Khamis, 17 Mei 2012

Hari-hari terakhir berusia muda..

Hari ni 17 Mei 2012..  24 tahun lepas pada tarikh ni mak aku tengah  makan ketupat di pagi hari..  17 Mei 1988 adalah bersamaan dengan 1 syawal.. Petang-petangnye masih lagi melayan tetamu datang berhari raya.. Mak kata tahun ni memang tak balik beraya dekat kampung sebab tengah sarat mengandungkan aku..

Malam 17 Mei 1988 mak dah tumpah darah.. Istilah mak aku, beranakkan aku ni kembar darah.. Kata mak, kembar darah lagi sakit dari kembar air.. Tapi mak tak rasa pape.. yang paling panik masa tu abang-abang dengan akak aku.. Yelah ingat mak ni kenapa lah kan..luka ke ape ni banyak sangat darahnye..

Malam tu abah panggil Wak Misro. Masa tu Wak Misro ni antara beberapa orang dekat kampung aku yang ade kereta.. Yelah kan tahun 1988.. Dekat Felda pulak tu.. Rata-rata orang felda ni kan orang susa. Datang dari kampung. Kalau dekat kampung aku tu ko tanya asal mana, Muar. Asal mana? Batu pahat. Asal mana? Pontian. Benut. Pastu pusing balik.. Memang rata-rata dari situ-situ je lah..Muar, Batu Pahat. Ade yang satu sekolah masa muda-muda. Dah macam sedara mara lah. Tapi tu masa ade mak abah. mak abah dah takde ni, entah ade yang kenal aku ke tak..Aku pon tak tau..

Malam tu abah hantar mak pergi hospital naik kereta Wak Misro.. Haruslah Wak Misro yang drive. Abah pandai bawak moto je..  Ade jugak jumpa gambo abah melaram bergambo macam tengah bawak bas, bila tanya "abah bawak bas betul-betul ke ni?", sambil senyum die jawap" Tak lah, abah eksen je.."

Sampai dekat Hospital Kota Tinggi, Mak tak mau bersalin jugak.. Pastu tak tau lah pasal ape, kena bawak ke Hospital Sultanah Aminah. Hospital besar la. Mak kata, orang yang masuk saing-saing dengan mak semua dah bersalin tapi mak tak bersalin-salin lagik.. Mak jalan jalan jalan jalan keliling wad tu.. Ulang alik berkali-kali sampai la ade rase nak bersalin tu. mak terus panggil nurse..

masuk-masuk je dalam dewan bersalin terus plup! Aku keluar.. Mak kata, antara 6 orang anak die semua aku paling lambat nak keluar tapi paling senang nak bersalin. Lepas tu pemalas. haha.. Mak ingat aku bisu sebab lepas bersalin tu nurse tepuk-tepuk bontot aku tak nangis-nangis sampai nurse tu cakap, anak puan mungkin bisu.

Mak dah nangis dah.. Sekali datang doktor tu die tonggengkan aku pastu tepuk lagi bontot aku kuat sikit lah kot, terus aku menangis.. Mesti mak aku rasa suara aku lah suara baby paling merdu dalam dunia time tu kan..hehe.. Aku lahir pukul 2.47 pagi 18 Mei 1988. Berat aku 3.67kg.. Semangat kan.. Tengok lah badan aku sekarang..hehehe

Petang 18 Mei tu jugak mak keluar spital.. Abang aku yang sulung tak mau pegang aku sebab tak comel kata die..sedih kan?

Akak aku kata, dulu  masa kecik-kecik aku takde batang idung.. Pastu abah urut hidung aku hari-hari tu yang ade batang hidung skg ni.. Tu pon kembang jugak..

Aku nyirapppp je ngn diorang ni.. Mentang-mentang mak abah dah takde aku nak tanya kesahihannye. Memain je eh..ish!

Kalau mak abah ade lagi aku nak peluk diorang nak ucap terima kasih sebab dah bawak aku ke dunia ni. Terima kasih mak sebab buatkan nestum setiap pagi sebelum adik pergi sekolah.  Terima kasih abah teman adik belajar malam-malam. Terima kasih mak abah sebab amik adik balik tuisyen malam walaupun jalan kaki. Terima kasih mak! Terima kasih abah!

Esok aku akan berusia 24 tahun.. Aku harap, aku akan lebih matang, tabah dan kuat dalam menangani semua masalah duniawi. Bila aku rasa aku down je aku selalu cakap dekat diri aku, aku kuat!aku kuat! aku boleh!aku boleh!

Selamat ulang tahun kelahiran ROZIANA BINTI SARBIN..


7 ulasan:

LiaNa YuSoF berkata...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Roziana binti Sarbin...
Allah selamatkan kamu.......
hehehe..

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, hidup diberkati dan... semoga kenduri kahwin ko nanti berjalan dengan lancar... (^_^)

Cik TTK berkata...

amin...amin..amin...terima kasih wahai kawan..

Pupel Liyana berkata...

selamat pengantin baru. hahaa

Cik TTK berkata...

hoi!lambat lagi la ngok!
hahahaha

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

hepi besday yan...tua sudah..boleh kawen sudah...

piEja berkata...

kelas kau jah..pagi2 minum nestum..aku pagi2 minum air kosong je tau!!!

Cik TTK berkata...

timah:yea baiklah jom kawen jom!hahaha

pieja: haruslah..mak i kan supermak!hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...