Khamis, 24 Februari 2011

Malaysia Vs Pakistan

(Harian Metro hari ni kata HANYA DUA GOL. Bukan hanyalah yang, cuba cakap dah dua gol bekal ke Pakistan nanti. Barulah rasa dihargai. "Hanya" dekat situ macam looser je. Tak sesuai.)

Malam tadi dengan bangge update status dekat Fb nak tidur.. Memang tak perasan semalam aku update status nak tidur sampai 2 kali sehari.. Tenyata aku memang kuat tidur.. Tak boleh disangkal lagi.


Tapi bila akak aku komen, "tak tengok bola ke? Malaysia lawan Pakistan. Fahmi jadi kapten tau". Ok terus tak jadi tidur. Buka RTM1, tengok dah separuh masa kedua pon. Menci tau. Padahal dah baca Metro semalam pasal game ni.

(Gambar hiasan dari Encik GOOGLE)


Jadi nya aku tengok 45 minit + 5 minit waktu kecederaan tu SAHAJA. Tapi itu sudah cukup buat aku sakitttttttttt hati. Drama gila kot pemain-pemain Pakistan nie. Tersentuh sikit, jatuh. Berlaga bertiga, tengah-tengah player Malaysia tapi si dua hekor kanan kiri ni tumbang. Berlakon tumbang tu pulak memang nampak sangat nak melengah-lengahkan masa.

Lagi DRAMA DRAMA DRAMA bila petugas kesihatan dia ni datang berlari macam pemain dia dah nak mati. WADEPAK ar. Berlakon gila kot. Si pemain yang tumbang tu pulak masa pemain Malaysia menghulurkan tangan nak sambut die jatuh tu memang tak bergerak konon-konon pengsan! Seyes meluat siot....

Helloooo! Tengah berlakon muvie bolywood ke baiya? Awat drama sangat hang ni????

Walaupun begitu banyak drama yang terhasil, Malaysia tetap dapat mempertahankan teluuu si Pakistan tu. Memang Malaysia lebih banyak menyerang! Bertalu-talu si penjaga gawang pakistan diuji, diuji dan diuji. Banyak jugak percubaan-percubaan Fakhri yang tersasar. Tapi tak pe, Malaysia tetap de bomb! Dan keeper Pakistan pon tak melepaskan peluang buat drama sebabak berbabak-babak. Nyampah mak!

Sehebat mana pon lakonan kau wahai pemain-pemain Pakistan, Pemain-Pemain Malaysia LAGI HEBAT!! 2 untuk Malaysia, dan KOSONG (0) untuk Pakistan! SYABAS Malaysia!! Teruskan prestasi baik. Kekalkan prestasi ketika bertandang di Pakistan nanti.wink*;)


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...