Jumaat, 22 Februari 2013

Bahagia itu memerlukan pengorbanan 2.0

Ini adalah entry sambungan dari  SINI..

Masitah tanya aku, kenapa nak emo2 dapat pon belum lagi. Thats fact. Sebagai isteri, tergamak ke nak duduk jauh2 dari suami..mengenangkan kemungkinan yang bakal berlaku, siapa yang tak sedih.

Semalam sebelum pergi suami ada tanya, "ayang restu tak abang pergi interview ni?ayang doakan kejayaan abang tak?".. 

Isteri mana yang tak nak tengok suami kembangkan kerjaya, walaupun peluang yang ada baru sekecil cuma, aku tetap sokong. jadi, aku jawap.. " Ayang doakan kejayaan abang, bukan restu tapi pasrah.."

Walau dalam apa jua keadaan pon aku tak akan halang die nak tingkatkan diri die, demi keluarga, demi aku jugak. Aku dapat positifkan diri aku dekat situ. Aku tau die buat semua ni untuk masa depan, untuk aku.

 Die dan kerjanya aada peluang nak pergi jauh, aku memang dah malas nak belajar dah,,duduk takuk ni jugak..aku tak akan nak heret die jadik perangai pemalas macam aku ni kan..tak bagus begitu..

Jadi semalam, aku tetap semangat menghantar suami ke tempat interview bersama seorang lagi wanita kesayangan beliau. Mama.

Selepas melalui beberapa stage, mungkin rezeki kami tiada. Suami kandas ke stage akhir. 

Dengarkan butir demi butir kata yang keluar dari mulut die tentang sesi-sesi temuduga tu, aku rasa bersyukur sangat die tak dapat. Kalau dapat, macam mana aku nak hidup dengan suami 2 bulan kerja dekat laut and 2 minggu cuti?tak hidup la aku camtu..

Kelmarin aku dah korbankan perasaan aku ni dan aku tetap teruskan bagi semangat dekat suami untuk pergi interview yang sejauh lebih 300 km dari rumah nie..Kali ni mungkin giliran suami..

sekian~~

5 ulasan:

한나Zakharshi berkata...

amboi mention nama aku..
tuhan tahu apa yang terbaik buat umatnye..insyaallah..

bLaCk Roses berkata...

yan..yan soy....akk nakg johor ni... 3hari.....nak masuk legoland, uss dangan danga bay pearl habour...... 7-9hb mac ni.... meh lah jumpe....

LiaNa YuSoF berkata...

macam maklang aku..

paklang aku kerja kat laut.. sekarang tengah kerja.. lagi 3 bulan baru balik.. maklang aku tengah pregnant 6 bulan.. harap2 paklang balik sebelum maklang bersalin.. huhuhu... eh, tetiba citer pasal maksedara aku pulak.. hehehe..

Cik TTK berkata...

mas: betul la..ko buat aku sentap tau..hahaha

kak ana: boleh je nak masuk legoland i ade annual pass, anytime boleh..roger je..in shaa allah kalau takde pape aral, iols datang..hehehe

lily: tu yg aku takmo tu..aku ni da la xde mak bapak, haruslah nak manje ngn laki kan..kalau g sekali je takpela kot, ni kalo bertahun keje situ berkali2..anak pon tak kenal bapak tau..takmo takmo

piEja berkata...

bace blog ko ni mulalah aku rs sedih..tp lepas bace kak ana komen nak g legoland n ade pulak si budak belagak ade annual pass legoland tu teros rs nak cakap gini...AMBOI3...TAKDE SIKIT PN NAK AJAK AKU KAN....?hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...