto..

Tengah jenjalan tu tetiba macam nampak mak lari.. Eh betul ke mak aku ni? kata aku dalam hati lah.. Aku kejar kejar kejar sambil panggil-panggil mak aku.. Sampai nangis-nangis lah kan sebab maka ku tak toleh pon..

Tak putus asa ni aku kejaaaaarrr sampai dapat.. Eh mak ade je duduk dekat rumah die.. Apesal aku tak perasan? Pastu tanya mak, "mak, bukan mak dah takde ke?apa mak buat dekat sini?"

jeng jeng jeng.!!! tau mak aku jawap ape?

Tak jawap pon!

Pastu atuk aka mak kepada bapak tiri aku cakap, "pak tiri ko tu tak bagi mak ko balik ke rumah korang lagi.. Tak bagi jumpa ngn korang ni semua lagi. Sebab tu die palsukan kematian mak ko supaya ko tak carik mak ko ni lagi..tetiba ko jumpa lak.."

Kompius aku dengan penerangan atuk aku tu.. Dah la tetibe muncul..ajaib..ajaib..

Pastu dengan tak menghiraukan keadaan sekeliling, aku peluk mak aku.. mak aku elak lak ai.. tapi dapat peluk jugak lah kan..

Aku tersedar sebab terkejut dengan suara sendiri yang menjerit panggil "mak! mak!".. Dengan suara sendiri pon terkejut kan, walhal suara aku merdu je..hehe

Dah sedar tu tengok jam baru kul 5.15 pagi.. terus sedekahkan Al-Fatihah untuk mak dan abah..

Al-Fatihah untuk ibu bapaku Sarbin bin Sarpan dan Badriah binti Sumadi, Ampunilah segala dosa-dosa ibubapaku, kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil...Amin..

4 ulasan:

Unknown berkata...

yan, kata mak aku kalau kita mimpi orang tu tak bercakap.. maknanya tu betul orang tu datang kat kita. nanti jalan lupa buat majlis yassin dan tahlil ye. haritu ada buat tak? kadang2 dia datang dalam mimpi untuk mengingatkan kita.

Cik TTK berkata...

kitorang rajin je buat adik beradik..n kadang2 hantar dekat masjid..

aku rasa makaku nak jengah aku lah..walau peluk dalam mimpi tapi cukup utk ubat sikit kerinduan..:)

piEja berkata...

windu kat mak yan jugak...

Cik TTK berkata...

dah takde dah kak orang nyer..cam tak caye je kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...