Isnin, 27 Disember 2010

ARTIKEL MAMPU



TINJAUAN KE ATAS AMALAN SENYUM DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM Senyuman merupakan permulaan bagi mewujudkan hubungan yang positif di antara penjawat awam dan pelanggan di dalam memberikan perkhidmatan. Ia boleh menyampaikan mesej kemesraan dan keceriaan. Amalan senyum semasa menyampaikan perkhidmatan bertujuan untuk memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan memberi kepuasan dan kesan positif yang mendalam kepada pelanggan.

Semua Kementerian/Jabatan/Agensi khususnya dalam kalangan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perkhidmatan kaunter dan yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara disaran mengambil inisiatif untuk meningkatkan amalan senyum semasa menyampaikan perkhidmatan. Pada pandangan anda, petugas-petugas kaunter agensi Kerajaan mengamalkan budaya senyum semasa menyampaikan perkhidmatan.

Pada pandangan anda adakah warga kerja sektor awam secara keseluruhan memberikan senyuman semasa menyampaikan perkhidmatan.

2 ulasan:

PuPeL berkata...

kurangla..muke bongek ada lah

Yan berkata...

tu ar..perlu di ubah nie..ish2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...