Selasa, 22 Februari 2011

BENGANG

.

.

Apehal tajuk entry macam nak carik gaduh je ni kan? Bulan mengambang ke hape? Baca betul-batul tau.. Bengang bukan BANGANG yek..

.

.

Secara kasar bengang ade dua jenis. Bengang satu malu. Bengang dua marah. Ni nak cerita kedua-dua kejadian bengang yang jadik dekat aku hari ni..


.

.

.

BENGANG SATU

.

.

Hari ni Athasha nak hantar betulkan tayar kereta. Dia mintak tolong aku. Actually pagi tadi kitorang dah pergi tapi kedai tu tak bukak lagi, so lunch tadi ni pergi lagi sekali. Kereta die dah park siap-siap dekat sana, tinggal hantar kunci je lah.

.

.

Disebabkan hari ni surat aku melangit, berkurun lah aku pergi rekod surat keluar dekat tempat yang berkaitan dengan tempat Tasha tu ha. Duk buat surat tu sampat nak dekat ke pukul 1. So dah siap tu aku ajak je lah sekali si Tasha pergi tempat aku amek kunci kereta dan beg duit.

.

.

Walaupun tempat aku ni dekat dengan pintu keluar dan lift tapi si Tasah ni takmo pulak masuk.. Die tunggu dekat luar je.. Bile aku keluar nampak lift dah merah, dah siap-siap tekan button nak turun tu. Dengan lantang aku jerit "Aku nak kencing!".. Sekali aku tengok Tasah dengan Big Boss lak dekat lift tu..aw..aw..aw..Bengangnyerrrrrr......wuuuuu macam nak bungkus muka dengan plastik bag..huuuu

.

.

.

BENGANG DUA

.

.

Masa hantar kereta Tasha tadi ade lah sorang budak lelaki yang keje dekat situ tu mintak lah Si Tasha ni isi form. Pastu dah setuju nak hamek kereta petang ni, tapi papehal die akan telefon dulu lah nak cakap dah siap ke belum ke dah boleh hamek ke idak kan.. Kitorang pon ok lah, pastu balik opis.

.

.

Lepas je 2 kali traffic lite ade minah ni tepon. Die suruh hamek kereta sebab spare part tak ade. Spare part sampai esok sebab die tunggu punyer tunggu si Tasha si semalam tapi tak datang. Tapi kan, dah si kedai ni punyer kesalahan lebih tepat kalau aku cakap kelalaian tak kan kite yang kena tanggung??

.

.

Nak lagi clear, aku citer sikit. Jumaat lepas si Tasha ni datang KEDAI TAYAR P16, untuk silang tayar. Budak-budak dekat situ buat main-main sampai skru dekat tayar tu loose satu. Tapi si tokey kedai ni macam tak nak bertanggung jawap siap sound Tasha, yang awak ni nak cross tayar ni sebab ape?

.

.

Helloooo....Tak kan ko nak cakap yang kalau Tasha ni tak silang tayar maka skru tu tak kan rosak lah? Padahal kalau ade customer datang, haruslah ko dapat duit kan.. Tapi kenapa pekerja ko yang buat silap, ko marah customer tu datang? Kenapa ko tak marah pekerja ko yang buat silap tu? WADEPAK?

..

..

Tak heran aku dengar cerita si Tasha ni tadi. Kembang-kembang hidung die cerita sebab bengang sangat dengan si tokey ni. Kelmarin masa kitorang pergi KEDAI TAYAR TU ni masa tayar kereta aku bocor tu, bebudak die buat main-main jugak. Die bukak-bukak skru tayar kereta aku tu sikit lagi nak masuk lubang tau. Main campak-campak je.. Nampak sangat tak ikhlas kerje. Bos tak bagi bonus lah tu. Nasib baik I cool sebab die bagi diskaun..

.

.

Lepas je pusingan maut sebab nak hamek balik kereta kan, sampai je dekat kedai tersebut.. Apakah? Tayar dah pocot, tapi kenapa suruh hamek kereta nye? Bile cakap dengan budak lelaki ni die kate, tinggal je lah kak. Amek esok je lah.. Bile carik budak perempuan yang kol suruh hamek kereta tadi tak ade pulak.. Memain betul. Luar cakap lain, dalam cakap lain. Makin bengang aku di buatnyer. Aku tukang teman pon bengang, Tasha apatah lagi kan..

.

.

.

Kesimpulan yang aku dapat untuk pengajaran hari ini:

1)Jangan jerit nak kencing kuat-kuat, tapi cakap nak pergi tandas!

2)Jangan hantar kereta dekat KEDAI TAYAR TU lagik! Servis macam haremmmm.. Tak nak kawan!

.

.

.

2 ulasan:

piEja berkata...

tu lah sebab kalo nk g betolkan ape2 yg berkaitan dengan kete, sila bawa sang jejaka ye.....?sbb org kedai ni selalu beranggapan pmpuan ni senang je nak buli kalo ape2 hal pn... huh!! benci penindasan!!

Cik TTK berkata...

tu lah..nak bawak sape kami berdua kan anak yatim piatu yang single mingle.orang nak betulkan kete bawak tasah, tasah betulkan kete bawak sayek..sedih kan..sob3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...