Selasa, 4 Oktober 2011

Kenali kampung anda..:)

Felda Air Tawar 1 adalah rancangan sawit yang pertama dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut. Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 1.

Felda Air Tawar 1 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 670 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,200 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 1 terletak dalam mukim Johor Lama, di daerah Kota Tinggi, Johor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 25 km. Jarak ke Balai Polis Air Tawar 2 lebih kurang 6 km. Sempadan Utara Felda Air Tawar 1 ialah Felda Air Tawar 2, dibahagian Barat pula bersempadan dengan Ladang Nanyo, arah Selatan bersempadan dengan Teluk Sengat dan disebelah Timur pula bersempadan dengan Felda Air Tawar 4 & Lok Heng.

Felda Air Tawar 1 ini termasuk didalam kawaasan pentadbiran FELDA wilayah Johor Bahru. Persempadan kawasan pilihan raya meletakan Felda Air Tawar 1 didalam kawasan undangan negeri N29 iaitu Dun Johor Lama yang kini diwakili Yang Berhormat Puan Asiah Binti Md Arif. Manakala kawasan parlimennya ialah P139 iaitu parlimen Panti yang diwakili oleh yang Berhormat Dato Seri Syed Hamid Bin Dato Syed Jaffar Albar. Terdapat dua parti Politik yang aktif di kawasan ini iaitu Parti UMNO dan Parti Pas.


Baru aku tau asal nama kampung aku dari takungan air ghopernyer..hehehehe

Isnin, 3 Oktober 2011

Dah rezeki kami, redha lah..

Tengah aku duk syok-syok bacan pasal cerita kenaikan gaji penjawat awam dekat SINI tetiba terbaca pulak satu komen yang agak pelik lah dengan kenaikan gaji nie..Korang tengok lah sendiri..


menyirap jugak ler aku dengan komen di atas..Lalu aku scrolll lagi jumpe pulak komen yang bernas nie kan..aku bukak ler orang2 yang berbalas-balasan dengan komen tersebut, ade jugak orang dengki yang komen dekat situ..so aku pon balas jugak ler dekat komen tersebut..saje nak meluahkan isi hati..hehehe


p/s: RozianaS tu aku..hehehe

Boleh ke die kata nak keje gomen kena ade sedara mara dalam SPA??Giler ke hape?Macam yang aku cakap dekat atas tu kan kalau penjawat awam ade sejuta tak kan sejuta tu semua sedara mara??wahhhh hebat mak ko?

Komen aku lah kan selama 3 tahun aku keje gomen nie, baru lah tahun ni aku jamah bonus..kalau tak madang imbuhan, imbuhan,imbuhan je.. Tapi tetap bersyukur, suka jugak dapat imbuhan 500 ke 250 ke kan, tapi ni dengan kenaikan gaji ni lagi lagi lagi lah sukaaaa... 

Selama ni aku duk memandang je lah swasta dapat bonus berdabel-dabel, aku? Syukur dapat kerja memang syukur, tapi nak jugak rasa bonus.. Contoh terdekat abang ipar aku dapat bonus 4 bulan gaji + 2 bulan gaji pulak..perggghhh kalau sebulan gaji basic 3000 lah (contoh), kali dengan 6???hah kira lah sendiri..

Lagi pulak kan, memang patut lah Kerajaan naikkan gaji penjawat awam yang mana dekat sini penjawat awam adalah pekerja beliau dan Kerajaan pula adalah majikan penjawat awam.., Memang lah Penjawat awam mintak kenaikan gaji dengan Kerajaan dan itu bos kami..appaaadaaa...

Gaji naik tu rezeki buat aku yang memerlukan nie.. Cuba ucap alhamdulillah...Alololo...sejuk perut mak..

nasib!

Kepala puyeng, hengus meleleh-leleh, tekak perit, batuk tak dek kahak sangat lak tu..ades...mungkin sebab musim hujan kot, tu yang kesihatan terjejas..nak-nak parking tempat tak berbumbung, time pergi atau balik keje mesti kena hujan..payung lipat aku entah kemane entah..Bila masa nak guna tak ada pulak, haaaaiiissshhh!!

Dalam seminggun nie, dekat opis aku ni dah bermacam-macam orang demam..Yang MC lain, yang EL jaga anak demam lain, yang termuntah depan pintu toilet pon hado..nasib baik den kategori boleh diselamatkan lagi kan..Seminggu lepas bos takde kan, dari khamis dah rase semacam.. Makan ubat tido!Bila jumaat lak dah rase dua macam pulak..tapi sempat pergi soping carik baju nak jenjalan kt KL katenyer..Walhal bos tak luluskan cuti pon..tapi hati nekad nak EL time tu..hehe

Balik keje lak akak kata nak balik kampung..so tak kan ler aku nak tinggal dekat rumah sorang-sorang kan..walhal nak pergi KL nyer hari ahad..Hari sabtu tu ade kenduri kawen membe dekat Tangkak, walaupun kad undangan tak diterima, tapi ada niat jugak nak pergi je kan sebab die ade invite dekat FB..boleh kira di undang tak tu?Boleh je lah kan..

Tapi bila dah sampai kampung, jangan kan KL, Tangkak pon aku tak mampu sampai..mampus lagi ade..

Diperhebatkan lagi cerita, anak sedara aku si baby tu pulak gastrik malam sabtu tu..boleh die muntah dalam tidur..??Nasib baik ler akak aku ni perasan si anak ni muntah..Si baby dah pucat lesi muntah pon tidoooo je lagi..pelik3...

Hari ni aku tak nak bukak FB! Sebab kecewa tak dapat pergi kenduri Cik Mel dengan Encik Faez gonjeng.. Dah lah dua-dua tu pegawai aku dulu..sedeeehhhh!! 

So Masitah, balas email akuuuuu!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...