Khamis, 27 Februari 2014

Mati.

Assalamualaikum..

mati itu pasti tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat pun. bersediakah kita? Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Bersediakah aku? Astaghfirullahalazim... banyak nya dosa-dosa yang bertambah setiap hari.. Ampunkan aku, ampunkan keluargaku, ampunkan kawan-kawanku ya Rabb..

Semalam, kami dikejutkan berita pemergian anak saudara kakak ipar aku.  Membesar depan mata aku, die sekolah, berkahwin dan ada anak didepan mata kami.  Meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.  Allahyarham meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung anak ke dua dan seorang mujahid kecil berusia setahun.

Innalillahiwainailaihirojiun...

Abah meninggal masa aku tingkatan satu... aku rasa sangat terbeban.. Rasa nasib sangat tak menyebelahi..tapi anak kecil tu? yang dalam perut tu? langsung tak berpeluang tengok ayah.. sedihnya...

Pagi tadi pulak biras kepada akak aku meninggal dunia akibat kegagalan jantung.  Meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

Innalillahiwainailaihirojiun...

Berita kematian yang berturut-turut ni buat aku takut nak menghadap kematian.. Bersediakah aku?

Astaghfirullahalazim...

3 ulasan:

LiaNa YuSoF berkata...

pemergian anak saudara kakak ipar ko mengingatkan aku kat arwah pak itam aku.. dia meninggal pon sbb kemalangan dan tinggalkan mak itam aku yg tgh tunggu ari je nak bersalin anak ke 2 dan anak lelaki berusia setahun.. T_T

Mohzam berkata...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

한나 사카시 berkata...

Sekarang aku sedang berhadapan dengan situasi dimana aku sentiasa ingat yang aku akan mati pada esok hari padahal aku belum sedia.. Makan, berak, bangun tidur.. dalam kepala aku cuma mati. takutnya aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...