Selasa, 5 Februari 2013

Rindu~

Rindu dekat mak abah.. Sebenarnya rindu dekat mak lagi ketara dari rindu dekat abah.. Tapi akhir2 ni, pelik je perasaan ni.

 masa kecik2 memang rapat sangat dengan abah, tapi sejak abah pergi banyak benda yang aku lupa kan pasal abah. Semua sebab aku terlalu sedih abah takde, hari2 nangis dan hari2 pandang mak nangis. Jadi, cuba kuat untuk mak.

Dulu lepas abah pergi aku deman panas, seminggu tak g sekolah.. Lengkap dengan badi mayat sekali aku kena. tapi alhamdulillah tak teruk. 

Masa abah pergi, aku tengok sorang2 adik beradik aku nangis. mak pon nangis. mak paling kerap. nangis dekat pintu dapur ke luar rumah.. Menghadap pokok-pokok kt belakang rumah tu mak nangis.. Pernah jugak nampak mak duduk termenung dekat pangkin bawah pokok manggis belakang rumah aku tu.. Die menangis lagi.

Aku kerap tengok mak menangis, aku  jadik kesian dekat mak. Aku tekad tak nak menangis lagi. jadi, aku lupakan memori tentang abah. banyak yang aku lupa. Baaaaannyakk. Baju abah yang aku genggam, aku peluk dan cium setiap malam aku buang jauh2..aku sorokkan dekat tempat yang aku sendiri dah tak ingat pon sekarang nie.Semua sebab mak.

Makin lama, memori tentang abah berkubur macam tu je. Kadang2 ada jugak yang perkara2 yg buat aku ingat dekat abah. 

Pernah aku ikut Mira balik rumah die dekat Mersing tu, 3 malam dekat sana. Aku cemburu sebenarnya tengok keluarga die, happy je..Bila maghrib, mak abah die kalangkabut la suruh tutup tingkap, suruh mandi, matikan tv dan solat berjemaah. 

Cemburu. Sebab itu yang selalu abah buat dulu. Tapi waktu tu, aku kecik lagi. Abah pergi pon masa aku baru je naik tingkatan 1.Dapat la banggakan abah sekejap dengan 4A yg aku dapat dlm UPSR..Time tu 4A dah pandai sangat, tapi aku tak kemana pon, pergi sekolah harian biasa jugak.

Pukul 6 abah dah start tutup tingkap dan panggil sorang-sorang anak abah masuk mandi dan siap-siap untuk solat maghrib dan isya' berjemaah. Selalu ada yang mengelat, kalau tak aku, bawan.kalau tak bawan, aku pulak yang mengelat. Mengelat macam mana? time tu lah nak makan, time tu lah nak bukak buku sekolah.. semua sebab abah baca doa lepas sembahyang tu panjang..panjaaaaaaaaaaaaaang sangat. tak tipu.

kadang abah solat berjemaat  berdua je dengan mak. Abah tak cakap pape, mak yang akan dapatkan kitorang. kemudian disekolahkan. masa tu memang pedih, tapi sekarang ni, RINDU.

setiap kali aku tengok adik ipar aku yang perempuan tu bermanja dengan ayah nya (PIL aku) aku teringat dekat abah. Bukan perwatakan ayah mertua aku dan abah aku sama, tak. Ayah seorang yang garang dan tegas. Abah pulak lebih lembut dan banyak menasihat. Abah tak pernah marah, tapi kalau abah senyap je, tau lah abah marah. sebab abah kelakar orangnye, dan peramah. 

Adik beradik aku yang perempuan cuma aku dan akak aku. Abah panggil akak, ayang abah. Abah panggil aku, anak abah manja abah. Anak perempuan yang paling manja dengan abah. Dari kecik sampai lah abah pergi, aku tidur dengan abah.tidur bawah ketiak abah. walhal masa tu dah tingkatan 1, masih tido dengan abah.

Bila suami cakap adik die masih tidur dengan ayah, aku tak pelik. Cuma aku jadik teringat dekat abah, rindu. rindu sangat.

Lepas abah pergi, mak paling terjejas. Umur mak waktu tu, 49 tahun. Tak pernah bekerja sepanjang tempoh   32 tahun hidup dengan abah.. Dengan 2 anak masih bersekolah, seorang anak sakit buah pinggang dan perlu dialisis 3 kali seminggu. mak terduduk.

Lepas bawan habis sekolah, die terus kerja dan duduk dekat luar. waktu tu akak pon dah berpindah ikut suami die. tinggal lah aku berdua dengan mak. Bamie rajin jugak jengah, setiap hari jengah. tapi bila malam, tinggal aku berdua je la dengan mak. Waktu tu baru aku rapat dengan mak, masa tingkatan 4.

tak lama pon peluang untuk rapat dengan mak, lepas SPM aku dah masuk poli PD 2 tahun, lepas tu terus kerja kt Putrajaya. 

Sebulan lepas masuk poli, mak kawen baru.. sedih time tu, Allah saja yang tahu perasaan ni mcm mana. Tapi lama-lama aku dah boleh terima mak kawen, sebab kesian dekat mak yang tinggal sorang bila aku sambung belajar ni kan.

Rapat balik dengan mak. Setiap hari telefon mak.waktu dah kerja makin kerap telefon mak. pagi-pagi dah tepon mak, kalau tak tepon dalam perjalanan, tepon waktu bos tengah g bekpes. petang pulak aku tepon time on the way balik rumah ataupun lepas solat maghrib.

Kalau tak tepon mak hari tu sampai la pukul 8 malam, nanti akan ada mesej dari mak lebih kurang macam ni, aku pon dah tak ingat sangat.

"Adik buat apa?dah makan?dah solat?arini mak masak bla bla bla.. Mak dah makan ubat tapi terlambat sikit mak pg rumah orang tu orang ni, lupa. Adik jaga diri kt tempat orang, bla bla bla"

dapat mesej ni, tak payah baca pon takpe, tepon je terus. nak baca, baca lepas cakap dengan mak. Bila die mesej tu, die perli la tu tak kol die.. hehe..Adik rindu mak!


dulu punya status FB masa masih berpeluang berurau senda dengan mak. rindu waktu-waktu ini.

Sesungguhnya aku rindukan mak dan abah. Nikmat yang telah ditarik balik.. Kali terakhir melawat pusara mereka, 20 Oktober lepas, sehari sebelum nikah.

Suami, jom pulang ke kampung, ziarah mak abah.











2 ulasan:

Pupel Liyana2 berkata...

doa dan ziarah yan.. yang dah pergi lepaskan. kenangan jangan dilupakan.semoga mereka aman disana. al fatihah

Cik TTK berkata...

nak balik kampung..rindu sangat..aiyooo harap2 laki aku faham lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...