Ni gambar pertama amek berdua.. Time ni tak couple pon lagi.. Ni bulan puasa 2007.. Kalau tak silap bulan 8. Amek dekat Perling Mall.
tengok tajuk? yep..aku kenal laki aku ni dah 5 tahun tapi kawen baru 3 bulan.
3 bulan ni macam-macam benda baru yang dilalui terlalui melalui macam-macam lalu lah.. Ada suka ada duka.. yang penting semakin hari semakin mengenali beliau.
Tapi buat masa sekarang, hari-hari aku ni macam eksperimen. Kenapa eksperimen? Haaaa...aku selalu buat perangai pelik, dan dibalas dengan yang pelik-pelik jugak dari encik suami. Saja nak tahu reaksi beliau kalau aku buat macam ni jadik ape.. Kalau aku buat macam tu pulak macam mana.. Kalau aku sakit apa reaksi die..
hidup ni kan ibarat putaran roda, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan. Yang penting aku cuba belajar untuk memaafkan dan fikir positif je setiap hari. cuba... ada jugak cubaan tak berjaya.. hahaha.. Jangan ditanya kenapa cubaan tu tak berjaya, kawan korang ni mereng orangnye..hahaha
Aku ada tanyakan pada kawan, macam mana nak lembutkan hati suami? die kata, bagi suami minum air yasin dan zikir "ya latiff" 1000 kali.. Bagilah dua tiga kali. In Shaa Allah berjaya. Jom lah kita try kengkawan yang dah mengkawen tu.. semoga yang lembut hatinya, makin lembut layanannya..
Die jugak cakap, pikat suami dari perutnya.. Ok akan ku cuba buat yang baru dari masa ke semasa. kengkadang kalau die komen tak sedap ke tak jadik ke sentap jugak, terdiam, terkesima, tapi pastu ok dah..hehe..
Arini nak try buat apam gula hangus. Kegemaran mak ni.. Sebenarnya, rinduuuuu sangat dekat mak.. Rindu yang tak terbalas.. Semoga mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Alfatihah buat mak..