Isnin, 21 Januari 2013

Percutian Bajet

Assalamualaikum kengkawan...lama gilos tak tulis pape tetibe up pasal bercuti lak..hehehe..bukan bercuti ke mana pon, dekat je pon..jalan-jalan makan angin..

hah kita mulakan dengan setori ni lah yek..kenapa aku panggil percutian ni percutian bajet? Sebab orang baru-baru kawen macam aku ni macam-macam nak dibuat nak dengan duit tu, pon masih ada hati nak bercuti sebab since kahwin mmg kitorang tak ada kemana pon lagik.. Encik suami pulak sentiasa bizi dengan kekapal die..terseksa den duk sorang kat uma tu kengkadang laki balik keje pon tak sedar.. Bukan tak sedar diri, cume balik nye tu dah awal pagi, memang dah lena dibuai mimpi lah..

Jadi, sempena cuti berderet kelmarin kitorang decide nak jalan.. Ikut idea gila aku ni nak jalan-jalan naik pengangkutan awam je..lagipon sejak kenal lepas tu berkawan, mencintun, mentunang sampai kawen tak pernah humoor nak dating naik bas ke teksi ke ketepi ke kan..tetibe rase nomentik lak aih kalo wat cenggitu..tapiiiiiii....ditentang keras oleh encik suami, nanti penat katanya..baikkkk saya yang menurut perintah lah suamiku syurgaku..

Destinasi yang kami senaraikan ada 4. Cameron highlands, Port Dickson, Melaka, dan Lotus Desaru. Kami pun mulakan kira-kira dengan menyenaraikan bajet untuk , penginapan, makan, tol dan minyak. Untuk tol tengok je dekat website Plus tu.. Masuk dekat mana pastu keluar dekat mana nanti die ada bagi harga, so boleh la bajet2 kan die..

Minyak pulak kitorang kira full tank kete laki aku tu  RM80 untuk 350KM. Jadi, dengan RM1 kami boleh pergi sejauh 4KM (dibundarkan). Mengikut pengalaman lepas2 mengfull-tank kan kereta laki aku ni boleh pergi sejauh, 320km, 360km, dan pernah sekali hampir 380km dengan pemanduan berhemah ofcourse. Kitorang amek 350km dengan harapan encik suami memandu dengan berhemah dalam kelajuan sederhana. Untuk jarak pulak kitorang estimate je guna google maps.

Penginapan kami yang bajet-bajet saje, RM100/night. Hotel bajet pon tak pe, yang penting dapat lelap mata, mandi dengan selesa. Makan dan duit poket pulak kitorang estimate RM100 sehari a.k.a RM50 / person / day.. boleh survive tak?hehehe

sambung..


nape sambung?sebab bahan tinggal kt uma..hihi




2 ulasan:

zal88 berkata...

ceh..baru nak tau..
detail betul ko wat ea yan..hehe

Cik TTK berkata...

hahaha aku nak sambung nie..tapi macam dah lupa..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...