Rabu, 13 Oktober 2010

Lah lah lah lalalala

Agak geli tengok tajuk..? Yea aku pon geli.. Mula-mula nak letak "cinta itu berantakan" tp berantakan sangat ke? Macam tak sesuai pulak. Kiranya lepas aku duk pikir dalam bilik termenung tadi, ni la tajuk terbaik yang boleh aku fikirkan sekarang. Hehe. Tak dulik kali ni nak jugak buat entry pasal kisah cinta. hahaha( Sila ketawa dengan jahatnya)


Korang yang ada teman wanita, teman lelaki a.k.a makwe dan pakwe dalam bahasa pasarnya atau cikaro dan balak dalam bahasa kasarnye mesti dah biasa dengan situasi aku nie. Ni nak cerita story sikit.


Alkisah tersebut lah kisah di suatu malam, ilek aku citer pasal malam yang satu nie je dulu malam-malam yang lain nanti yea. Malam yang satu ni memang tak berape nak puas hati sebab tu kena bagi keutamaan.


Kisah die macam nie, da jadik kelazimannya aku akan tunggu si dia balik dari kerja setiap hari. Bukan balik rumah aku, tapi balik rumah die lah sebab aku dekat Putrajaya die dekat Johor, Long distance la... Chewah! Aku tunggu bukan sebab aku tak ade kerja tapi kerja aku dah habis sebab tu lah aku tunggu.


Akibat kejauhan beribu batu nie membawa kami ke satu perangai yang suke 3G dan telepon (Terima kasih kepada Celcom 1+5!) tapi mesej di kecualikan. Mesej memang tak suka yea kawan-kawan, sebab tak berapa nak mesej ni jugak lah aku kalau taip mesej memang macam atuk yang tangan dah menggigil lalu menaip mesej menggunakan gigi.

Yang menjadik tak puas hati nya bila, kau dah tunggu dia balik sampai larut malam baru nak balik lepas tu boleh pulak die layan kau acuh tak acuh. GERAM

Apa yang di katakan acuh tak acuh tu bile adanya ayat, yelah, ikut lah, tak pape, suke hati lah dan macam-macam lagi lah lah lah yang ade. eh eh berani beliau yea, sedihlah hati mendengarnyer lalu terbakar dan marah! Oh yea saya dah jadi pemarah sekarang. tett!


Pada aku bila die cakap yelah maksudnya die tak puas hati. Nampak macam menurut tapi padahal die memang tak puas hati sebab perasaan macam aku ni mengongkong or memerintah die? Memang tak lah. Awak kena ingat sikit, kite tak jadi pergi reunion sebab awak taw hari tu! Luahkan je lah, its ok I can accept lah.


Lepas tu bila die cakap "ikut lah" maksudnya die tak nak ikut sebenarnyer sebab kedengaran tidak ikhlas disitu sebab die ada pandangan yang mahu disuarakan tapi tidak diutarakan lalu dipendam begitu saja lalu saya jadi marah. Sila lontarkan vokal anda agar kita boleh berbincang.


Kalau die kata "tak de pape pulak" sebenarnya memang ada apa-apa. Adalah benda dia nak cakap tapi perasaan ingin menjaga hati tu lebih. Dia takut aku akan terluka or kecewa or marah kalau die cakap apa yang tersirat tu. Lain kali cakap je ok?


"suka hati lah" memang hati aku suka, tapi hati dia tidak. Memang sangat jelas. Sebab dia beri hati. Jangan paksa diri buat benda yang awak tak suka, kita pon tak suka nak paksa.

Nampak kan macam mana aku kembang kan cerita nie? Ikutkan akal fikiran yang normal, benda-benda ni tipical n very de simple tapi aku bokeh kembangkan camni sebab ape..? Sebab dah selalu kenalah. Tahun ke - 4 hampir menjengah, kite dah lali dengan perangai awak. JUJUR lah sayang.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...