Rabu, 15 Februari 2012

Mood Jiwangs petang ni yek..hahaha..Lagu ni Khas untuk My sayang..hihi

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Khamis, 9 Februari 2012

bila jalan-jalan dengan anak2 buah..

Kadang-kadang budak-budak ni akan bbuat perkara yang kita tak jangka pon kan.. Perkataan-perkataan setiap ucapan diorang tu kadang-kadang buat kita ketawa pecah perut, kadang-kadang tu geram jugak kan..

Ada satu masa  ni aku dengan akak aku dan empat hero akak aku lah kan.. Nak pergi ke satu kedai yang aku tak tahu jalannya.. Almaklumlah aku ni kan dari planet pluto, tak tau sangat jalan dekat Johor ni kan.. Kalau akak aku memang expert, abang ipar aku laaaaaaagi expert.. Semua jalan tikus die tau lah..

Tempat kejadian dalam kereta dalam perjalanan ke kedai tersebut tu lah..

Ucu: Akak nanti tunjukkan jalan eh, Yan tak tau..
Mama: Orait.. ko terus je..
Abang: Ala cu, jalan je lah ape susah.. paling-paling kalau sesat pon kita dekat Malaysia lagi.
Ucu: Kalau minyak penuh ucu tak kesah, ni tinggal bape bar je nie..
Abang: Isi lah.. Untung-untung boleh sampai Australia..
N'chik: Ape ko merepek nie? Cube ko jalan-jalan ade sampai Sabah??

hehehe...pening..pening..Memang lah dari Johor nak ke Sabah tak boleh nak naik kereta apatah lagi  pergi Australia kan..

ada lagi nanti kalau aku ingai aku update lagi k..

Khamis, 2 Februari 2012

tak tau nak letak tajuk ape nie..

semalam akak aku pinjam kereta, sebab abang ipar balik kampung.. Die nak pakai kereta nak buat hantar dan jemput anak die dekat sekolah lah kan. Die datang opis aku dah tengahari dah gitu..Lepas bagi kereta dekat akak, aku pon naik opis dengan selamba nyer..

memula aku masuk sorang, lepas tu masuk lagi dua orang pakcik nie. Masuk-masuk je, "dik, tingkat 12".. tetibe jadik tukang jaga lift kan.. Tapi ok lah mungkin die tak nampak dekat lift tu ada tempat tekan tingkat2 tu kanan kiri pintu kan..ok fine..

Salam lift bini die call.. "Abang baru sampai office nie".. Owh terkesima sekejap.  Lepas tu die cakap dekat kawan die macam nie, " Ni lah susah kalau bini muda. Kahwin muda. Ni bini nombor 2 aku. Asek nak telefon je...."

Pastu yang sorang lagi cakap macam nie, " Untung aku tak kahwin lagi". Dalam hati aku dah menyirap, lelaki ni ingat perempuan menyusahkan ke hape? Ni nak marah nie..Lepas tu Pakcik yang first tu cakap, "Eh, ko kahwin lah.. Seronok.. Yang tak seronok bila kahwin 2. Bini muda.."

Masa die keluar tu, die cakap terima kasih dekat aku sebab tekan kan die lift kan. Sambil angguk tu aku tengok la muka masing2..  Takde lah hensem pon, sorang dah pangkat bapak-bapak.. sorang lagi dah macam bujang terlajak rupe..

Yang meluatnya, tak payah lah nak citer dekat dalam lift time ada orang yang ko tak kenal sekali kan pasal bini lah pasal kawen lah.. Tak malu ke kan..dah lah pangkat pakcik2 je dengan aku. Tinggal lagi die tak pencen lagi je, iye lah kan pencen sekarang 58 kalau SBPA jalan ni harus jadik 60 pakcik ni ha..

Bukan aku nak sibuk2 hal die kan.. Dah aku sorang2 dalam lift tu kan, die lak leh berbual macam tu.. Untung aku tak muntah je lah kan.. haiyooo

Dapat lagi satu citer ni lagi best. Malam tadi aku g makan kuew tiaw power mabeles sedap dan delicious dekat Taman Perling. Tengah bual2 tiba-tiba sunyi.. Dulu-dulu masa dekat sekolah, kalau tetibe jadik situasi macam ni kawan aku cakap malaikat lalu naik skuter kata die..

Tengah senyap sunyi yang tibe2 tu kan, ada sorang mamat ni bersuara. " kau memang dah tak ada apa2 hubungan lah dengan die? Habis ko dah putuskan tak ada ikatan dengan die ke?"

OMG!!! kenapa aku kena dengar semua ni eh? Lelaki memang lagi teruk dari perempuan kan kalau tiba bab mengumpat dan citer hal2 pakwe makwe nie..

Terkesima aku kejap..

p/s:Nanti mesti si budak degil kalau mengkomen mesti nak mendefendkan diri.. nasihat aku awal2 dekat budak degil dan jugak usop lah sekali.. Tak yah nak berselindung, I KNOW WHAT U DID LAST RAYA.. eh?hahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...