Assalamualaikum..
Kelmarin waktu teman suami pergi interview sempatlah paksa rela suami pergi Jalan TAR.. Bukan beli ape sangat pon.. banyak selendang cantik-cantik tapi suami tak berkenan aku pakai selendang sebab muka bulat tambah bulat kata die..dengki.
Jadi belilah tudung bawal kosong tu banyak-banyak.. takde la banyak mana pon nam lai je pon.. sehelai baru RM4, jadik tidak lah ia mengakibatkan beliau bankrap pon..
Sebab bawal kosong jadik gatal-gatal tangan tambah lace dekat tudung tu.. baru buat satu je..dah pakai pong..nih nak tunjuk lenni..hiks!
Tuan Tanah pon nak mencapap jugekkkk..hikhik.. doakan aku rajin utk jahit tudung2 kosong kt uma tu ek..luv uols..kbai!
Assalamualaikum..
Rabu, 12 Februari 2014
Kampung
Assalamualaikum..
Pernah tak korang rasa rindu pada kampung halaman?rindu yang mencengkam segenap ruang rasa?rindu yang susah nak ditafsirkan.. Rindu pada orang yang tak boleh jumpa tak boleh peluk tak boleh cakap lagi dah..ini yang aku rasa..
Kerana rasa rindu yang tak tertanggung ni adalah rindu yang tak boleh dilampiaskan dengan cara jumpa, cakap, peluk dan macam2 cara ungkap rindu yang mudah jadi aku cuba mencari peluang dan ruang untuk mengungkap rindu dengan cara mengingat dan mengenang memori bersama dulu-dulu..
iya.. rindu yang aku cerita kan ni rindu pada yang dah tiada. pada emak. pada abah. Al Fatihah..
satu-satu kenangan emak dan abah ialah rumah peninggalan mereka. dapat masuk kerumah tu mengingatkan setiap sudut, setiap inci, setiap ruang kenangan waktu emak dan abah ada. ruang solat berjemaah, ruang tamu depan, ruang tamu tengah. tempat meja makan dulu.. favourite place abah baring.. bilik abah suka tido..port main buai dengan mak dulu.. macam-macam lagi lah..
tapi... aku sentiasa tak diberi peluang nak balik kampung halaman aku. ada je alasan dan sebab yang entah lah..mungkin kalau die rasa ape yang aku rasa baru die faham erti rindu sebenar..
aku rindu rumah aku sebab aku rindukan kenangan dengan mak abah aku. mak, abah, adik rindu..
Ahad, 9 Februari 2014
Operation
Assalamualaikum...
Seperti yang diceritakan sebelum-sebelum ini.. Balloon sinus operation.. Yang difahamkan operation ni bloodless.. tapi rupenya ada bahagian tulang rawan hidung yang bengkok dan tajam yang perlu dibuang sebab kalau dikekalkan akan mengakibatkan kejadian berulang dan juga kerap sakit kepala.. jadi operation yang ade darah..huuuuu tatottt
Ini adalah sebelum masuk ke Operation Theater (OT) a.k.a dewan bedah. baru je lepas ganti seragam... and yes seragam bedah kaler purple...mantik...hihihi muka gembira nak kena belah walhal pastu...kihkihkih takley cakap la selepas tu camno..hahahah
Masa untuk ditolak ke OT...Baring tutup mata jep...mungkin dah nebes..
Pintu ni jadik pandangan aku selama pat jam dari mula suami aku masuk OT ni pukul 2.30 ptg sampai pukul 6.40 ptg hari jumaat 7 Februari 2014..ni kena letak tarikh supaya tak lupa bila tulang idong yang bengkok tu dibuang kikiki
Keluar je dari OT masih mamai..cakap sikit tido..tido sikit cakap..haaa camtu lah sampai ke esok pagi nye.. Aku mintak tolong mama teman jaga suami dekat hospital satu malam sebab suami aku kan tak kuat nak jalan kesan dari bius tu kan, so aku takut aku tak leh buat..kena la mintak bantuan mama.. lagipun bila mama ada haruslah suami lagi ceria sebab mama beliau ada di sisi.. kebetulan pulak bilik yang kitorang dapat tak ada pesakit lain..so boleh la mama tido atas katil sebelah secara illegal..hehe..aku tido atas kusi malas je sebab nak dekat dengan suami kan kot die nak mintak air ke pape ke kang syok lak tido tak perasan kan die naye..
Time ni dah boleh berjalan tapi macam robot jalannye..masih papah pada dinding.. tak mau ditolong lak tu..die kata die boleh buat sendiri, nanti mengada-ngada katanya..ialah sayang..janji sihat..
Semalam ramai la sedara mara yang datang melawat.. terima kasih diucapkan pada keluarga mentua adik-adik ipar, abang, akak dan abang ipar aku, ucu yak dan ucu ila jugak kengkawang suami yang sudi melawat dan bawak buah tangan.. memang tak putus makan la tukang jaga orang sakit ni duduk sepital..hehehe :)
Semalam ramai la sedara mara yang datang melawat.. terima kasih diucapkan pada keluarga mentua adik-adik ipar, abang, akak dan abang ipar aku, ucu yak dan ucu ila jugak kengkawang suami yang sudi melawat dan bawak buah tangan.. memang tak putus makan la tukang jaga orang sakit ni duduk sepital..hehehe :)
Sehingga ke waktu aku menaip entry ini suami aku masih lagi di Hospital Penawar Pasir Gudang sebab bleeding dekat hidung tu belum habis lagi..Tapi kami mintak untuk keluar hospital hari ini juga sebab operate ni saje dah 15k..nak duduk lelamo tak larat ler..habis kuota insuran company beliau karang..da la share laki bini.. nak bayo sendirik memang tak berkemampuan lagi la..isk T_T
Bercerita mengenai kemampuan ni kan, suami ada dapat peluang pekerjaan yang lebih baik.. Tetapi bukan disini. Maka esok dan lusa kami akan kesana.. Aku teman suami interview kali ke dua.. Kelmarin dah phone interview tapi company still nak interview F2F. aku kena la teman sebab suami den bukan sihat nau lagi..so kena bagi sokongan moral disamping jadik dreber beliau.. dan mohon doanya juga yea kengkawan..
Jadi kawan-kawan, jumpa disanaaaaa..Assalamualaikum..
Langgan:
Catatan (Atom)












