Khamis, 23 Februari 2012

Panjang ceritanye..

Minggu lepas aku cuti hari jumaat tu sebab mak kepada abang ipar aku meninggal dunia.  Gambar masa adik-beradik abang ipar aku angkat jenazah untuk disembahyangkan dekat masjid ade tapi tak boleh upload pulak..entah kenapa dengan aku punyer komputer ni..Ke otak aku yang mereng aku pon tak tau lah.

Yang aku nak ceritakan, kebiasaannya selepas dimandikan dan dikafankan anak beranak dan saudara mara si mati akan berpeluang untuk cium si mati untuk kali terakhirkan.. Time tu aku ada 5meter je jarak dengan si mati.. Jadiknya aku dapat tengok dengan jelas anak2 ni semua cium mak mereka.

Sedih. Sebab aku dah pernah alami.

Suasana memang sayu, pilu.. Aku teringat masa mak aku meninggal dunia dulu. Sebab mak aku meninggal waktu petang kan, jadinya jenazah diuruskan keesokan paginya.

Semakin pagi aku semakin sayu. Semakin kerap bunyi kenderaan tak kira motor ke kereta ke, aku berdebar-debar. Menangis memang dah tak ditahan. Berdebar-debar sebab aku tahu yang dalam beberapa jam je aku tak akan dapat pandang, peluk, cium lagi wajah kesayangan aku tu.

Tapi semua tu ketentuan Allah. Siapalah kita nak merubah takdirnya kan.

Akak aku ade cerita, selepas selesai kenduri arwah ni suami die masih tak ada mood nak bekerja.  Kesiankan si ayah yang tinggal sorang dekat kampung, sedih dengan pemergian mak lagi.

Tambah akak aku lagi, die tetap rasa suami die lagi beruntung sebab masih ada mak dan ayah sampai umur 31 tahun sedangkan akak aku umur 20 dah takde abah. Umur 29 mak pulak tak ada. Sedih memang sedih tapi kalau kita rasa kita ni dah terlalu malang, pandang orang lain.  Ade orang yang tak pernah jumpa mak ayah langsung kan.

Ibaratnya kalau kita berkasut, padang yang berkaki ayam. Kalau kita berkereta, pandang yang berjalan kaki.  Bila difikirkan macam takdir ni tak menyebelahi kita, nasib kita selalu macam ni.. Tapi kita kena ingat dengan qada' dan qadar kan..

Tapi... Macam mana kita nak cakap dengan orang yang baru menerima berita sedih macam nie? Macam mana cara kita nak tangani orang yang sentiasa datang ucap takziah pada kita yang baru mengalami perkara sedih macam nie?

Dalam dua-dua masa aku kehilangan mak 2 tahun lepas dan jugak abah aku 11tahun lepas, aku paling paling paling tak suka orang ucap takziah dekat aku. Aku rasa nak tumbuk muka orang yang suruh aku bersabar sebab pada aku orang ni cakap senang lah, cuba kau yang alami??nak sabar macam mana??

Apa yang aku rasa tu sebenarnya perkara biasa. Semua orang akan rasa sedih setiap kali orang ucap takziah dekat kita.. Tapi kalau orang ucap tahniah macam mana? Tak ke lagi hangin?? Orang ni ucap takziah sebab nak menunjukkan rasa simpati dan nak menunjukkan yang die prihatin dekat kita. Tak baik kita marah. Walaupun kita marah jangan lah kita luahkan, telan je dulu. Benda macam ni tak ada apa yang dapat mengubatinya kecuali masa.Jadi kita boleh lah terus ucapkan takziah pada mereka2 yang kehilangan ni.

Sekian..Al Fatihah untuk mereka-meraka yang telah pergi nie..


5 ulasan:

Unknown berkata...

al fatihah. dah jangan tumbuk2 orang nanti kene saman. yang pergi tetap pergi kita kene redha. esok lusa giliran kita

Mohzam berkata...

Takziah pada keluarga abang ipar TTK,Siapa nama ibu abang ipar TTK tu? kalau tau nama boleh juga terus sebutkan sebelum baca AlFatihah nanti.InsyaALLAH

::Pada saya lebih baik ada yang ucapkan Takziah pada kita dari tiada kan...

Cik TTK berkata...

masitah:xtumbuk der..ckap je..hehe

mohzam:nama.arwah,rusminah binti ahmad..

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

sabo ea yan...nsb baik ble aku ckp takziah dulu xkene tumbuk..hehe..ape2 pun sabo ea..bykkn doa untuk arwah ayah n mak ko ye..

Cik TTK berkata...

hahahaha...dah besar tak ada dah perasaan tu sangat.. masa kecik2 tu yang sangat2 membuak tu perasaan tu..

tq timah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...