Jumaat, 13 Julai 2012

perkongsian ilmu

kelmarin aku pergi kursus dekat Suria City Hotel je..Penceramah kursus tu adalah pakar motivasi untuk Motivasi Pagi TV3 dan jugak Astro Oasis kalau tak silap.. Bila berkursus dengan pakar motivasi ni memang seronok lah kan, tambah beronok-ronok bila ada tips2 dekat tempat kerja dan jugak aerobik ala pola bear..haha memang sumpah lepas aerobik tak mengantuk pon ok! mata tu celik je sampai abes kursus..Kursus paling best yang pernah aku pergi..

ni beberapa tips yang sempat aku salin..yang tak sempat salin tu sebab lebih gelak je sampai lupa pegang pen..hehe

SERONOK DI TEMPAT KERJA

1. Jangan ada perasaan buruk sangka.
2. Sihat. (Oksigen dan air dalam badan cukup baru la tak sakit..)
3. Jaga penampilan. Pakai pakaian yang anda rasa selesa. Hari isnin jangan pakai warna gelap. Ade jugak die selitkan warna ikut tarikh lahir dekat sini. Warna yang sesuai dengan aku adalah GOLD..sungguh mak jemah aku ni kan..nak yang mewah2 je..hahaha
4. Sentiasa maafkan orang. cth: nak pergi kerja ada kereta ni laju gilos sampai nak langgar ko kan, cakap dalam hati "kesian orang tu, nak terberak sangat agak nye..maafkan je lah"...
5. Sentiasa pilih yang terbaik.

Ni pulak ada beberapa petua/cara menangani kalau kita ada masalah dengan orang di tempat kerja.

1. ignore. Buat tak tau je, mungkin lama-lama orang tu akan penat mengenakan kita.
2. Ubah sikap. Mungkin die tak suka kita ada sebab, jadi kita kena ubah la.
3. Pindah/Berhenti. Ini adalah jalan terakhir yea kengkawan.

*kalau aku berdepan dengan masalah macam ni aku akan gunakan langkah mengubati dulu..kalau dah tak boleh ubat lagi dah barulah kita gunakan langkah menyingkirkan..faham?

MUTIARA KATA
** Anugerah yang kita nak bukan anugerah dari manusia, tapi anugerah dai Ilahi yang paling berharga.
*** APA yang salah itu lebih penting daripada SIAPA yang salah. Oleh itu carilah APA yang salah, daripada mencari SIAPA yang salah.

sekian perkongsian ilmu untuk arini. aku nak kena masuk KIK pulak dah nie..dada

2 ulasan:

Unknown berkata...

semua langkah aku dah buat.sekian terima kasih. hahaha

Cik TTK berkata...

aku juga sudah..di tempat lama lah..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...